Thursday 31 December 2009

Ibrahim Yahaya perlu letak jawatan sebagai Ketua Pengarah Penyiaran

Kenyataan Media oleh Y.B. Ng Wei Aik, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang pada 31 Disember 2009 (Khamis) di Georgetown, Pulau Pinang:

Saya amat hairan dengan kenyataan media terkini oleh Datuk Ibrahim Yahaya, Ketua Pengarah, Jabatan Penyiaran yang jelas bercanggahan dengan artikel “Ada Orang Nak Penjarakan Saya” yang ditulis olehnya dalam blognya pada 26 Disember 2009, di mana beliau cuba menafikan bahawa beliau pernah mendakwa pihak yang mengugutnya merupakan “seorang yang mengaku bekerja di pejabat Lim Guan Eng”.

Ibrahim Yahaya juga menafikan bahawa beliau cuba memfitnah sesiapa melalui tulisan dalam blognya. Namun demikian, segala dakwaan berbentuk fitnah dan tohmahan adalah jelas seperti kandungan artikel yang tersiar dalam blognya iaitu DUNIATIGER [http://duniatiger.blogspot.com] dan tidak dapat dinafikan oleh Ibrahim Yahaya dengan sewenang-wenangnya.

Artikel tersebut bukan sahaja mendakwa terdapat “seorang yang mengaku bekerja di pejabat Lim Guan Eng” telah mengugut untuk memenjarakan Ibrahim Yahaya malah juga berniat jahat untuk mengapi-apikan sentimen perkauman. Walau begitu, tiada seorang yang bekerja di Pejabat Ketua Menteri mengenali Ibrahim Yahaya dan macam mana mereka yang langsung tidak tahu siapanya Ketua Pengarah Penyiaran dapat mengugutnya? Ini merupakan dakwaan-dakwaan yang tidak bertanggungjawab sekali.

Apabila saya membuat laporan polis pada 29 Disember 2009, saya telah mencabar Ibrahim Yahaya supaya mendedahkan identiti orang yang mengugutnya supaya tindakan boleh diambil oleh Ketua Menteri Pulau Pinang terhadap kakitangan tersebut. Jikalau tidak, beliau sememangnya tidak lagi sesuai untuk memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Penyiaran dan perlu meletak jawatan tersebut dengan serta-merta.

Sehingga kini, Ibrahim Yahaya tidak dapat menunjukkan sebarang bukti untuk membuktikan identiti dan perlakuan orang yang mengugutnya. Malah, beliau cuba memberi penjelasan dengan alasan-alasan yang tidak masuk akal sekali. Ini menunjukkan bahawa Ibrahim Yahaya cuba membohong lagi supaya pembohongan yang direka olehnya tidak dapat dibongkarkan.

Terdapat dua kesalahan yang telah dilakukan oleh Ibrahim Yahaya, di mana kesalahan pertama adalah membohong bahawa terdapat “seorang yang mengaku bekerja di pejabat Lim Guan Eng” telah mengugutnya dan kesalahan kedua pula, membohong lagi supaya tembelangnya tidak dipecahkan. Adakah kita dapat menerima seorang Ketua Pengarah Penyiaran yang menerajui Radio dan Televisyen Malaysia menunjukkan sikapnya yang tidak bertanggungjawab sekali?

Dengan itu, Ibrahim Yahaya tidak lagi sesuai untuk memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Penyiaran dan perlu meletak jawatan tersebut dengan serta-merta, supaya kredibiliti RTM tidak terjejas ke tahap sekadar suatu jentera penerangan yang asyik menabur fitnah serta pembohongan.

Read more!

促依布拉欣立即辞广播局总监职

槟州首席部长政治秘书黄伟益于2009年12月31日(星期四)在槟城乔治市发表的声明:

随着我针对广播局总监拿督依布拉欣耶也《老虎世界》(DuniaTiger)部落格文章所作的无中生有指控向警方报案后,其如今却宣称本身不曾指控恐吓者乃来自槟州首席部长林冠英办公室的职员,让我感到非常惊讶。

至今为止,这篇在本月26日上载的文章还刊在其部落格[http://duniatiger.blogspot.com],而且文章劈头就写着“Ini pandangan seorang yang mengaku bekerja di pejabat Lim Guan Eng”(这是某位承认在林冠英办公室工作者的看法)。

这篇文章除了指控一位在槟州首长办公室工作的职员,恐吓要将依布拉欣送入监狱之外,还尝试挑拨族群之间的情绪。然而,整个首长办公室却没有任何职员认识依布拉欣。那么,他们又如何恐吓依布拉欣呢?因此,这是非常不负责任的指控。

我在本月29日向警方报案时,曾挑战依布拉欣公开点名这个恐吓他的职员。否则,依布拉欣就不配担任广播局总监并要他引咎辞职。迄今为止,依布拉欣不仅拿不出证据来证明确有其人其事,而且还要尝试通过狡辩为自己解围。

依布拉欣这种狡辩的行为,乃是要用谎言来掩饰另一个谎言的典型做法。这种公然撒谎的行径,显示依布拉欣不配再担任广播局总监。我严正要求依布拉欣立即辞去广播局总监一职。

依布拉欣如今所犯的两大罪状,其一就是撒谎指首长办公室的职员恐吓他;其二就是尝试通过再撒谎来掩饰其本身撒谎的行径。我们是否能够接受负责掌管国家广播电台与电视台的总监,竟有如此不负责任的表现呢?

我们绝对不能接受国家广播电台与电视台,因为其总监的行径沦为专门编织及散布谎言的国家宣传机关。因此,依布拉欣必须立即辞去广播局总监职,藉此保住国家广播电台与电视台的公信力。

Read more!

Wednesday 30 December 2009

DEMOCRATIC LECTURE on Act 663 & Act 318

DEMOCRATIC LECTURE ON Building and Common Property (Maintenance and Management) Act 2007 (Act 663) & Strata Titles Act 1985 (Act 318)
- Organised by DAPSY Tanjong & DAPSY Bukit Bendera


Date : 30 January 2010 (Saturday)
Time : 9.30 a.m. - 3.30 p.m.
Venue : Auditorium C, Level 5, KOMTAR

Registration Fee: RM20/pax (Inclusive of buffet lunch and lecture notes)

Registration:
(1) Service Centre of State Assemblyman for KOMTAR (31, Lorong Seratus Tahun, 10400 Pulau Pinang) or
(2) Service Centre of State Assemblyman for Air Putih (492A-1-2, Taman Sri Indah, Jalan Air Itam, 11400 Pulau Pinang)
Contact Number: 04-2270215, 012-4126284, 016-4760074 or
Fax: 04-2278215 / Email: nweiaik@gmail.com

Closing Date: 25 January 2010 (Monday)

9.30 a.m. – 10.00 a.m.
Registration

10.00 a.m. – 1.00p.m.
Lecture 1: From JMB to MC / by Lee Khai, Prominent lawyer, Messrs. Ong & Manecksha
• The difference between Joint Management Body (JMB) and Management Corporation (MC)
• Duties and powers of Management Corporation
• The powers and responsibilities of Commissioner of Building (COB) and Director of Lands and Mines (PTG)
• Application of subdivision and strata titles
• Transfer of ownership of strata titles
• Strata Titles Board
• Management dispute and warrant of attachment
• Legal warfare as the last warfare
• Q&A session

1.00 p.m. – 2.00 p.m.
Lunch

2.00 p.m. – 3.30p.m.
Lecture 2: Investigative Audit on Building Maintenance Account & Sinking Fund / by Mr Neoh Chin Wah, Chartered Accountant & Trustee of Malaysian Accountancy Research and Education Foundation (MAREF)
• The administration of Building Maintenance Fund and Sinking Fund
• Recovery of arrears of charges
• The legal actions and remedies
• Case Study
• Q&A session

Read more!

Tuesday 29 December 2009

Laporan Polis terhadap Ketua Pengarah Penyiaran

Repot Polis oleh Y.B. Ng Wei Aik, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang pada 29 Disember 2009 di Balai Polis Jalan Patani:

Saya telah diarahkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang untuk membuat repot polis terhadap suatu artikel bertajuk “Ada Orang Nak Penjarakan Saya” [http://duniatiger.blogspot.com/2009/12/ada-orang-nak-penjarakan-saya.html] yang telah disiarkan pada 26 Disember 2009 dalam blog DUNIATIGER yang diselenggarakan oleh Datuk Ibrahim Yahaya, Ketua Pengarah, Jabatan Penyiaran, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Dalam artikel tersebut, Datuk Ibrahim Yahaya mendakwa bahawa beliau telah diugut oleh seorang yang mengaku bekerja di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang dan kandungan artikel adalah seperti berikut:

“Ini pandangan seorang yang mengaku bekerja di pejabat Lim Guan Eng

“Awak ingat RTM tu awak punya, atau UMNO yg punya ke, atau BN punya ker. RTM rakyat punya. Awak perlu berlaku adil. Jawatan awak untuk rakyat seluruh Malaysia, bukan untuk orang UMNO sahaja. Awak perlu jadi pengarah untuk orang umno, bn, pas, dap, pkr dll.

“Awak ingat senang2 nak tuduh orang main bontotawak ingat senang2 nak tuduh orang cari publisitiawak ingat senang2 nak main isu perkauman dengan tanamkan kebencian pembaca awak terhadap orang Cina.Awak akan tahu nasib awak jika awak tak hentikan sifat perkauman awak. Awak akan diseret ke mahkamah dengan tulisan di blog ini.

“Saya akan pastikan awak habiskan sisa-sisa hidup awak dalam penjara.

“Lim Guan Eng kata dia amat kenal awak. Sama belajar di High School Melaka, tingakatan 5. Dia aliran sains awak aliran sastera. Awak bernasib baik sebab anak bumiputera masuk ITM, Mass Communication. Tetapi pelajaran awak di ITM pun tak ler hebat.Awak tu takder ler pandai mana pun. laporan mengenai diri awak sudah pun disiapkan untuk didedahkan kepada umum di dalam satu sidang media nanti di komtar, penang.

“Sikap biadab dan prejudis seorang Ketua Pengarah RTM terhadap rakyat berbangsa Cina.-

“dari kawan sekelas awak semasa di High School jugak. Saya kini di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

“(Renungan Rimau : Seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, saya juga bukan seorang yang rasis. Saya sayangkan negara ini. Saya tidak mahu negara ini huru-hara kerana angkara pihak yang ada kepentingan peribadi atau tertentu. Bagi saya, keamanan dan keharmonian adalah perkara utama tidak kira siapa yang menjadi pemimpin. Jika ada pemimpin yang suka menghuru-harakan negara ini dengan menabur pelbagai perasaan perkauman atau menyakitkan hati orang Melayu, saya akan menyuarakannya. Biarlah saya masuk penjara demi untuk memastikan bangsa Melayu ada maruah dan tidak dikotak-katikkan. Biarlah saya masuk penjara demi untuk memastikan negara ini sentiasa selamat dan aman. Biarlah saya hanya seorang saja yang akan menentang pihak yang kurang ajar tetapi saya sanggup demi maruah bangsa dan negara. Saya bukan peguam tetapi saya seorang wartawan yang cintakan bangsa dan negaranya. Seorang wartawan yang akan bersuara dan tidak takut dengan ugutan atau ancaman untuk memenjarakan saya. Apakah ahli politik saja yang boleh bersuara? Apakah wartawan tidak boleh menyatakan pandangan peribadi untuk memastikan negara ini sentiasa aman dan harmoni. Tidak payahlah membuat ugutan kerana saya juga pernah tidak ada kerja dan kehilangan kerja.Ia adalah satu proses dalam kehidupan. Seperti juga ahli politik yang adakalanya menang dalam pilihanraya. Kemudian kalah dan kemudian pegang jawatan. Ada yang naik dan ada yang turun. Biarlah kita bodoh tetapi kita adalah falsafah hidup. Bukan kerana jawatan kita sanggup menghalalkan matlamat. Rezeki ditentukan oleh tuhan. Percayalah. Jika tiada rezeki, nak buat apa. Saya sanggup menjadi satu-satunya orang Melayu yang berani bersuara. Yakinlah, saya tidak pernah rugi untuk menyatakan kebenaran. Orang lain, tidak tahulah.)”


Ini adalah dakwaan yang mengandungi fitnah atau tohmahan yang tidak berasas sekali dan merupakan pembohongan yang sengaja direkakan untuk mengapi-apikan sentimen perkauman. Tiada sesiapa yang bekerja di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang mengenali Datuk Ibrahim Yahaya atau pernah mengeluarkan ugutan sebegini. Dengan itu, saya memohon supaya pihak polis menjalankan siasatan serta mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya. Sekian repot saya.

Read more!

Monday 28 December 2009

DAPSY Kutuk Siasatan Polis terhadap Lim Guan Eng dan Ean Yong Hian Wah

Kenyataan Media oleh Y.B. Ng Wei Aik, Setiausaha Publisiti Kebangsaan bagi Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) pada 28 Disember 2009 (Isnin) di Petaling Jaya, Selangor:

Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mengutuk tindakan polis yang menyiasat Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Ean Yong Hian Wah, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dengan berdasarkan andaian serta tuduhan yang tidak masuk akal sekali.

DAPSY dalam mesyuarat Majlis Eksekutif Kebangsaan yang diadakan di Bahau, Negeri Sembilan semalam telah meluluskan resolusi bagi mengutuk pihak polis yang berperanan sebagai ejen Barisan Nasional sehingga perlunya membuat laporan polis sendiri supaya dapat menjalankan siasatan terhadap kedua-dua pemimpin DAP di bawah Akta Hasutan, Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia.

Sehingga hari ini, tiada pihak lain selain daripada PDRM yang membuat laporan polis terhadap kenyataan Lim Guan Eng yang dikeluarkan semasa Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan pada 18 Disember 2009 dan juga kenyataan Ean Yong Hian Wah pada 26 Disember 2009. Kita amat hairan kenapa pihak polis lebih sensitif daripada musuh politik kita terhadap kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin DAP?

Lebih-lebih lagi, kenyataan Ean Yong Hian Wah yang menggesa pihak polis supaya memberhentikan siasatan terhadap Lim Guan Eng telah ditafsirkan sebagai suatu tindakan yang cuba mengugut pihak polis. Kita tidak faham dengan PDRM yang secara tiba-tibanya bersikap lemah-lembut sehingga perlu takutkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin politik yang langsung tiada kuasa untuk membuat sesuatu terhadap polis.

Adalah tidak wajar dengan sikap polis yang hanya berminat untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin politik yang disokongi ramai dan bukannya penjenayah-penjenayah termasuk peragut, samseng jalanan, penyamun atau penjenayah pecah pintu yang jauh lebih mengugat keselamatan dan ketenteraman awam.

DAPSY kesal dengan polis yang cuba campur tangan dalam arena politik, termasuk mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin bukan Barisan Nasional manakala pemimpin-pemimpin UMNO seperti Datuk Ahmad Ismail, bekas Ketua UMNO Bukit Bendera yang pernah mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan pula tidak didakwa ke mahkamah sehingga hari ini.

Ini tidak dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pasukan polis kita. Dengan itu, DAPSY menggesa supaya Ketua Polis Negeri Selangor supaya meletakkan fokus utamanya untuk membanteras jenayah dan bukan membanteras pemimpin politik dengan cara cuba mencari tulang dalam telur yang tidak bertulang.

Read more!

谴责警方以莫须有罪名调查林冠英与欧阳捍华

民主行动党社青团全国宣传秘书黄伟益于2009年12月28日(星期一)在八打灵再也发表的声明:

民主行动党社青团全国执行理事会谴责警方,以“莫须有”的罪名自行报案对槟州首席部长林冠英及雪兰莪州行政议员欧阳捍华展开调查行动。

社青团昨日在森美兰州马口召开的全国执行理事会会议上,一致通过提案谴责警方沦为国阵政府的急先锋,不分青红皂白地援引煽动法令、刑事法典、通讯及多媒体法令对民主行动党领袖展开调查行动。

迄今为止,除了警方之外,没有其他单位针对林冠英本月18日在民联全国大会所发表的言论,以及欧阳捍华本月26日所发表的言论报案。我们不明白为何警方会比任何人,尤其比政治人物对这类言论更加敏感呢?

社青团不解的是,欧阳捍华呼吁警方停止调查林冠英的谈话,为何竟被诠释为对方有意恐吓警方。曾几何时,我国的警队变得如此脆弱不堪,竟能被欧阳捍华的温和言论阻吓到滚瓜尿流?

如果警方没有兴趣对付罪犯,包括日益猖獗的攫夺匪、马路流氓、破门行窃等,反而孜孜不倦于对付人民所推选出来的政治领袖,这根本是说不过去的。

警方一再尝试介入政治领域,包括采取行动对付非国阵领袖,却不敢对付发表煽动言论的巫统领袖,尤其是发表“寄居论”的巫统升旗山区部前任主席拿督阿末依斯迈,根本无助于增强人民对警队的信心。

社青团促请雪兰莪州总警长拿督卡立悬崖勒马,不要一错再错了。与此同时,警队应该将其焦点紧锁在对付罪案、打击罪犯,而不是一直针对政治人物的言论“在鸡蛋里挑骨头”。

说实在地,警队应该扮演作为人民褓姆的角色,而不是沦为国阵政府的爪牙。如果警方对其角色混淆而本末倒置,必然会导致整个社会付出更惨重的代价。

Read more!

Saturday 26 December 2009

Tindakan Polis terhadap Lim Guan Eng Tidak Profesional

Kenyataan Media oleh Y.B. Ng Wei Aik, Setiausaha Publisiti DAP Negeri Pulau Pinang pada 26 Disember 2009 (Sabtu) di Georgetown, Pulau Pinang:

Pihak polis sanggup membodek Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri sehingga membuat laporan sendiri serta menjalankan siasatan terhadap Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP atas dakwaan beliau telah mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan pada 18 Disember 2009 di Shah Alam, Selangor.

Mengapa polis begitu tergesa-gesa untuk membuat laporan polis terhadap Lim Guan Eng? Jikalau apa yang dinyatakan oleh Lim Guan Eng sememangnya berbaur hasutan, takkanlah kita perlu menunggu giliran pihak polis untuk membuat laporan sendiri supaya siasatan polis boleh dilakukan ke atas Lim Guan Eng?

Ini menunjukkan pihak polis telah membelakangi profesionalisme mereka sehingga perlunya membuat laporan polis sendiri, membuat tafsiran sendiri serta menjalankan siasatan sendiri tanpa pihak-pihak lain yang membuat laporan polis terhadap Lim Guan Eng.

Maka, DAP ingin mencabar Ketua Polis Negeri Selangor Datuk Khalid Abu Bakar supaya letak jawatan dengan serta-merta untuk memasuki politik dan bukan sekadar melaksanakan agenda-agenda politik yang digariskan oleh pihak atasannya dengan pandai-pandai menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai seorang Ketua Polis Negeri.

Datuk Khalid Abu Bakar berkata bahawa tiada mana-mana pihak yang dibenarkan untuk mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas. Namun demikian, ini juga bukan tanggungjawab polis untuk membuat tafsiran sendiri bagi mengenalpasti sama ada kenyataan Lim Guan Eng berasas sebelum inkues yang diketuai oleh seorang koroner dapat membuat kesimpulannya terhadap kes kematian Teoh Beng Hock.

Selama ini, pihak polis hanya berminat untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin bukan Barisan Nasional dan bukannya pemimpin-pemimpin Barisan Nasional seperti Datuk Ahmad Ismail, bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera yang telah melabelkan kaum-kaum tertentu sebagai “pendatang” ke negara ini.

Sebagai salah seorang pengadu yang membuat laporan polis terhadap Datuk Ahmad Ismail, saya pernah menghantar surat bertarikh 1 Mac 2009 kepada Peguam Negara supaya dimaklumkan perkembangan kes tersebut serta mendapatkan penjelasan Peguam Negara terhadap laporan The Malaysian Insider bahawa pemimpin UMNO tersebut tidak didakwa ke mahkamah atas sebab terdapat campur tangan politik daripada pihak atasan UMNO. Namun, tiada sebarang jawapan diberikan sehingga hari ini.

Walau bagaimanapun, DAP Negeri Pulau Pinang serta seluruh pemimpin dan ahli DAP dari sepelosok Malaysia akan memberi sokongan yang kuat terhadap Lim Guan Eng supaya tidak akur terhadap kuasa-kuasa yang jahat. Meskipun pihak polis dapat menutup mulut Lim Guan Eng dengan siasatan di bawah Akta Hasutan, namun mulut-mulut bagi seluruh rakyat yang mengejar keadilan tidak mungkin dapat ditutup oleh tindakan polis tersebut.

Read more!

警方自行针对林冠英报案违背专业

民主行动党槟州宣传秘书黄伟益于2009年12月26日(星期六)在乔治市发表的声明:

槟州民主行动党强力谴责警方自行针对槟州首席部长林冠英报案,并援引煽动法令来调查林冠英本月18日在民联全国大会针对赵明福案件所发表的谈话,显示警方此举全然为了讨好首相纳吉及内政部长希山慕丁而作的。

为何警方要如此急不及待针对林冠英报案呢?如果其他人早就听出林冠英所发表的谈话有煽动成分,为何我们还要劳驾警官大人自行针对林冠英报案,以便警方可以开档调查林冠英呢?

这充分显示警方根本不顾本身的专业守则,自行报案、自作判决并自行展开调查。民主行动党挑战雪兰莪州总警长卡立即刻辞职参政,而不是躲在警队内暗中协助其政治上司落实他们的政治议程。

卡立指任何人都不应该发表没有事实根据的言论,但是林冠英所发表的言论有无根据,并不能由警方单方面去作诠释。如果警方在验尸庭未作裁决之前,即自行针对林冠英报案并展开调查,这难道不证明了警方未审先判吗?

由始至终,警方看来只有兴趣对付非国阵领袖,但国阵领袖如前任巫统升旗山区部主席阿末依斯迈发表“寄居论”却不受对付,更充分体现警方欲加之罪,其无辞乎的办案态度!

作为针对阿末依斯迈发表寄居论的报案人之一,尽管我三番四次追问包括致函总检察长,要求对方交待政府为何没有援引煽动法令提控阿末依斯迈,但迄今却没有任何下文。

总检察长有必要交待阿末依斯迈不被提控,是否印证了《马来西亚内幕者》网站所报道,这跟巫统领袖暗中干预有直接的关系?

无论如何,槟州民主行动党及全国所有领袖与党员全力支持林冠英,永远不要向恶势力低头而不敢仗义执言。即使警方有能力用煽动法令封住林冠英的口,不让他针对赵明福的案件进一步发表谈话,却永远封不住全国千千万万人的嘴巴。

不管验尸庭最后如何作出裁决,我们敢于相信公道自在人心,正义总有一天会获得伸张,让赵明福不致于死不瞑目。

Read more!

Tuesday 22 December 2009

巫统篡夺民政党的槟国阵主席职乃咎由自取

民主行动党槟州社青团秘书黄伟益于2009年12月22日(星期二)在槟城乔治市发表的声明:

槟州巫统公然要篡夺民政党全国主席许子根所担任的槟州国阵主席一职,究其根源乃是民政党咎由自取、自我矮化的结果。

若民政党领袖没有在巫统领袖未针对撕毁许子根肖像一事道歉之前,就主动跟巫统修复旧好的话,巫统领袖如今怎会爬到许子根头上来?

巫统领袖去年公然撕毁许子根肖像迄今还历历在目!虽然巫统领袖迄今未针对此事公开道歉,但民政党领袖却急不及待地向巫统示好,如今又反被巫统将了一计,他们又有什么资格责怪巫统呢?

与其谴责巫统霸权导致民政党失掉整个槟州政权,民政党领袖倒不如谴责许子根的懦弱态度,以及对巫统领袖毕恭毕敬的奴化心态,才是民政党失掉整片江山的真正导因。

不管是许子根或转由民政党其他领袖担任槟州国阵主席一职,还是把这个宝座交由巫统领袖来出任,我们始终改变不了民政党的懦弱及巫统的霸道本质,让两党终究得不偿失。

随着巫统副主席兼槟州主席阿末扎希发表要民政党交出槟州国阵主席一职的言论,民政党领袖随之群起炮轰阿末扎希。可是,这种情况更像是民政党领袖为人民所做的一场戏而已。

话说回来,民政党一方面跟巫统修复旧好,民青团另一方面虽然宣称继续跟巫统断交,不过却能够跟巫统青年团领袖狼狈为奸,共同在槟州立法议会外示威并焚烧槟州首席部长肖像,试问人民要如何相信他们性格分裂的政治立场呢?

槟州民青团呼吁民政党领袖拿出勇气向巫统表达其宁为玉碎的态度,并愿意毫无保留地向巫统作战到底。可是,环顾民政党当前的领导层,谁又拿得出勇气跟巫统开战呢?

远的不说,就以民政党领袖对曾经发表寄居论被冻结党籍3年的巫统升旗山区部主席阿末依斯迈,最近提前获巫统最高理事会解冻所作的反应来看,就足以证明民政党领袖对这个“在巫统里面是第几号人物”的阿末依斯迈简直吓破了胆。

当记者询问民政党领袖对阿末依斯迈恢复党籍的看法时,许子根却反问记者:“这是重要的课题吗?”槟州民政党主席丁福南则反问:“他在巫统里面是第几号人物?”这显示民政党上下皆被阿末依斯迈提前恢复党籍一事吓破了胆

民政党领袖尤其是许子根、丁福南与民政党前任总秘书谢宽泰,完全不敢对阿末依斯迈要求道歉一事作出回应,显示他们根本不敢得罪阿末依斯迈或其他巫统领袖。

如今,民政党唯一的出路就是退出国阵,而不是靠首相纳吉谕令双方停火而保住本身领袖所担任的槟州国阵主席一职。否则,不管是由巫统或民政党领袖担任槟州国阵主席一职,民政党根本难以取信于民,难有再翻身的政治机会。

Read more!

Wednesday 16 December 2009

Undian Online terhadap Isu Biro Tatanegara

Kenyataan Media oleh Y.B. Ng Wei Aik, Setiausaha Publisiti DAP Negeri Pulau Pinang pada 16 Disember 2009 (Rabu) di Georgetown, Pulau Pinang:

DAP Negeri Pulau Pinang melancarkan undian online terhadap isu Biro Tatanegara (BTN) melalui laman webnya (http://dappg.org) mulai hari ini, supaya orang ramai dapat mengemukakan pandangan mereka terhadap kerelevanan BTN.

Persoalan dan pilihan-pilihan bagi undian online adalah seperti berikut:

Apakah pandangan anda terhadap isu BTN (Biro Tatanegara)?
•Ini bukan isu langsung, tidak perlu sebarang perubahan
•Ubahsuaikan kursus-kursus yang berkontroversi
•Memansuhkan BTN

Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau sendiri akan menilai dan memutuskan modul BTN ekoran daripada pertelagahan di antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Nazri Aziz dan gesaan awam yang mahukan BTN dibubarkan, namun ini masih tidak dapat mengubah persepsi awam bahawa BTN merupakan alat Barisan Nasional untuk mencuci otak rakyat jelata.

Jikalau Najib hanya setakat mempergiatkan elemen 1Malaysia dalam modul BTN tanpa membubarkan BTN, adakah ini merupakan jalan penyelesaian yang terbaik dan boleh diterima oleh semua rakyat jelata? Maka, adalah lebih baik bagi rakyat jelata membuat pilihan mereka melalui undian online supaya kita dapat sama-sama menentukan nasib BTN untuk kepentingan nasional.

Undian online tersebut akan bermula hari ini sehingga Perdana Menteri dapat membuat sesuatu keputusan terhadap kelangsungan BTN. Kami mempelawa rakyat jelata tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan latar belakang politik untuk menyertai undian online tersebut serta mengemukakan komen atau pandangan yang bernas dalam laman web tersebut.

Read more!

诚邀参与“国家干训局存废”网上民调

民主行动党槟州宣传秘书黄伟益于2009年12月16日(星期三)在槟城乔治市发表的声明:

槟州民主行动党通过其网站(http://dappg.org)推出“国家干训局存废”网上民调,让各界表达他们对于国家干训局最近所掀起争议的看法。

这项网上民调的内容如下:

Apakah pandangan anda terhadap isu BTN (Biro Tatanegara)? |
您对国家干训局(BTN)课题有什么看法? |
What is your opinion on the issue of BTN (National Civics Bureau)?


•Ini bukan isu langsung, tidak perlu sebarang perubahan |
这不是个课题,无需作任何改变 |
It's not an issue, remain status quo

•Ubahsuaikan kursus-kursus yang berkontroversi |
更改训练内容 |
Revamp its controvesial courses

•Memansuhkan BTN |
废除国家干训局 |
Dissolve the BTN


随着国家干训局引发朝野与民间激烈争论,甚至引发前任首相马哈迪和首相署部长纳兹里公开骂战后,首相纳吉宣布将亲自评估及决定被指具有种族主义的国家干训局课程纲要,但这仍无法改变国家干训局沦为替当权者洗脑的工具。

如果纳吉在不废除国家干训局的前提底下,仅是加入“一个马来西亚”的元素,这又是否解决之道呢?因此,唯有通过民间表达他们的看法,包括作出民智的选择,我们才能形成一股强大的舆论压力,促使当权者重新思考国家干训局存废的问题。

这项民调将从即日起展开,直至纳吉对国家干训局的课程纲要,以及对国家干训局的存废有新的决定为止。因此,我们诚邀各界人士通过参与这项网上民调,同时在网上留言来表达我们对国家干训局的立场和看法。

Read more!

Monday 14 December 2009

Penang State Christmas Celebration 2009 - 20 December 2009 (Sunday) 6pm - 10pm @ Penang Times Square

The “PENANG STATE CHRISTMAS CELBRATION 2009” will be a Penang Combined Churches’ Event under the auspices of Christian Federation of Malaysia, Penang Liaison Committee (CFM, Pg), Love Penang Network (LPN), Penang Pastors’ Fellowship (PPF), and the Chinese & Tamil Pastors’ Fellowship in co-operation with the Penang State Government.

This will be our Penang Combined Churches Christmas presentation for the city’s enjoyment and celebration in remembering the birth of our Lord & Savior, JESUS CHRIST! We are appreciative to the Penang State Government for their recognition to this special occasion. Our Christmas Concert & Celebration will be a riot of colours, singing & dancing, meaningful Christmas presentations, sound & music of the diverse Christian communities in our rich and cultural nation.

The young as well as the seniors will enjoy themselves in this celebration as we share on stage the various aspects of our Christmas with the theme “Joy to The World”. The Christmas Celebration will be a multi-ethnic Christmas celebration. Hence, the Christian community welcomes fellow Malaysians to celebrate this special season with them to instill a better understanding of the Christian faith and to foster peace & harmony, goodwill & acceptance of all peoples.

Christmas is not only a joyous celebration in Malaysia as seen in the supermarkets and malls and in the giving and exchange of gifts to one another. The real meaning of Christmas as in the Gospel of John 3:16 says, “For God so loved the world, that He gave his only begotten Son, that whosoever believes in Him should not perish, but have everlasting life.” Jesus Christ, the son of God came to earth to show God’s kindness and compassion for all peoples; to redeem mankind from the bondage of sin and release them into eternal life. This is indeed good news for everyone.

The Theme for our Christmas Celebration 2009 is “JOY TO THE WORLD!”
Date & Time: Sunday, 20 September 2009 @ 6.00 p.m. – 10.30 p.m.
Venue: Penang Times Square

The Christmas Celebration will very much be a typical Malaysian open public event with the people in the community being welcomed to the occasion. A delightful & sumptuous food will be served to all! However, a major difference will be elements of the real meaning of Christmas being reflected in all our special presentations: on stage – songs, carols, band/choirs, dances, musical items, etc., and on the grounds – picturesque depictions of ‘live persons’ in Christmas apparels! What a great opportunity to declare Joy to The World to all present.

We are happy to announce the attendance of our Chief Minister of Penang, Y.A.B. Lim Guan Eng together with the kind presence of our Penang Governor, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, who will officiate this special State event. In the spirit of Christmas, the Penang Churches will also be presenting five cheques with a total amount of RM10,000.00 as our Christmas gifts to 5 charitable organizations.

Read more!

Friday 11 December 2009

Welcome to 2009 Penang State Christmas Celebration

阿末依斯迈提前复籍:民政党领袖吓破胆!

民主行动党槟州社青团秘书黄伟益于2009年12月11日(星期五)在槟城乔治市发表的声明:

去年在峇东埔区国会议席补选期间发表“寄居论”,并跟民政党闹翻而遭巫统冻结党籍3年的巫统升旗山区部主席阿末依斯迈,最近获巫统最高理事会提前恢复党籍,槟州民政党竟然下封口令,阻止民政党领袖发表个人言论。

尽管如此,当记者询问民政党领袖对阿末依斯迈恢复党籍的看法时,全国主席许子根却反问记者:“这是重要的课题吗?”槟州主席丁福南则反问:“他在巫统里面是第几号人物?”这显示民政党上下皆被阿末依斯迈提前恢复党籍一事吓破了胆。

一年前,民政党领袖还很理直气壮地要巫统开除阿末依斯迈;一年后,民政党除了要求巫统主席对阿末依斯迈恢复党籍一事解释之外,对阿末依斯迈却是完全不敢吭声,其态度完全出现一百八十度大转变。

民政党领袖尤其是许子根、丁福南与民政党前任总秘书谢宽泰,完全不敢对阿末依斯迈要求道歉一事作出回应,显示他们根本不敢得罪阿末依斯迈或其他巫统领袖。毕竟,诚如阿末依斯迈所说,巫统不需要民政党,反而是民政党要依赖巫统。

如果民政党要在巫统的淫威之下委屈求全,希望藉着巫统的势力为他们重新夺回槟州政权,这简直是天方夜潭。人民为何要支持一个对于连“在巫统里面是第几号人物”都感到惊慌失措的政党,更何况是在槟州巫统领袖未针对公然撕毁及踩踏许子根肖像一事道歉前,即主动跟巫统修复旧好、暗渡陈仓的民政党领袖呢?

我们更加不明白,既然槟州民政党主动跟巫统修复旧好,但胡栋强所领导的槟州民青团竟能违抗母体旨意,继续保持跟槟州巫统断交的关系?如果槟州民青团跟巫统断交,胡栋强又为何最近要跟巫青团狼狈为奸,在槟州立法议会外示威呢?

如果槟州民青团还选择跟槟州巫统断交,我们又不见其团长胡栋强挺身而出,跟阿末依斯迈干到底?胡栋强还说外人不能干涉巫统内政,这是否意味胡栋强由衷认同巫统提前恢复阿末依斯迈党籍的决定吗?

许子根昨天配合世界人权日发表文告,促请国人尊重及捍卫《世界人权宣言》的原则,并以这份宣言来维护所有爱好和平的人。然而,若许子根等民政党领袖不敢跟阿末依斯迈这个“在巫统里面是第几号人物”的极端种族沙文主义者干到底,他又有何资格来捍卫《世界人权宣言》的原则呢?

从民政党、马华领袖对阿末依斯迈提前恢复党籍的反应或所发表的言论看来,他们简直就是对这个大军阀出闸惶恐不已。这难道是人民所要支持政党或领袖应有的态度吗?如果不是,他们最终必然会因为不敢开罪巫统领袖而遭人民所唾弃!

Read more!

Menteri KPI Bercakap Bohong

Kenyataan Media oleh Y.B. Ng Wei Aik, Setiausaha Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Negeri Pulau Pinang pada 7 Disember 2009 (Isnin) di Georgetown, Pulau Pinang:

DAPSY berasa amat aneh dengan penjelasan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa Oh Tong Keong, Ketua Pemuda Gerakan Negeri Pulau Pinang dan Eng Hiap Boon, Ketua Pemuda MCA Negeri Pulau Pinang senyum atas sebab terperanjat apabila seorang ahli MIC Mak Mandin sedang membakar gambar Ketua Menteri Pulau Pinang di hadapan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Tiada logiknya langsung bagi seorang Menteri KPI memberikan penjelasan sebegini, yang jelas sekali cuba memutarbelitkan fakta yang sebenarnya. Ini jelas menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin Barisan Nasional tidak kesal dengan apa yang dilakukan oleh mereka walaupun mereka perlu mengutuk dengan sekuat-kuatnya terhadap tindakan pelampau tersebut.

Apakah reaksi Oh Tong Keong dan Eng Hiap Boon jikalau mereka terperanjat dengan tindakan gambar Ketua Menteri Pulau Pinang? Adakah mereka perlu senyum dengan gembira? Sememangnya, mereka perlu berasa bimbang dan cuba dengan sedaya-upaya untuk menghalang tindakan pelampau tersebut. Jikalau mereka tidak berupaya untuk menghalang, maka mereka perlu meninggalkan tempat tersebut dengan serta-merta.

Koh Tsu Koon menyatakan bahawa orang yang membakar gambar Ketua Menteri adalah seorang penduduk Kampung Buah Pala. Sebenarnya, pihak polis yang menjalankan siasatan terhadap kes tersebut masih dalam peringkat soal siasat. Saya pernah memberitahu pihak polis bahawa orang tersebut merupakan seorang ahli MIC dari Mak Mandin, Butterworth.

Jikalau kerja-kerja siasatan belum selesai, mamana polis boleh memberitahu Koh Tsu Koon akan hasil siasatan mereka? Ini jelas menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin Barisan Nasional, seperti Koh Tsu Koon yang sering mempelopori KPI sudi berbohong serta memutarbelitkan fakta-fakta yang sebenar. Mereka tidak berani untuk memikul tanggungjawab serta memohon maaf kepada rakyat.

DAPSY menuntut Koh Tsu Koon, Oh Tong Keong dan Eng Hiap Boon perlu memohon maaf kepada rakyat atas pembohongan mereka. Fakta-fakta yang sebenar tidak mungkin dapat diputarbelitkan oleh rakyat kita yang semakin berupaya untuk membezakan apa yang baik dan betul serta apa yang mungkar, salah dan tidak boleh dimaafkan.

Read more!

踩踏牛头肖像者比牛更蠢!

民主行动党社青团全国宣传秘书黄伟益于2009年12月9日(星期三)在槟城乔治市发表的声明:

民主行动党社青团促请马华与民政党领袖表态,他们是否支持巫统领袖及党员最近所采取的一系列行动,包括昨天在雪州莎阿南法庭踩踏牛头肖像的示威行动?

巫统领袖与党员最近的行动近乎疯狂,除了早前在槟州立法议会大厦前发动示威及支持印度国大党党员当众焚烧槟州首席部长林冠英肖像之外,槟州立法议会反对党领袖阿兹哈还在议会参与辩论时向其他民联州议员“秀臀”,昨天更在莎阿南法庭外搬出印有林冠英、民主行动党国会领袖林吉祥及太平区国会议员倪可敏“牛头肖像”的布条示威,还公然呛声“不要像牛一样愚蠢”!

上述巫统领袖与党员的举动,简直丢尽了所有国阵领袖的脸。倪可敏曾针对3名原任民联议员出卖人民导致霹州民联政权倒台,3人肖像被制成海报任由众人踩踏,代表霹州民主行动党向国人道歉;可是,巫统领袖却不曾针对其“比牛还要更愚蠢”的疯狂行径公开道歉。

反观昨天参与示威者绝大多数乃年8月28日在雪州政府大厦前参与“牛头示威”,而被警方提控煽动和非法集会罪名的被告。这些人尽管被提控煽动和非法集会,但迄今还是死性不改,显示他们其实比牛更愚蠢!

我们不明白这些示威者为何跟牛有这种深仇大恨,而且要跟牛永远过意不去。毕竟,牛乃兴都教非常重要的神圣元素。如果他们要指牛愚蠢而踩踏牛头肖像,这似乎跟亵渎兴都教没有两样。

如果巫统领袖与党员一再玩弄与煽动族群情绪,这除了显示他们不懂得悔改,更显示他们比牛还要更愚蠢,而他们根本就是属于侏罗纪时代的恐龙。如果马华与民政党领袖不懂得分辨是非对错,准备跟巫统领袖最近的疯狂行径切割开来,反而还要再跟巫统狼狈为奸,看来我们也应该把马华与民政党领袖送返侏罗纪时代了。

Read more!

Wednesday 9 December 2009

Pemilihan DAPSY Negeri Perak Tahun 2009

Kongres Negeri Perak tahun 2009 akan diadakan pada 13 Disember 2009 (AHAD) di Bistro Hall, Marina Cove Resort, Teluk Batik, Perak Darul Ridzuan.

Pada Kongres kali ini, perwakilan diberi mandat untuk memilih Ahli Majlis Eksekutif Negeri bagi menerajui kepimpinan Pemuda DAP Perak bagi tahun 2010-2011.

Mengikut perlembagaan DAPSY, pemilihan harus diadakan dwi-tahunan di mana setiap perwakilan yang layak akan pemilih 1 orang pengerusi, 1 timbalan pengerusi, 2 naib penerusi, 1 setiausaha dan 15 ahli majlis eksekutif.

Pada pemilihan kali ini, sebanyak 36 pencalonan telah diterima daripada Bahagian masing-masing. 2 pencalonan untuk pengerusi, 1 pencalonan untuk timbalan pengerusi, 4 pencalonan untuk naib pengerusi dan 27 pencalonan untuk majlis eksekutif.

Selepas diproses, 3 dari calon majlis eksekutif didapati tidak layak bertanding atas faktor umur dan keahlian dalam DAPSY yang kurang daripada 2 tahun, 4 ahli yang dicalonkan untuk majlis eksekutif menarik diri.

Dengan itu, senarai akhir pemilihan DAPSY Perak 2009 adalah seperti yang dilampirkan.

Untuk kerusi timbalan pengerusi, V Sivakumar dari Ipoh Barat menang tanpa bertanding disebabkan beliau merupakan calon tunggal untuk kerusi tersebut.

民主行动党霹雳州社青团订2009年12月13日在Bistro Hall, Marina Cove Resort, Teluk Batik举办州大会。代表们将选出2010年之2011年执委,以领导霹雳州社青团。

两年一届的州大会将选出一名团长、一名署理团长、2名副团长、秘书和15名执行委员。

共有36人提名竞选以上职位,即团长(2个提名)、署理团长(1个提名)、副团长(4个提名)及27人提名竞选执行委员。提名竞选执行委员者3人因超龄或入党不足2年被拒绝,另外4人弃权,使到竞选执行委员者为20人。(请看名单)

怡保西区区团的V Sivakumar不战而胜成为新任署理团长。

-----+-----

Pengerusi 团长(2 pilih 1)
1. Chai Wee Khun 蔡伟坤(Ipoh Barat)
2. Wong Kah Woh 黄家和(Ipoh Timur)

Naib Pengerusi 副团长(4 pilih 2)
1. Cheong Chee Khing 张志坚(Ipoh Timur)
2. Lim Kean Seong 林建松(Teluk Intan)
3. Paul Yong Choo Keong 杨祖强(Lumut)
4. Teh Kok Lim 郑国霖(Taiping)

Setiausaha 秘书(2 pilih 1)
1. Chee Chor Hong 徐初洪(Batu Gajah)
2. Ong Boon Piow 黄文标(Ipoh Timur)

Majlis Eksekutif 执行理事(20 pilih 15)
1. Alicia Ng Chi Ling 伍紫玲(Ipoh Timur)
2. Chan Lee See 陈丽思(Ipoh Timur)
3. Chan Mei Yin 陈美燕(Beruas)
4. Cheah Leong Huat 谢仰发(Teluk Intan)
5. Chen Miew Wong 曾茂旺(Lumut)
6. Chin Chee Jen 陈治蒽(Beruas)
7. D.Thanabalan (Ipoh Barat)
8. Ding Sie Mee 陈善美(Lumut)
9. Eong Wn Leong 杨武良(Lumut)
10. Ganesan a/l Athi Narayanan (Ipoh Barat)
11. Hui Chung Chun丘俊良(Ipoh Timur)
12. Keshvinder Singh (Kampar)
13. Lau Chang Ee 刘长一(Taiping)
14. Lian Ooi Wen 粘伟文(Teluk Intan)
15. Ngo Kok Foong 吴国锋(Ipoh Timur)
16. Sum Wai Hon 岑维翰(Ipoh Barat)
17. Tam Kok Khuen 谭国权(Kampar)
18. Tan Beng Hooi 陈明辉(Batu Gajah)
19. Yoh Keat Hong 杨杰康(Kampar)
20. Yip Mun Chien 叶汶建(Ipoh Timur)

Read more!

Thursday 3 December 2009

Ucapan Perbahasan Bajet Negeri Pulau Pinang

Ucapan Perbahasan Y.B. Ng Wei Aik, Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Kawasan KOMTAR ke atas Bajet 2010 yang Dibentangkan oleh Y.A.B. Ketua Menteri dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang:

Y.B. Dato’ Speaker,

1. Terima kasih atas peluang yang diberikan bagi saya menyertai perbahasan ke atas Bajet 2010 yang dibentangkan oleh Y.A.B. Ketua Menteri dalam Dewan yang mulia ini.

2. Seperti tema bajet bercadang, ini merupakan bajet CAT bagi Kerajaan Berjiwakan Rakyat untuk menjamin masa depan rakyat Negeri Pulau Pinang. Walaupun kita sedang menghadapi kemelesetan ekonomi, di mana pertumbuhan ekonomi Negeri Pulau Pinang dijangka menyusut sehingga -3% berbanding dengan 3.3% pada tahun 2008, namun Kerajaan Negeri masih menyediakan peruntukan yang difikirkan wajar dan perlu untuk merangsangkan ekonomi Negeri Pulau Pinang.

3. Walaupun defisit bajet kita akan mencecah RM78.98 juta pada tahun depan, namun kita masih menaruh kepercayaan terhadap Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Y.A.B. Ketua Menteri untuk mengurangkan defisit atau menidakkan defisit kita. Seperti apa yang telah dicapai sebelum itu, Kerajaan Negeri telah merekodkan lebihan bajet sejumlah RM87.99 juta pada tahun 2008 dan dijangka dapat mencatat surplus juga pada tahun 2009.

4. Syabas juga kepada Kerajaan Negeri yang sering bersikap hemah dalam mengawal perbelanjaannya dan pada masa yang sama meningkatkan hasilnya melalui pelbagai jenis cara dan sumber, termasuk mengutip premium tanah dan cukai tanah, menarik pelaburan baru dengan penubuhan Hab Halal Antarabangsa dan Hab Pendidikan Cemerlang, menggalakkan pelaburan domestik dan asing serta pelaburan semula dan juga mempromosikan pelancongan perubatan, MM2H (Malaysia as My Second Home) serta MICE (Meetings, Incentives, Conventions, Exhibitions) dengan pembinaan Penang International Convention Centre yang bertapak di PISA, Bayan Lepas.

Y.B. Dato’ Speaker,

5. Bajet pembangunan pada tahun 2010 yang berjumlah RM379.77 juta menunjukkan peningkatan sebanyak RM193.73 juta atau bersamaan dengan 104.13% berbanding dengan tahun 2009. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat adalah berorientasikan pembangunan supaya rakyat Negeri Pulau Pinang tanpa mengira kaum, agama, jantina dan latar belakang politik dapat menikmati hasil pembangunan bersama. Apa yang jauh lebih penting, pembangunan infrastruktur kita perlu dipertingkatkan lagi.

6. Kita terpaksa menghadapi pelbagai rintangan serta kekurangan dari segi sumber untuk menyelesaikan masalah rakyat, termasuk memperbetulkan kesalahan atau kesilapan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri sebelum ini serta menanggung kerugian dari segi kewangan terhadap segala pampasan yang perlu diberikan kepada pihak-pihak yang menuntutnya, khasnya skandal tanah Tang Hak Ju yang telah menelan RM40 juta wang rakyat dengan begitu sahaja.

7. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri tetap komited untuk membantu golongan yang kurang berada atau kurang upaya. Bagi kita, rakyat adalah segala-galanya. Sebagai kerajaan yang memerintah, kita perlu menjaga kepentingan RM1.5 juta rakyat Negeri Pulau Pinang dan bukannya sekelompok kroni-kroni yang berkepentingan sendiri. Jikalau kita hanya menjaga kepentingan segelintir kroni tanpa mengambil kira kepentingan rakyat jelata, maka kita akan menerima padah seperti UMNO yang kini telah ditolak oleh rakyat Negeri Pulau Pinang pada akhirnya.

Y.B. Dato’ Speaker,

8. Dalam tempoh 21 bulan yang lepas, kita telah berjaya membuktikan diri sebagai Kerajaan Negeri yang boleh ditaruh harapan oleh rakyat berbilang kaum. Kita tidak memboros seperti UMNO. Malah atas sikap yang berhemah, kita merupakan satu-satunya negeri yang dipuji secara terbuka oleh International Transparency dan Ketua Audit Negara atas usaha-usaha murni kita untuk memerangi rasuah serta melaksanakan urustadbir CAT. Inilah perubahan-perubahan yang rakyat inginkan.

9. Dengan pelaksanaan tender terbuka, kita telah berjaya mengawal dan mengurangkan perbelanjaan Kerajaan Negeri, di mana wang yang dijimat boleh disalurkan untuk tujuan atau kegunaan yang lain. Kita lebih mementingkan poket rakyat dan bukannya poket sendiri. Atas sebab itu, pemimpin-pemimpin dan kroni-kroni UMNO yang kehilangan sumber kekayaan akan berusaha dengan sedaya-upaya untuk menjatuhkan atau menggulingkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dengan apa cara sekalipun.

10. Semalam, pemimpin-pemimpin pembangkang termasuk ahli-ahli Pemuda Barisan Nasional yang cuba menjatuhkan maruah dan mencemarkan kemuliaan Dewan yang mulia ini telah mengadakan demonstrasi secara ganas di hadapan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dengan mendakwa bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak cekap dan teragak-agak membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Y.B. Dato’ Speaker,

11. Jikalau dakwaan tersebut benar, mengapakah Kerajaan Negeri begitu cekap dan tidak teragak-agak untuk mencapai status miskin tegar selepas setahun memerintah Negeri Pulau Pinang, dengan memberi bantuan lebih kurang RM195,000 setiap bulan kepada 728 Ketua Isi Rumah (KIR) di seluruh Pulau Pinang? Jikalau dakwaan tersebut benar, mengapakah Kerajaan Negeri begitu cekap dan tidak teragak-agak untuk memperuntukkan RM20 juta untuk menyampaikan sumbangan kepada 130,000 orang warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas?

12. Jikalau dakwaan tersebut benar, mengapakah Kerajaan Negeri begitu cekap dan tidak teragak-agak untuk menyediakan peruntukan tahunan yanag kini berjumlah RM11.3 juta, iaitu tambahan sebanyak RM2.8 juta berbanding dengan tahun 2009 bagi membantu sekolah-sekolah pelbagai aliran, termasuk Sekolah-Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang sekian lama terpinggir dalam arus pendidikan negara? Ini merupakan dasar-dasar berani yang tidak pernah dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional malah sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri yang menghadapi serba kekurangan dari segi sumbernya.

13. Jikalau nak tanya dalam aspek mana Kerajaan Negeri tidak cekap dan teragak-agak, jawapannya adalah Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak cekap dan teragak-agak untuk mengamalkan rasuah dan menyalahgunakan kuasa untuk mengejar kekayaan dan kemewahan sendiri. Kita tidak cekap dan teragak-agak untuk memiliki rumah besar, kereta mewah serta mendapatkan komisen daripada kelulusan projek yang diberikan. Inilah perbezaan yang ketara di antara Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional.

Y.B. Dato’ Speaker,

14. Usaha-usaha murni Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat sering diberi gambaran negatif oleh sesetengah media yang beragenda terlindung. Sesetengah isu yang berkepentingan rakyat pula dimanipulasi oleh media-media yang tertentu. Walaupun Kerajaan Negeri cuba memberi penjelasan dengan fakta-fakta yang betul, namun kita tidak diberikan ruang yang secukupnya untuk membuat penerangan.

15. Atas sebab ini, saya bercadang supaya sebuah Majlis Media atau Media Council yang pernah dicetuskan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Mantan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1973 ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri, supaya Negeri Pulau Pinang merupakan negeri yang pertama menubuhkan Majlis Media yang sekian lama diperjuangkan oleh pihak media. Ini merupakan suatu entiti yang mengamalkan cara kawal selia sendiri (self-regulatory) dan terdiri daripada pengamal-pengamal media dengan golongan profesional tanpa campur tangan politik, supaya apa-apa pertikaian yang berkaitan dengan laporan atau profesionalisme media boleh dirujuk kepada Majlis Media.

16. Kita juga menghadapi suatu hakikat di mana Jabatan Penerangan tidak memberikan kerjasama langsung untuk mempromosikan dasar-dasar Kerajaan Negeri, meskipun dasar-dasar Kerajaan Negeri yang tidak berbau politik seperti pelancaran Kempen Tiada Beg Plastik dan kini ditambah lagi ke tiga hari seminggu. Dengan itu, Kerajaan Negeri perlu membentuk secretariat penerangan sendiri serta menggerakkan jentera penerangan dengan sumber-sumber sendiri dan peruntukan dari segi kewangan adalah diperlukan.

Y.B. Dato’ Speaker,

17. Pasaran hartanah kita juga merupakan salah satu enjin pertumbuhan ekonomi Negeri Pulau Pinang. Walaupun kita sedang menghadapi kemelesetan ekonomi, namun pasaran hartanah kita tidak pernah terjejas, di mana harga sebuah rumah teres di Pulau Pinang yang berharga RM425,627 adalah yang tertinggi di Malaysia, dan jauh melebihi purata harga di Malaysia yang mencecah RM160,147 ataupun Kuala Lumpur yang mencecah RM378,833 dan Selangor yang mencecah RM261,501.

18. Dengan pelaksanaan Cukai Keuntungan Hartanah atau RPGT (Real Property Gains Tax) mulai 1 Januari 2010, ini sedikit sebanyak akan mendatangkan impak negatif terhadap pemilikan rumah yang bernilai warisan di sekitar Georgetown dan juga pelaksanaan dasar Kerajaan Negeri yang bersasarkan setiap keluarga mampu memiliki sebuah rumah. Perlu diingatkan bahawa jikalau sebuah rumah yang dibina pada tahun 1950 bernilai RM20,000 dijualkan pada harga RM600,000 pada 30 Mac 2010, maka RPGT yang dikenakan mengikut formula baru adalah berjumlah RM26,100.

19. Bagi tuanpunya rumah yang ingin mendapatkan lebihan keuntungan, maka cukai tersebut akan dipindahkan kepada pihak pembeli rumah dan menyebabkan harga rumah melambung tinggi lagi. Ekoran daripadanya, sebuah rumah yang pada asalnya dijual pada harga RM600,000 akan diurusniagakan dengan harga jualan RM620,000. Ini merupakan beban kewangan yang biasanya akan ditanggung oleh pihak pembeli rumah dan seterusnya menafikan peluang penyewa yang sedia ada untuk memiliki rumah yang sedang dihuni oleh sekeluarganya.

20. Dengan itu, pelaksanaan semula RPGT yang telah diberhentikan pada April 2007 perlu dikaji semula. Jikalau tidak, penghuni-penghuni dalam bangunan-bangunan bernilai warisan di sekitar Georgetown akan terpaksa berhijrah keluar dan seterusnya menggagalkan usaha Kerajaan Negeri untuk menarik minat rakyat untuk berpindah balik ke kawasan bandar. Adalah tidak sihat bagi warga-warga kota berhijrah keluar dan mengakibatkan Georgetown yang merupakan ibu kota Pulau Pinang menjadi semakin lesu dan kurang daya tarikannya khasnya pada waktu malam.

21. Saya ingin memohon pihak Kerajaan Negeri supaya mengambil tindakan-tindakan sewajarnya supaya pelaksanaan RPGT tidak akan mendatangkan impak yang serius terhadap rakyat Negeri Pulau Pinang, khasnya warga-warga Georgetown. Apa yang lebih penting adalah mengenakan had tempoh bagi pelaksanaan RPGT, di mana apa-apa hartanah yang dijual selepas enam tahun tidak akan dikenakan lagi cukai tersebut. Ini adalah untuk menjamin bangunan-bangunan bernilai warisan dan sejarah di sekitar Georgetown terus dihuni oleh warga-warga kota yang telah lama menghuni di sini, di mana mereka yang dikenali sebagai “living heritage” merupakan aset yang terpenting bagi kita mempromosikan Georgetown yang telah dinobatkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.

Y.B. Dato’ Speaker,

22. Sehingga kini, tiada sebarang usaha diambil oleh Khazanah Holdings Bhd untuk berbincang dengan Kerajaan Negeri serta merancang bagaimana peruntukan RM25 juta yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan dapat digunakan untuk tujuan pemuliharaan dan promosi warisan di kawasan Georgetown. Malah, peruntukan RM25 juta tersebut telah “hijacked” oleh seorang pemimpin Pemuda Gerakan yang kononnya peruntukan tersebut hanya boleh dipohon melalui Koordinator Barisan Nasional yang bukan dipilih oleh rakyat dan bukannya Kerajaan Negeri atau wakil-wakil rakyat yang disokong oleh rakyat jelata.

23. Ini merupakan suatu perkara yang serius di mana peruntukan sejumlah RM25 juta yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Persekutuan tidak dikota dan disalurkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Peruntukan yang sama telah disalurkan kepada Kerajaan Negeri Melaka. Adakah tidak penting lagi bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang melindungi dan mempromosikan nilai-nilai warisan Georgetown kita? Adakah Kerajaan Persekutuan sudi bertanggungjawab jikalau apa-apa yang berlaku nanti akan menjejaskan status Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia?

24. Saya nak tanya, jikalau Khazanah Holdings Bhd dapat menganjurkan taklimat bagi memaklumkan pemimpin Pemuda Gerakan tentang cara-cara permohonan peruntukan untuk pemuliharaan bangunan-bangunan bernilai warisan di Georgetown, mengapa tiada taklimat sebegini dianjurkan untuk Ahli Yang Berhormat Padang Kota, Pengkalan Kota dan saya sebagai wakil rakyat KOMTAR? Apakah tindakan-tindakan yang Kerajaan Negeri akan ambil untuk menuntut supaya peruntukan disalurkan kepada Kerajaan Negeri serta digunakan bersama oleh Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan?

25. Kerajaaan Negeri Pulau Pinang perlu mengemukakan Pelan Pengurusan Warisannya kepada UNESCO selewat-lewatnya 1 Februari 2011. Jikalau pelbagai program dan inisiatif yang telah dikenalpasti dalam Pelan Pengurusan Warisan Georgetown, seperti Sistem Maklumat Geografi (GIS) untuk menyenaraikan bangunan-bangunan berwarisan di Georgetown, serta garis panduan untuk memperbaiki dan menyelenggarakan bangunan-bangunan berwarisan serta tugu-tugu peringatan dan sebagainya tidak dapat dilaksanakan atas sebab kekurangan sumber dari segi kewangan, maka status Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia pastinya akan terjejas dan seterusnya menjejaskan juga status Melaka sebagai Tapak Warisan Dunia.

26. Terdapat tiga entiti iaitu Ketua Menteri Diperbadankan (CMI), Pejabat Warisan Dunia (WHO) dan Jabatan Warisan MPPP telah ditubuhkan bagi melindungi unsur-unsur warisan serta mempromosikan nilai-nilai warisan di Georgetown. Apakah fungsi dan peranan yang dimainkan oleh ketiga-ketiga entiti tersebut dan bagaimanakah kerja-kerja mereka dapat diselaraskan supaya tiada pertindihan di antara satu entiti dengan satu entiti yang lain dapat berlaku?

Y.B. Dato’ Speaker,

27. Selain daripada mempromosikan warisan, promosi pelancongan yang melibatkan pengeluaran produk-produk pelancongan yang baru serta menambahbaik lagi sistem trafik dan keselamatan awam serta kemudahan infrastruktur perlu dilaksanakan dengan segera. Syabas diucapkan kepada PDRM yang berjaya menurunkan kadar jenayah melalui Ops Payung di Georgetown, di mana Indeks Jenayah di Pulau Pinang telah turun sebanyak 175 kes.

28. Terdapat maklumbalas awam yang meminta supaya Ops Payung diperluaskan lagi untuk meliputi kawasan-kawasan lain yang berisiko jenayah tinggi. Pada masa yang sama, saya meminta supaya cara pelaksanaan Ops Payung dapat dipertingkatkan lagi, di mana anggota-anggota polis yang bertugas tidak hanya duduk secara statik di sesuatu tempat, malah rondaan polis dalam lingkungan 500 meter dari titik paying tersebut juga diperlukan. Jikalau tiada rondaan sebegini, kes-kes jenayah tetap akan berlaku dalam perlingkungan Ops Payung yang tidak senang diperhatikan oleh anggota-anggota polis yang bertugas.

29. Selain daripada itu, pemasangan CCTV juga perlu dipercepatkan. Sehingga kini, tiada CCTV tambahan yang dipasang oleh Kerajaan Negeri atau Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Saya difahamkan tender terbuka telah dilakukan oleh KPKT, namun CCTV yang dijanjikan oleh KPKT untuk dipasang di Negeri Pulau Pinang belum dijumpai lagi. Bolehkah Kerajaan Negeri mengambil tindakan pro-aktif untuk memastikan lebih banyak CCTV dipasang oleh Kerajaan Negeri dan KPKT dalam masa yang terdekat?

Y.B. Dato’ Speaker,

30. Saya amat hairan dengan Pihak Berkuasa Tempatan sehingga hari ini belum dapat mengeluarkan notis kepada semua operator tapak letak kereta awam milikan swasta di seluruh Negeri Pulau Pinang supaya syarat baru yang mewajibkan operator-operator tersebut memasang CCTV yang secukupnya dimasukkan sebagai sebahagian syarat lesen apabila lesen mereka perlu diperbaharui pada hujung tahun ini.

31. Hanyalah dengan notis dikeluarkan, syarat yang baru tersebut boleh dimasukkan ke dalam lesen untuk mewajibkan operator-operator tersebut memasang CCTV dalam tempoh tiga bulan sebelum berakhir pada 31 Mac 2010. Baru-baru ini, telah berlaku dua insiden jenayah di Prangin Mall dan perbincangan yang melibatkan operator, pegawai penerima bagi pihak bank iaitu PriceWaterCooper House dengan MPPP telah diadakan. Pegawai penerima tersebut sudi memberi tekanan kepada operator untuk memasang CCTV.

32. Namun demikian, saya telah menerima aduan daripada pihak PriceWaterCooper House bahawa notis bagi tujuan tersebut belum diterima oleh pihaknya. Dengan itu, saya meminta Pihak Berkuasa Tempatan baik MPPP mahupun MPSP supaya memandang serius terhadap perkara tersebut. Notis-notis tersebut perlu dikeluarkan dengan segera selaras dengan dasar Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Janganlah kita menjejaskan keselamatan awam ekoran daripada kelewatan kita untuk bertindak.

Y.B. Dato’ Speaker,

32. Selain itu, pembangunan infrastruktur serta penambaikan sistem lalulintas di seluruh Negeri Pulau Pinang juga perlu diberi perhatian yang serius. Dengan pelebaran Jambatan Pulau Pinang, kesesakan lalulintas tidak lagi berlaku di atas jambatan malah banyak aduan pernah saya terima berkenaan dengan kesesakan lalulintas yang berlaku di laluan ke Bayan Lepas dan laluan susur ke Jambatan Pulau Pinang yang mengalami kesesakan lalulintas akibat ‘bottle neck’ akibat perbezaan bilangan lorong (2 lorong kepada 3 lorong) di antara Jalan JKR dan sempadan penyenggaraan Penang Bridge Sdn. Bhd.

33. Perkara tersebut pernah dirujuk kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia dan LLM memaklumkan bahawa pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan peruntukan bagi tujuan cadangan pelebaran lorong di laluan-laluan tersebut. Walau bagaimanapun, saya memohon pihak Kerajaan Negeri supaya mengambil tindakan susulan supaya peruntukan untuk tujuan tersebut dapat diluluskan dengan segera untuk menjamin keselesaan awam.

34. Untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas, meningkatkan kebersihan dan membanteras jenayah yang dirumuskan sebagai 3C oleh Kerajaan Negeri, saya meminta supaya perhatian segera diberikan terhadap perundangan sedia ada yang tidak memberikan kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya terhadap kesalahan-kesalahan meletak kenderaan di kawasan yang tidak diwartakan sebagai zon meletak kenderaan, kesalahan atendan letak kereta yang haram dan sebagainya.

35. Pindaan-pindaan terhadap undang-undang kecil yang sedia ada perlu dilakukan dengan segera supaya perundangan yang ketinggalan zaman dapat dikemaskini serta memberi kuasa kepada penguatkuasa PBT untuk mengambil tindakan dengan menutup restoran atau establisymen makanan yang didapati kotor, mengunci atau menunda kenderaan-kenderaan bermotor yang terletak secara haram serta menahan atendan letak kereta yang haram dan sebagainya. Lebih-lebih lagi, perundangan yang sedia ada langsung tidak membenarkan pemain-pemain muzik untuk mengadakan persembahan tanpa dikenakan caj di tepi jalan atau tempat-tempat awam.

36. Walaupun peranan yang sama boleh dilakukan oleh pihak polis, tetapi fungsi utama bagi pasukan polis adalah untuk memerangi jenayah dan bukan sekadar menangkap atendan letak kereta yang haram atau mengunci kereta yang terletak di luar petak letak kereta. Tanpa perundangan yang diperbaharui, maka segala dasar dan keputusan Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan tidak dapat dilaksanakan secara lebih berkesan dan sia-sialah segala usaha Kerajaan Negeri untuk membangunkan Negeri Pulau Pinang sebagai sebuah bandaraya bertaraf antarabangsa.

37. Dengan kata-kata ini, saya berharap ucapan saya dapat memberi sedikit sebanyak input untuk menambahbaik lagi pentadbiran Kerajaan Negeri serta pelaksanaan segala dasar yang berkepentingan rakyat.

Sekian, terima kasih.

Read more!

建议槟州设立媒体评议会

民主行动党光大区州立法议员黄伟益于2009年12月1日(星期一)在槟城州立法议会参与辩论2010年财政预算案所发表的演词:

槟州民联政府所作的许多努力,以及一些关乎人民利益的课题,经常被一些拥有隐议程的媒体所歪曲。虽然州政府尝试作出解释并提出正确的事实或数据,但是我们始终未获相等的报道空间。

有鉴于此,我建议槟州政府推动设立媒体评议会,并由媒体工作者与专业人士所组成。其实,这个概念是由前任首相敦拉萨在1973年所提出,因此槟州可作为全国首个设立媒体评议会的州属。我必须强调的是,这个媒体是独立运作的,并且不会有政治干预的情况,让各界可将任何跟媒体报道或新闻操守有关的议题交由媒体评议会去处理。

我们亦面对一种情况,即隶属联邦政府的新闻局,不愿意配合宣传槟州政府所推行的政策,甚至是一些不具政治意味的政策,例如槟州政府准备增至3天所推行的减用塑胶袋运动。因此,州政府有必要设立本身的宣传秘书处,同时以本身的资源去启用这个宣传机关。

对于地方政府迄今未发出通告,告知所有私人拥有的公众停车场业者,地方政府将在他们今年底更新停车场执照时,加入新的条例要求这些业者在停车场安装足够的闭路电视,让我感到非常惊讶。

如果我们没有在最快时间发出通告,让业者有足够的时间安装闭路电视,一旦再发生任何罪案时,受害者或其家属或可起诉地方政府疏忽。因此,我们绝不会因为地方政府的怠慢,导致公众安全受到危胁。

另一方面,槟州政府有必要全面修订一些过时的地方条例,通过立法赋权予地方政府的执法人员,对付及关闭一些不符卫生的餐厅或食肆、对违例的交通工具展开锁车或拖车行动,以及逮捕非法看车童等。更甚的是,我们现有的条例并不允许音乐爱好者或音乐工作者,随意在街边或公众场所作街头卖义或表演。

虽然警方可以扮演类似的角色,不过警方的主要任务乃是对付罪案,而不仅止于逮捕非法看车童或锁车等。若这些过时的法律不获修订,即使槟州政府作出再好的决策或政策,都无助于把槟州打造成国际城市。

Read more!

马青与民青跟巫青狼狈为奸!

民主行动党槟州社青团秘书黄伟益于2009年12月2日(星期三)在槟城乔治市发表的声明:

槟州社青团遗憾由胡栋强所领导的槟州民青团,以及翁协文所领导的槟州马青团,竟然跟槟州巫青团的政治流氓狼狈为奸,向槟州政府展开暴力示威,而且还当众焚烧及践踏槟州首席部长林冠英的肖像。

正当来自北海麦曼珍的一位国大党党员焚烧首长肖像,随后其他人亦践踏首长的肖像,胡栋强与翁协文竟然笑得很开心,显示他们由衷支持这位国大党党员焚烧首长肖像的举动。

因此,尽管胡栋强与翁协文随后对报界透露,他们对于国阵青年团的和平纠察演变成焚烧及践踏首长肖像感到错愕,并表示不认同这种做法,而且亦曾阻止示威者拍打槟州政府设立的“不要内安法令”宣传板,这根本就是公然讲骗话!

胡栋强与翁协文看到有人焚烧首长肖像时笑得如此灿烂,随后竟然还假惺惺表示错愕及忏悔。孰不知他们当时的真面目早已被采访记者摄录下来,而且还在许多报章刊登出来,他们又要如何自圆其说呢?

这些参与示威的国阵青年团领袖,企图指当众焚烧首长肖像者乃是豆蔻村的村民。事实上,这位焚烧首长肖像者根本不是豆蔻村的村民,而是来自北海麦曼珍的国大党党员。

社青团促请胡栋强与翁协文不要再睁着眼睛说瞎话了。如果他们没有能力阻止这位国大党党员的不当行为,他们就应该选择抽身离开示威现场,而不是还留在现场全程注视并脸露微笑。

由此可见,胡栋强与翁协文不仅与巫青团狼狈为奸,而且还认同当众焚烧首长肖像的行为,如今还要公然对民众撒谎,看来这种政治人物真是要不得。社青团促请槟州人民看清楚胡栋强与翁协文的真面目,不要再被他们的甜言蜜语所误导了。

Read more!

Wednesday 2 December 2009

BTN Patut Dibubarkan

Kenyataan Akhbar Bersama ADUN-ADUN Backbencher Pakatan Rakyat Pulau Pinang Pada 2 Disember 2009:

Kami, ADUN-ADUN Backbencher Pakatan Rakyat menyertai barisan ADUN-ADUN Backbencher Pakatan Rakyat di Negeri Selangor bersama-sama menyeru Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhenti menghantar pegawai-pegawai kerajaan Negeri Pulau Pinang menyertai kursus Biro Tata Negara.

Kami berpendapat bahawa Biro Tata Negara telah menyeleweng dalam menjalankan tugas mereka. Ia telah menjadi sebuah “Brain Wash Machine” yang menjadi alat politik UMNO/BN untuk propoganda mereka. BTN seperti yang telah terpapar dalam suratkhabar dan laman-laman web kebelakangan ini, terbukti menjadi alat propoganda “ketuanan Melayu” yang merupakan agenda utama UMNO/BN.

Ramai peserta-peserta seperti Asrul Hadi Abdul Sani, telah mengesahkan bahawa isu-isu sensitif telah dibangkitkan dan langsung tidak memupuk semangat perpaduan antara kaum. Ia hanya menjadi alat politik untuk menanam semangat hasat dengki antara kaum dan kepada Pakatan Rakyat umpamanya.

Kami sepakat akan menyokong Ketua Menteri jikalau Exco-Kerajaan Negeri buat keputusan henti menghantar pegawai-pegawai kerajaan negeri Pulau Pinang menyertai Kursus Biro Tata Negara.

Kami juga telah sepakat mengusul dalam sidang Dewan kali ini bahawa:
- Menyeru Kerajaan Pusat mansuhkan BTN;
- Menyeru Kerajaan Negeri Pulau Pinang henti menghantar pegawai-pegawai kerajaan negeri Pulau Pinang menyertai Kursus Biro Tata Negara; dan
- Menyeru Kerajaan Pusat menyemak semula Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) supaya kursus-kursus mereka tidak mengandungi propoganda ala-BTN.

Read more!