Ucapan Perbahasan Bajet Negeri Pulau Pinang
Ucapan Perbahasan Y.B. Ng Wei Aik, Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Kawasan KOMTAR ke atas Bajet 2010 yang Dibentangkan oleh Y.A.B. Ketua Menteri dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang:
Y.B. Dato’ Speaker,
1. Terima kasih atas peluang yang diberikan bagi saya menyertai perbahasan ke atas Bajet 2010 yang dibentangkan oleh Y.A.B. Ketua Menteri dalam Dewan yang mulia ini.
2. Seperti tema bajet bercadang, ini merupakan bajet CAT bagi Kerajaan Berjiwakan Rakyat untuk menjamin masa depan rakyat Negeri Pulau Pinang. Walaupun kita sedang menghadapi kemelesetan ekonomi, di mana pertumbuhan ekonomi Negeri Pulau Pinang dijangka menyusut sehingga -3% berbanding dengan 3.3% pada tahun 2008, namun Kerajaan Negeri masih menyediakan peruntukan yang difikirkan wajar dan perlu untuk merangsangkan ekonomi Negeri Pulau Pinang.
3. Walaupun defisit bajet kita akan mencecah RM78.98 juta pada tahun depan, namun kita masih menaruh kepercayaan terhadap Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Y.A.B. Ketua Menteri untuk mengurangkan defisit atau menidakkan defisit kita. Seperti apa yang telah dicapai sebelum itu, Kerajaan Negeri telah merekodkan lebihan bajet sejumlah RM87.99 juta pada tahun 2008 dan dijangka dapat mencatat surplus juga pada tahun 2009.
4. Syabas juga kepada Kerajaan Negeri yang sering bersikap hemah dalam mengawal perbelanjaannya dan pada masa yang sama meningkatkan hasilnya melalui pelbagai jenis cara dan sumber, termasuk mengutip premium tanah dan cukai tanah, menarik pelaburan baru dengan penubuhan Hab Halal Antarabangsa dan Hab Pendidikan Cemerlang, menggalakkan pelaburan domestik dan asing serta pelaburan semula dan juga mempromosikan pelancongan perubatan, MM2H (Malaysia as My Second Home) serta MICE (Meetings, Incentives, Conventions, Exhibitions) dengan pembinaan Penang International Convention Centre yang bertapak di PISA, Bayan Lepas.
Y.B. Dato’ Speaker,
5. Bajet pembangunan pada tahun 2010 yang berjumlah RM379.77 juta menunjukkan peningkatan sebanyak RM193.73 juta atau bersamaan dengan 104.13% berbanding dengan tahun 2009. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat adalah berorientasikan pembangunan supaya rakyat Negeri Pulau Pinang tanpa mengira kaum, agama, jantina dan latar belakang politik dapat menikmati hasil pembangunan bersama. Apa yang jauh lebih penting, pembangunan infrastruktur kita perlu dipertingkatkan lagi.
6. Kita terpaksa menghadapi pelbagai rintangan serta kekurangan dari segi sumber untuk menyelesaikan masalah rakyat, termasuk memperbetulkan kesalahan atau kesilapan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri sebelum ini serta menanggung kerugian dari segi kewangan terhadap segala pampasan yang perlu diberikan kepada pihak-pihak yang menuntutnya, khasnya skandal tanah Tang Hak Ju yang telah menelan RM40 juta wang rakyat dengan begitu sahaja.
7. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri tetap komited untuk membantu golongan yang kurang berada atau kurang upaya. Bagi kita, rakyat adalah segala-galanya. Sebagai kerajaan yang memerintah, kita perlu menjaga kepentingan RM1.5 juta rakyat Negeri Pulau Pinang dan bukannya sekelompok kroni-kroni yang berkepentingan sendiri. Jikalau kita hanya menjaga kepentingan segelintir kroni tanpa mengambil kira kepentingan rakyat jelata, maka kita akan menerima padah seperti UMNO yang kini telah ditolak oleh rakyat Negeri Pulau Pinang pada akhirnya.
Y.B. Dato’ Speaker,
8. Dalam tempoh 21 bulan yang lepas, kita telah berjaya membuktikan diri sebagai Kerajaan Negeri yang boleh ditaruh harapan oleh rakyat berbilang kaum. Kita tidak memboros seperti UMNO. Malah atas sikap yang berhemah, kita merupakan satu-satunya negeri yang dipuji secara terbuka oleh International Transparency dan Ketua Audit Negara atas usaha-usaha murni kita untuk memerangi rasuah serta melaksanakan urustadbir CAT. Inilah perubahan-perubahan yang rakyat inginkan.
9. Dengan pelaksanaan tender terbuka, kita telah berjaya mengawal dan mengurangkan perbelanjaan Kerajaan Negeri, di mana wang yang dijimat boleh disalurkan untuk tujuan atau kegunaan yang lain. Kita lebih mementingkan poket rakyat dan bukannya poket sendiri. Atas sebab itu, pemimpin-pemimpin dan kroni-kroni UMNO yang kehilangan sumber kekayaan akan berusaha dengan sedaya-upaya untuk menjatuhkan atau menggulingkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dengan apa cara sekalipun.
10. Semalam, pemimpin-pemimpin pembangkang termasuk ahli-ahli Pemuda Barisan Nasional yang cuba menjatuhkan maruah dan mencemarkan kemuliaan Dewan yang mulia ini telah mengadakan demonstrasi secara ganas di hadapan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dengan mendakwa bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak cekap dan teragak-agak membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah rakyat.
Y.B. Dato’ Speaker,
11. Jikalau dakwaan tersebut benar, mengapakah Kerajaan Negeri begitu cekap dan tidak teragak-agak untuk mencapai status miskin tegar selepas setahun memerintah Negeri Pulau Pinang, dengan memberi bantuan lebih kurang RM195,000 setiap bulan kepada 728 Ketua Isi Rumah (KIR) di seluruh Pulau Pinang? Jikalau dakwaan tersebut benar, mengapakah Kerajaan Negeri begitu cekap dan tidak teragak-agak untuk memperuntukkan RM20 juta untuk menyampaikan sumbangan kepada 130,000 orang warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas?
12. Jikalau dakwaan tersebut benar, mengapakah Kerajaan Negeri begitu cekap dan tidak teragak-agak untuk menyediakan peruntukan tahunan yanag kini berjumlah RM11.3 juta, iaitu tambahan sebanyak RM2.8 juta berbanding dengan tahun 2009 bagi membantu sekolah-sekolah pelbagai aliran, termasuk Sekolah-Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang sekian lama terpinggir dalam arus pendidikan negara? Ini merupakan dasar-dasar berani yang tidak pernah dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional malah sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri yang menghadapi serba kekurangan dari segi sumbernya.
13. Jikalau nak tanya dalam aspek mana Kerajaan Negeri tidak cekap dan teragak-agak, jawapannya adalah Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak cekap dan teragak-agak untuk mengamalkan rasuah dan menyalahgunakan kuasa untuk mengejar kekayaan dan kemewahan sendiri. Kita tidak cekap dan teragak-agak untuk memiliki rumah besar, kereta mewah serta mendapatkan komisen daripada kelulusan projek yang diberikan. Inilah perbezaan yang ketara di antara Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional.
Y.B. Dato’ Speaker,
14. Usaha-usaha murni Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat sering diberi gambaran negatif oleh sesetengah media yang beragenda terlindung. Sesetengah isu yang berkepentingan rakyat pula dimanipulasi oleh media-media yang tertentu. Walaupun Kerajaan Negeri cuba memberi penjelasan dengan fakta-fakta yang betul, namun kita tidak diberikan ruang yang secukupnya untuk membuat penerangan.
15. Atas sebab ini, saya bercadang supaya sebuah Majlis Media atau Media Council yang pernah dicetuskan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Mantan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1973 ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri, supaya Negeri Pulau Pinang merupakan negeri yang pertama menubuhkan Majlis Media yang sekian lama diperjuangkan oleh pihak media. Ini merupakan suatu entiti yang mengamalkan cara kawal selia sendiri (self-regulatory) dan terdiri daripada pengamal-pengamal media dengan golongan profesional tanpa campur tangan politik, supaya apa-apa pertikaian yang berkaitan dengan laporan atau profesionalisme media boleh dirujuk kepada Majlis Media.
16. Kita juga menghadapi suatu hakikat di mana Jabatan Penerangan tidak memberikan kerjasama langsung untuk mempromosikan dasar-dasar Kerajaan Negeri, meskipun dasar-dasar Kerajaan Negeri yang tidak berbau politik seperti pelancaran Kempen Tiada Beg Plastik dan kini ditambah lagi ke tiga hari seminggu. Dengan itu, Kerajaan Negeri perlu membentuk secretariat penerangan sendiri serta menggerakkan jentera penerangan dengan sumber-sumber sendiri dan peruntukan dari segi kewangan adalah diperlukan.
Y.B. Dato’ Speaker,
17. Pasaran hartanah kita juga merupakan salah satu enjin pertumbuhan ekonomi Negeri Pulau Pinang. Walaupun kita sedang menghadapi kemelesetan ekonomi, namun pasaran hartanah kita tidak pernah terjejas, di mana harga sebuah rumah teres di Pulau Pinang yang berharga RM425,627 adalah yang tertinggi di Malaysia, dan jauh melebihi purata harga di Malaysia yang mencecah RM160,147 ataupun Kuala Lumpur yang mencecah RM378,833 dan Selangor yang mencecah RM261,501.
18. Dengan pelaksanaan Cukai Keuntungan Hartanah atau RPGT (Real Property Gains Tax) mulai 1 Januari 2010, ini sedikit sebanyak akan mendatangkan impak negatif terhadap pemilikan rumah yang bernilai warisan di sekitar Georgetown dan juga pelaksanaan dasar Kerajaan Negeri yang bersasarkan setiap keluarga mampu memiliki sebuah rumah. Perlu diingatkan bahawa jikalau sebuah rumah yang dibina pada tahun 1950 bernilai RM20,000 dijualkan pada harga RM600,000 pada 30 Mac 2010, maka RPGT yang dikenakan mengikut formula baru adalah berjumlah RM26,100.
19. Bagi tuanpunya rumah yang ingin mendapatkan lebihan keuntungan, maka cukai tersebut akan dipindahkan kepada pihak pembeli rumah dan menyebabkan harga rumah melambung tinggi lagi. Ekoran daripadanya, sebuah rumah yang pada asalnya dijual pada harga RM600,000 akan diurusniagakan dengan harga jualan RM620,000. Ini merupakan beban kewangan yang biasanya akan ditanggung oleh pihak pembeli rumah dan seterusnya menafikan peluang penyewa yang sedia ada untuk memiliki rumah yang sedang dihuni oleh sekeluarganya.
20. Dengan itu, pelaksanaan semula RPGT yang telah diberhentikan pada April 2007 perlu dikaji semula. Jikalau tidak, penghuni-penghuni dalam bangunan-bangunan bernilai warisan di sekitar Georgetown akan terpaksa berhijrah keluar dan seterusnya menggagalkan usaha Kerajaan Negeri untuk menarik minat rakyat untuk berpindah balik ke kawasan bandar. Adalah tidak sihat bagi warga-warga kota berhijrah keluar dan mengakibatkan Georgetown yang merupakan ibu kota Pulau Pinang menjadi semakin lesu dan kurang daya tarikannya khasnya pada waktu malam.
21. Saya ingin memohon pihak Kerajaan Negeri supaya mengambil tindakan-tindakan sewajarnya supaya pelaksanaan RPGT tidak akan mendatangkan impak yang serius terhadap rakyat Negeri Pulau Pinang, khasnya warga-warga Georgetown. Apa yang lebih penting adalah mengenakan had tempoh bagi pelaksanaan RPGT, di mana apa-apa hartanah yang dijual selepas enam tahun tidak akan dikenakan lagi cukai tersebut. Ini adalah untuk menjamin bangunan-bangunan bernilai warisan dan sejarah di sekitar Georgetown terus dihuni oleh warga-warga kota yang telah lama menghuni di sini, di mana mereka yang dikenali sebagai “living heritage” merupakan aset yang terpenting bagi kita mempromosikan Georgetown yang telah dinobatkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.
Y.B. Dato’ Speaker,
22. Sehingga kini, tiada sebarang usaha diambil oleh Khazanah Holdings Bhd untuk berbincang dengan Kerajaan Negeri serta merancang bagaimana peruntukan RM25 juta yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan dapat digunakan untuk tujuan pemuliharaan dan promosi warisan di kawasan Georgetown. Malah, peruntukan RM25 juta tersebut telah “hijacked” oleh seorang pemimpin Pemuda Gerakan yang kononnya peruntukan tersebut hanya boleh dipohon melalui Koordinator Barisan Nasional yang bukan dipilih oleh rakyat dan bukannya Kerajaan Negeri atau wakil-wakil rakyat yang disokong oleh rakyat jelata.
23. Ini merupakan suatu perkara yang serius di mana peruntukan sejumlah RM25 juta yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Persekutuan tidak dikota dan disalurkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Peruntukan yang sama telah disalurkan kepada Kerajaan Negeri Melaka. Adakah tidak penting lagi bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang melindungi dan mempromosikan nilai-nilai warisan Georgetown kita? Adakah Kerajaan Persekutuan sudi bertanggungjawab jikalau apa-apa yang berlaku nanti akan menjejaskan status Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia?
24. Saya nak tanya, jikalau Khazanah Holdings Bhd dapat menganjurkan taklimat bagi memaklumkan pemimpin Pemuda Gerakan tentang cara-cara permohonan peruntukan untuk pemuliharaan bangunan-bangunan bernilai warisan di Georgetown, mengapa tiada taklimat sebegini dianjurkan untuk Ahli Yang Berhormat Padang Kota, Pengkalan Kota dan saya sebagai wakil rakyat KOMTAR? Apakah tindakan-tindakan yang Kerajaan Negeri akan ambil untuk menuntut supaya peruntukan disalurkan kepada Kerajaan Negeri serta digunakan bersama oleh Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan?
25. Kerajaaan Negeri Pulau Pinang perlu mengemukakan Pelan Pengurusan Warisannya kepada UNESCO selewat-lewatnya 1 Februari 2011. Jikalau pelbagai program dan inisiatif yang telah dikenalpasti dalam Pelan Pengurusan Warisan Georgetown, seperti Sistem Maklumat Geografi (GIS) untuk menyenaraikan bangunan-bangunan berwarisan di Georgetown, serta garis panduan untuk memperbaiki dan menyelenggarakan bangunan-bangunan berwarisan serta tugu-tugu peringatan dan sebagainya tidak dapat dilaksanakan atas sebab kekurangan sumber dari segi kewangan, maka status Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia pastinya akan terjejas dan seterusnya menjejaskan juga status Melaka sebagai Tapak Warisan Dunia.
26. Terdapat tiga entiti iaitu Ketua Menteri Diperbadankan (CMI), Pejabat Warisan Dunia (WHO) dan Jabatan Warisan MPPP telah ditubuhkan bagi melindungi unsur-unsur warisan serta mempromosikan nilai-nilai warisan di Georgetown. Apakah fungsi dan peranan yang dimainkan oleh ketiga-ketiga entiti tersebut dan bagaimanakah kerja-kerja mereka dapat diselaraskan supaya tiada pertindihan di antara satu entiti dengan satu entiti yang lain dapat berlaku?
Y.B. Dato’ Speaker,
27. Selain daripada mempromosikan warisan, promosi pelancongan yang melibatkan pengeluaran produk-produk pelancongan yang baru serta menambahbaik lagi sistem trafik dan keselamatan awam serta kemudahan infrastruktur perlu dilaksanakan dengan segera. Syabas diucapkan kepada PDRM yang berjaya menurunkan kadar jenayah melalui Ops Payung di Georgetown, di mana Indeks Jenayah di Pulau Pinang telah turun sebanyak 175 kes.
28. Terdapat maklumbalas awam yang meminta supaya Ops Payung diperluaskan lagi untuk meliputi kawasan-kawasan lain yang berisiko jenayah tinggi. Pada masa yang sama, saya meminta supaya cara pelaksanaan Ops Payung dapat dipertingkatkan lagi, di mana anggota-anggota polis yang bertugas tidak hanya duduk secara statik di sesuatu tempat, malah rondaan polis dalam lingkungan 500 meter dari titik paying tersebut juga diperlukan. Jikalau tiada rondaan sebegini, kes-kes jenayah tetap akan berlaku dalam perlingkungan Ops Payung yang tidak senang diperhatikan oleh anggota-anggota polis yang bertugas.
29. Selain daripada itu, pemasangan CCTV juga perlu dipercepatkan. Sehingga kini, tiada CCTV tambahan yang dipasang oleh Kerajaan Negeri atau Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Saya difahamkan tender terbuka telah dilakukan oleh KPKT, namun CCTV yang dijanjikan oleh KPKT untuk dipasang di Negeri Pulau Pinang belum dijumpai lagi. Bolehkah Kerajaan Negeri mengambil tindakan pro-aktif untuk memastikan lebih banyak CCTV dipasang oleh Kerajaan Negeri dan KPKT dalam masa yang terdekat?
Y.B. Dato’ Speaker,
30. Saya amat hairan dengan Pihak Berkuasa Tempatan sehingga hari ini belum dapat mengeluarkan notis kepada semua operator tapak letak kereta awam milikan swasta di seluruh Negeri Pulau Pinang supaya syarat baru yang mewajibkan operator-operator tersebut memasang CCTV yang secukupnya dimasukkan sebagai sebahagian syarat lesen apabila lesen mereka perlu diperbaharui pada hujung tahun ini.
31. Hanyalah dengan notis dikeluarkan, syarat yang baru tersebut boleh dimasukkan ke dalam lesen untuk mewajibkan operator-operator tersebut memasang CCTV dalam tempoh tiga bulan sebelum berakhir pada 31 Mac 2010. Baru-baru ini, telah berlaku dua insiden jenayah di Prangin Mall dan perbincangan yang melibatkan operator, pegawai penerima bagi pihak bank iaitu PriceWaterCooper House dengan MPPP telah diadakan. Pegawai penerima tersebut sudi memberi tekanan kepada operator untuk memasang CCTV.
32. Namun demikian, saya telah menerima aduan daripada pihak PriceWaterCooper House bahawa notis bagi tujuan tersebut belum diterima oleh pihaknya. Dengan itu, saya meminta Pihak Berkuasa Tempatan baik MPPP mahupun MPSP supaya memandang serius terhadap perkara tersebut. Notis-notis tersebut perlu dikeluarkan dengan segera selaras dengan dasar Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Janganlah kita menjejaskan keselamatan awam ekoran daripada kelewatan kita untuk bertindak.
Y.B. Dato’ Speaker,
32. Selain itu, pembangunan infrastruktur serta penambaikan sistem lalulintas di seluruh Negeri Pulau Pinang juga perlu diberi perhatian yang serius. Dengan pelebaran Jambatan Pulau Pinang, kesesakan lalulintas tidak lagi berlaku di atas jambatan malah banyak aduan pernah saya terima berkenaan dengan kesesakan lalulintas yang berlaku di laluan ke Bayan Lepas dan laluan susur ke Jambatan Pulau Pinang yang mengalami kesesakan lalulintas akibat ‘bottle neck’ akibat perbezaan bilangan lorong (2 lorong kepada 3 lorong) di antara Jalan JKR dan sempadan penyenggaraan Penang Bridge Sdn. Bhd.
33. Perkara tersebut pernah dirujuk kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia dan LLM memaklumkan bahawa pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan peruntukan bagi tujuan cadangan pelebaran lorong di laluan-laluan tersebut. Walau bagaimanapun, saya memohon pihak Kerajaan Negeri supaya mengambil tindakan susulan supaya peruntukan untuk tujuan tersebut dapat diluluskan dengan segera untuk menjamin keselesaan awam.
34. Untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas, meningkatkan kebersihan dan membanteras jenayah yang dirumuskan sebagai 3C oleh Kerajaan Negeri, saya meminta supaya perhatian segera diberikan terhadap perundangan sedia ada yang tidak memberikan kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya terhadap kesalahan-kesalahan meletak kenderaan di kawasan yang tidak diwartakan sebagai zon meletak kenderaan, kesalahan atendan letak kereta yang haram dan sebagainya.
35. Pindaan-pindaan terhadap undang-undang kecil yang sedia ada perlu dilakukan dengan segera supaya perundangan yang ketinggalan zaman dapat dikemaskini serta memberi kuasa kepada penguatkuasa PBT untuk mengambil tindakan dengan menutup restoran atau establisymen makanan yang didapati kotor, mengunci atau menunda kenderaan-kenderaan bermotor yang terletak secara haram serta menahan atendan letak kereta yang haram dan sebagainya. Lebih-lebih lagi, perundangan yang sedia ada langsung tidak membenarkan pemain-pemain muzik untuk mengadakan persembahan tanpa dikenakan caj di tepi jalan atau tempat-tempat awam.
36. Walaupun peranan yang sama boleh dilakukan oleh pihak polis, tetapi fungsi utama bagi pasukan polis adalah untuk memerangi jenayah dan bukan sekadar menangkap atendan letak kereta yang haram atau mengunci kereta yang terletak di luar petak letak kereta. Tanpa perundangan yang diperbaharui, maka segala dasar dan keputusan Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan tidak dapat dilaksanakan secara lebih berkesan dan sia-sialah segala usaha Kerajaan Negeri untuk membangunkan Negeri Pulau Pinang sebagai sebuah bandaraya bertaraf antarabangsa.
37. Dengan kata-kata ini, saya berharap ucapan saya dapat memberi sedikit sebanyak input untuk menambahbaik lagi pentadbiran Kerajaan Negeri serta pelaksanaan segala dasar yang berkepentingan rakyat.
Sekian, terima kasih.

1 Comments:
..............................................
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home