Wednesday 2 December 2009

BTN Patut Dibubarkan

Kenyataan Akhbar Bersama ADUN-ADUN Backbencher Pakatan Rakyat Pulau Pinang Pada 2 Disember 2009:

Kami, ADUN-ADUN Backbencher Pakatan Rakyat menyertai barisan ADUN-ADUN Backbencher Pakatan Rakyat di Negeri Selangor bersama-sama menyeru Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhenti menghantar pegawai-pegawai kerajaan Negeri Pulau Pinang menyertai kursus Biro Tata Negara.

Kami berpendapat bahawa Biro Tata Negara telah menyeleweng dalam menjalankan tugas mereka. Ia telah menjadi sebuah “Brain Wash Machine” yang menjadi alat politik UMNO/BN untuk propoganda mereka. BTN seperti yang telah terpapar dalam suratkhabar dan laman-laman web kebelakangan ini, terbukti menjadi alat propoganda “ketuanan Melayu” yang merupakan agenda utama UMNO/BN.

Ramai peserta-peserta seperti Asrul Hadi Abdul Sani, telah mengesahkan bahawa isu-isu sensitif telah dibangkitkan dan langsung tidak memupuk semangat perpaduan antara kaum. Ia hanya menjadi alat politik untuk menanam semangat hasat dengki antara kaum dan kepada Pakatan Rakyat umpamanya.

Kami sepakat akan menyokong Ketua Menteri jikalau Exco-Kerajaan Negeri buat keputusan henti menghantar pegawai-pegawai kerajaan negeri Pulau Pinang menyertai Kursus Biro Tata Negara.

Kami juga telah sepakat mengusul dalam sidang Dewan kali ini bahawa:
- Menyeru Kerajaan Pusat mansuhkan BTN;
- Menyeru Kerajaan Negeri Pulau Pinang henti menghantar pegawai-pegawai kerajaan negeri Pulau Pinang menyertai Kursus Biro Tata Negara; dan
- Menyeru Kerajaan Pusat menyemak semula Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) supaya kursus-kursus mereka tidak mengandungi propoganda ala-BTN.

1 Comments:

Blogger Unknown said...

中国GDP赶超日本的意义

10 September 2010 at 11:46  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home