Thursday 26 November 2009

Pemangkuan tidak dibenarkan selagi jawatan YDP MPPP tidak dikosongkan

PENJELASAN MENGENAI AR. PATAHIAH ISMAIL UNTUK MENANGGUNG KERJA YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG
Oleh Dato' Zainal Rahim bin Seman
Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Sr. Encik Tan Cheng Chui telah mengemukakan permohonan untuk bersara secara pilihan pada 1 Mac 2010. Pencen pilihan ini adalah dibenarkan dibawah Seksyen 12 Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan. Selanjutnya, Sr. Encik Tan Cheng Chui telah memohon untuk menghabiskan cuti rehat beliau selama 63 hari bermula dari 23 November 2009 hingga 28 Februari 2010.

Sehubungan ini, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (PSUKP) telah meluluskan permohonan cuti rehat tersebut. Manakala permohonan bagi persaraan pilihan ianya perlu dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk diluluskan. Jika tidak diluluskan, pegawai berkenaan tidak dibenarkan untuk bersara. Pada ketika ini permohonan pencen beliau sedang disediakan oleh MPPP dan akan dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk pertimbangan. Pada ketika ini, status Sr. Encik Tan Cheng Chui adalah masih sebagai seorang pegawai awam. Beliau tidak pernah mengosongkan jawatan yang didudukinya. Beliau adalah masih sah sebagai Yang DiPertua MPPP.

PSUKPP telah merujuk secara lisan kepada JPA. Penjelasan yang diberikan ialah sekiranya jawatan tersebut tidak dikosongkan pemangkuan tidak dibenarkan. Ini disebabkan pegawai berkenaan masaih berkhidmat dalam ertikata yang sebenar dan bercuti. Kaedah yang tepat dan munasabah ialah memilih seorang pegawai lain yang layak untuk menanggung kerja tersebut. Pemangkuan adalah tidak sah disebabkan Yang Pertua masih menerima emolumen, elaun dan kemudahan sebagai Yang DiPertua. Jika dilantik secara pemangkuan maka faedah-faedah pemangkuan pula akan diterima oleh pegawai yang memangku. Ini bermakna seseorang pegawai tidak boleh memangku kerana jawatan tersebut tidak dikosongkan. Kaedah menanggung kerja adalah tepat dan mematuhi syarat-syarat dalam perkhidmatan kerajaan.

Satu kaedah yang boleh dibenarkan ialah dengan mencadangkan satu jawatan sentara atau secara penepatan jawatan khas kepada JPA dimana bagi membolehkan Sr. Encik Tan Cheng Chui disandarkan kepada jawatan ini bagi tempoh beliau bercuti sehingga permohonan pencen pilihan diluluskan. Maka jawatan hakiki Yang DiPertua boleh dipangku oleh pegawai yang dicadangkan.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home