Saturday 22 August 2009

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak anti-Melayu/Islam

Kenyataan Media oleh Y.B. Ng Wei Aik, Setiausaha Pemuda DAP Negeri Pulau Pinang pada 22 Ogos 2009 di Georgetown, Pulau Pinang:

Pemuda DAP Negeri Pulau Pinang ingin menyatakan sokongan penuh terhadap Ustaz Mohd Salleh Man, calon Pakatan Rakyat yang mewakili Pas dalam Pilihan Raya Kecil N11 Permatang Pasir.

Pakatan Rakyat di Negeri Pulau Pinang adalah terdiri daripada DAP, PKR dan Pas. Dengan pemergian Allahyarham Dato’ Mohd Hamdan ke ramahtullah, maka Pakatan Rakyat memerlukan seorang wakil rakyat daripada Pas untuk mengisikan kekosongan tersebut untuk memantapkan lagi kerjasama Pakatan Rakyat dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Atas nasihat dan tunjuk ajar pemimpin Pas, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan pelbagai dasar yang memanfaatkan semua kaum, termasuk umat Islam di Negeri Pulau Pinang, termasuk:

· Menggunapakai corak pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz dalam pentadbiran Negeri Pulau Pinang di mana beliau adalah seorang pemimpin Islam yang adil, telus dan berjiwa rakyat tanpa mengambil kira kaum dan agama;

· Melaksanakan pentadbiran dengan berlandaskan konsep “amar ma’ruf nahi mungkar” dengan nilai-nilai kebajikan dalam semua bidang, termasuk bidang kenegaraan dan masyarakat di samping membasmi segala kemungkaran yang melekat sebagai kuman penyakit yang merosakkan seluruh masyarakat dan negara;

· Memastikan pentabiran Kerajaan Negeri bebas daripada penyalahgunaan kuasa, kezaliman serta merombak semula jentera pentadbiran dengan memecat pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan zalim; mengembalikan tanah yang dirampas kepada penghuni-penghuni; melayan rakyat dengan penuh adil tanpa mengambil kira pangkat atau keturunan dan menumpukan perhatian terhadap meningkatkan ilmu pendidikan di kalangan rakyat;

· Pelaksanaan program pembasmian miskin tegar yang menjadi Negeri Pulau Pinang sebagai negeri pertama mencapai matlamat miskin tegar sifar dapat membantu rakyat yang miskin di Negeri Pulau Pinang di mana kebanyakan penerimanya adalah golongan Melayu dengan memberikan imbuhan sehingga setiap keluarga memperolehi sekurang-kurangnya RM500 sebulan;

· Kerajaan Negeri telah memberikan rebet air sebanyak RM100 kepada setiap keluarga yang menghadapi kesulitan ekonomi untuk memanfaatkan hampir 170,000 keluarga;

· Kempen pendaftaran warga emas akan memanfaatkan golongan tua yang kebanyakan juga merupakan golongan Melayu di mana setiap warga emas akan diberikan bantuan RM100 setiap tahun dan waris mereka akan mendapat RM1000 apabila warga emas yang berdaftar kembali ke ramahtullah;

· Pengiktirafan kepada pelajar-pelajar cemerlang, termasuk para Huffaz;

· Peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat;

· Inisiatif Wi-Fi percuma untuk mengurangkan jurang digital di kawasan bandar dan luar bandar serta golongan berada dan kurang berkemampuan;

· Pembinaan masjid dan surau terus diutamakan untuk menjaga kepentingan umat Islam;

· Pembangunan Negeri Pulau Pinang sebagai hab Halal yang terpenting di Malaysia; dan

· Wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat turun padang untuk berbuka puasa dengan umat Islam dalam bulan Ramadhan.

Jelas sekali, dakwaan-dakwaan Umno bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak mementingkan umat Melayu/Islam adalah tidak penting sekali. Ini hanya merupakan taktik-taktik Umno yang cuba mengelirukan rakyat jelata demi agenda politik mereka yang sempit sekali.

Dengan itu, Pemuda DAP Negeri Pulau Pinang bersamaan dengan kawan-kawan seperjuangan kita dari Dewan Pemuda Pas dan Angkatan Muda Keadilan akan membawa mesej seperti di atas kepada setiap pengundi di Permatang Pasir supaya mereka benar-benar faham apa yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Read more!

槟州民联政府没有反马来人或反回教

民主行动党槟州社青团秘书黄伟益于2009年8月22日(星期六)在槟城乔治市发表的声明:

槟州社青团全力支持代表回教党在峇东巴西区州议席补选上阵的民联候选人沙烈曼。

槟州民联政府是由民主行动党、人民公正党与回教党组成。随着原任峇东巴西区州议员拿督韩旦逝世后,民联需要人民推选另一位来自回教党的代议士填补其空缺,进而强化民联在槟州政府的合作关系。

在回教党领袖的指引之下,槟州政府推出许多对各族人民有利,包括对州内回教徒有利的政策。其中包括:

  • 槟州政府采用回教先知乌玛阿都阿兹的领导作风作为施政方针,主要是其乃公正、透明、以民为本,同时不分种族与宗教的回教领袖;
  • 在各个领域贯彻“弃恶扬善”(amar ma’ruf nahi mungkar)及关注民瘼的概念,确保人民远离各种不利国家与社会发展的恶习;
  • 确保州政府的施政没有滥权、聆听民意,包括通过革除没有效率、滥权或欺压人民的官员来重组行政机制、赋还被掠夺的土地予人民;不计阶级、种族之别地公平对待人民,同时关注提高人民的教育水准;
  • 推出消除赤贫计划让槟州成为首个实现零赤贫目标的州属,让槟州的穷困人民,包括许多属于贫穷的马来人,每个月能够获得至少500令吉的家属收入;
  • 州政府提供每户家庭100令吉水费回扣予州内17万个家庭;
  • 推行乐龄人士登记运动,协助乐龄人士能够每年100令吉的援助金,而他们的受益人可在他们死后获得1千令吉的扶助金;
  • 通过奖掖认可表现杰出的学生,包括会背诵可兰经的学生(huffaz);
  • 常年拨款150万令吉予人民宗教学校;
  • 通过免费上网计划缩短城乡与贫富人民之间的电子鸿沟;
  • 继续兴建回教堂与祈祷室让回教徒享用;
  • 发展槟州为全国最重要的清真食品枢纽;以及
  • 民联议员在斋戒月期间参与回教徒开斋。

由此可见,巫统指责民联州政府未关注马来人或回教徒的利益,根本就是无稽之谈。这充其量乃是巫统要混淆人民,来实现其狭隘政治议程的伎俩之一。

因此,槟州社青团联同回教党青年团及公正党青年团,将趁这个补选共同出击把这个讯息传达予每一个选民,确保他们不被巫统所误导,同时了解民联尝试为他们所带来的福祉。

Read more!

Thursday 13 August 2009

DAPSY kesal dengan siasatan polis ke atas Y.B. Anthony Loke dan Y.B. Jeff Ooi

Kenyataan Media oleh Y.B. Ng Wei Aik, Setiausaha Publisiti Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) pada 13 Ogos 2009 di Georgetown, Pulau Pinang:

Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) berasa amat kesal dengan siasatan polis ke atas Y.B. Anthony Loke, Ketua DAPSY dan Y.B. Jeff Ooi, Ahli Parlimen bagi Jelutong atas dakwaan bahawa mereka memburukkan Kesultanan Perak dan menghina Islam.

DAPSY ingin menegas bahawa siasatan polis ke atas kedua-dua wakil rakyat adalah bermotifkan politik, di mana mereka tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang berbau hasutan atau menghina Islam.

Kenyataan yang terkandung dalam blog bukanlah tulisan Y.B. Anthony Loke dan beliau pernah membuat repot polis terhadap kenyataan palsu yang menggunapakai nama beliau tanpa pengetahuan beliau supaya tindakan dapat diambil terhadap penulis sebenarnya.

Pihak polis sepatutnya menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap penulis blog yang menggunakan nama Y.B. Anthony Loke untuk menyiarkan artikel tersebut dan bukannya terhadap wakil rakyat sendiri.

Jikalau tindakan tidak ambil terhadap dalang di sebalik artikel tersebut namun diambil terhadap Y.B. Anthony Loke, sikap sebegini akan menjejaskan profesionalisme serta keyakinan rakyat terhadap pasukan polis.

Manakala bagi Y.B. Jeff Ooi, pertelingkahan beliau dengan Mohd Razali bin Abdullah, Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang adalah merupakan “perkara peribadi” di antara mereka dan beliau tidak berniat langsung untuk memburukkan nama Islam.

Pada masa yang sama, DAPSY juga menggesa pihak polis supaya mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia yang sering menyiarkan rencana-rencana yang berbau perkauman serta menyakitkan hati rakyat jelata, termasuk melancarkan serangan peribadi terhadap Y.B. Anthony Loke dan Y.B. Jeff Ooi.

Read more!

Wednesday 12 August 2009

内政部长应坦然面对人民要废除内安法令的意愿!

民主行动党社青团全国宣传秘书黄伟益于2009年8月12日(星期三)在槟城乔治市发表的声明:

内政部通过其官方网站(http://www.ikdn.gov.my)发起针对内安法令存废的民调,尽管支持废除者一开始大幅度领先,但要求检讨及保留内安法令者的票数却在一夜之间出现大逆转,难免让人怀疑有人企图操控民调的结果。

内政部是从8月5日开始推出这个民调。其中第1道题与第4道题最引人瞩目,即第一道题问:你认为内安法令是(1)防范性法令;(2)恶法;以及(3)不确定。第四道题则问:你希望内安法令(1)废除;(2)检讨后保留;以及(3)不确定。

(1)你认为内安法令是…… 8 月10 日下午4时 8 月 11 日傍晚6时50分 8月12日截至上午9时
防范 1499 13892 14135 49%
(增 12393 或 827%) (增 12636 或 843%) 恶法 11836 12764 14094 49%
不确定 309 330 368 1%
总数 13644 26986 28597
(增13342或97.79%) (增14953或110%)

针对第一道题,截至8月10日下午4时,仅有1千499人或11%认为内安法令属于防范性法令。但是,其人数却在一夜之间飙升至1万3千892人,或相等至飙涨827%,甚至还一度以4%超越恶法的选项,无不让人匪夷所思。

(4)你希望内安法令…… 8 月10 日下午4时 8 月 11 日傍晚6时50分 8月12日截至上午9时
废除 12589 13609 15143 49%
检讨后保留 1333 13452 15518 49%
(增12119 或 909% ) (增 14185或 1064%) 不确定 47 329 55 1%
总数 13969 27390 30716
(增13421或96%) (增16747或120%)

针对第4道题,截至8月10日下午4时,仅有1千333人或9.54%支持检讨及保留内安法令。但是,其人数却在一夜之间飙升至1万3千452人,或相等至飙涨909%,如今甚至还以375票要废除内安法令的人数。

这种迅速增长的情况绝对超乎逻辑,难免让人怀疑有某股势力在背后操控这个民调,以便其结果能够符合当权者的意愿,即检讨及保留内安法令,让国阵政府今后还能够继续滥用内安法令来对付异议人士。

有趣的是,民调所发出的另3道问题则乏人问津,即第2道题:你了解和懂得内安法令吗?截至今早9时为止,共有1万3千886人或相等于93%支持第(1)选项:我了解并懂得;290人或相等于2%支持第(2)选项:我不了解也不懂;以及690人或相等于5%支持第(3)选项:我感到混淆。

针对第3道题:你如何认识内安法令?共有1万3千530人或相等于94%支持第(1)选项:通过阅读;305人或相等于2%支持第(2)选项:从别人口中得知;以及551人或相等于4%支持第(3)选项:道听途说。

至于第5道题:你知道美国和英国都存有防范性法令,例如反恐法令与爱国法令吗?马来西亚的内安法令则是他们所参考的法律之一。共有8千094人或相等于56%选择(1)知道;478人或相等于3%选择(2)不知道;以及5千826人或相等于40%选择(3)这对我没有任何意义。

上述3道问题所呈现的调查结果,跟早前的调查结果没有出现太大逆差。这显示当权者只关心第1道与第4道问题所呈现的结果。毕竟,这两道问题所呈现的结果,将会影响当权者对内安法令存废的态度。

从这个民调结果出现大逆转看来,社青团相信巫统最近大量聘用的网络狙击手,如今尝试通过操控网站的内容与民调结果,从而扭转对当权者不利的政治局势。

这也显示内政部长拿督斯里希山慕丁根本不敢面对人民要通过集会表达废除内安法令的意愿,而且不敢正面看待人民通过互联网所表达的民意,甚至要通过操控民调反过来压制民意。

如果内政部长不敢坦然面对民意,当初就不应该推出这个民调。如今,随着这个民调因为被操控而失去意义及公信力后,社青团促请内政部长即刻抽起这个针对内安法令存废所作的网上民调,以免沦为互联网世界的笑柄。

黄伟益

Read more!

Tuesday 11 August 2009

Please support to repeal ISA!

The Home Ministry is conducting an online poll on the Internal Security Act (IA).

Please join the poll by clicking http://www.ikdn.gov.my

Read more!

Usul bagi Memulihkan Pilihan Raya Tempatan di Negeri Pulau Pinang

Perhatian: Usul bagi memulihkan Pilihan Raya Tempatan ini telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang walaupun tanpa penyertaan ADUN-ADUN UMNO dalam perbahasan ke atasnya.

Ucapan Perbahasan Y.B. Ng Wei Aik, Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Kawasan KOMTAR ke atas Usul Kerajaan Negeri Pulau Pinang:

Dato’ Speaker,

Saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas usul Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang berbunyi seperti berikut:

“Bahawa Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang menggesa Kerajaan Persekutuan untuk mengambil langkah-langkah segera meminda seksyen 10 dan seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan undang-undang berkaitan supaya Pilihan Raya Kerajaan Tempatan dapat dilaksanakan pada Pilihan Raya Umum yang akan datang.”

Dato’ Speaker,

Usul yang dibentangkan ke Dewan Undangan Negeri ini untuk memulihkan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan adalah tepat pada masanya. Namun, ingin saya mengingatkan Dewan yang mulia ini bahawa kita mengadakan pilihan raya tempatan untuk memilih ahli-ahli majlis supaya membentuk sebuah majlis tempatan, iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai dalam konteks Negeri Pulau Pinang.

Pilihan raya tempatan diadakan bukan untuk memilih kerajaan tempatan, di mana pihak berkuasa tempatan adalah wujud secara kekal baik sebelum, semasa dan selepas pilihan raya tempatan diadakan. Dengan terbentuknya majlis tempatan, maka ahli-ahli majlis yang terpilih dapatlah menggubal segala dasar atau keputusan yang perlu dilaksanakan oleh keseluruhan majlis tempatan.

Pemulihan pilihan raya tempatan juga merupakan salah suatu janji pilihan raya yang sedang dikotakan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Usul ini dibawa untuk membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak hanya setakat membuat janji-janji kosong sahaja.

Malah, sebuah jawatankuasa kerja pernah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri untuk mengkaji segala aspek yang berkenaan dengan pilihan raya tempatan, termasuk mengkaji halangan-halangan dari segi undang-undang bagi kita memulihkan pilihan raya tempatan, khususnya di Negeri Pulau Pinang.

Syabas kepada ahli-ahli jawatankuasa kerja, termasuk Pengerusi Dr. Goh Ban Lee yang gigih berusaha untuk cuba membawa kembali pilihan raya tempatan ke pangkuan rakyat jelata secara amnya, dan rakyat Negeri Pulau Pinang secara khususnya.

Dato’ Speaker,

Usul ini tidak bertujuan untuk membawa atau memperkenalkan sesuatu yang baru ke dalam politik tanahair kita, tetapi hanya menuntut balik sesuatu yang telah diculik oleh Kerajaan Barisan Nasional lama sebelum itu, iaitu pilihan raya tempatan. Ini merupakan hak-hak asasi yang harus dinikmati oleh rakyat jelata sebagai pembayar cukai kepada pihak berkuasa tempatan.

Namun demikian, Barisan Nasional yang takutkan kuasa rakyat akan sentiasa menggunakan pelbagai alasan, baik yang masuk akal mahupun yang tidak masuk akal, untuk menafikan hak-hak asasi rakyat sehingga pilihan raya tempatan telah digantung pada tahun 1965 dan dimansuhkan pada tahun 1978.

Walaupun Barisan Nasional telah mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya umum yang lepas, tetapi saya berasa amat kesal dengan sikap ADUN-ADUN UMNO, khususnya Ahli Yang Berhormat Telok Ayer Tawar yang masih cuba sedaya upaya untuk menghalang usul yang berkepentingan rakyat ini daripada diluluskan. Sikap ini jelas menunjukkan mereka langsung tidak menghormati suara rakyat, hak rakyat dan kehendak rakyat!

Ada sesetengah pihak yang mendakwa bahawa pilihan raya tempatan tidak harus dipulihkan atas sebab pilihan raya tempatan menelan kos perbelanjaan yang begitu besar amaunnya. Jikalau Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh diambil sebagai contoh, Suruhanjaya Pilihan Raya hanya membelanjakan RM500,000 untuk perjalanan pilihan raya tersebut.

Dalam kata lain, pilihan raya tempatan yang melibatkan keseluruhan Negeri Pulau Pinang yang merangkumi 13 kawasan parlimen hanya menelan perbelanjaan yang kurang daripada RM6.5 juta. Jikalau dibandingkan dengan perbelanjaan RM84.3 juta untuk membina bangunan baru bagi MPSP di Perda, perbelanjaan yang sama membolehkan kita menganjurkan sekurang-kurangnya 13 kali pilihan raya tempatan, atau bersamaan dengan pilihan raya tempatan yang diadakan setengah abad yang akan datang dengan selang 4 tahun setiap kali.

Ini sememangnya bukan suatu perbelanjaan besar yang cukup membebankan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tetapi jikalau pilihan raya tempatan dapat diadakan serentak dengan pilihan raya umum yang akan datang, maka keadaan ini sedikit sebanyak dapat menjimatkan lagi perbelanjaan yang akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri, selaras dengan sikap berhemah yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam menguruskan perbelanjaannya.

Dato’ Speaker,

Adalah betapa pentingnya bagi kita melibatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pengendalian pilihan raya tempatan atas sekatan Perlembagaan Persekutuan bahawa semua pilihan raya hanya boleh dilaksanakan oleh SPR sahaja. Perlu diingatkan bahawa perjalanan pilihan raya tempatan adalah berdasarkan ward, di mana pemilih-pemilih yang menghuni serta berdaftar di setiap ward dapat mengundi serta menentukan mana-mana calon untuk dipilih sebagai ahli majlis bagi mewakili ward masing-masing.

Macam mana ward-ward bagi tujuan perjalanan pilihan raya tempatan dipersempadankan? Ward-ward tersebut adalah berbeza dengan kawasan-kawasan parlimen atau KADUN-KADUN yang sedia ada? Persempadanan ward-ward merupakan suatu proses yang rumit di mana pelbagai faktor perlu diambil kira dalam proses tersebut, termasuk latar belakang pembentukan sesuatu lokaliti secara semula jadi, serta jurang bagi ward yang mempunyai bilangan pemilih yang paling banyak dan ward yang mempunyai bilangan pemilih yang paling kurang perlu dikurangkan sehingga tidak melebihi 5% daripada jumlah pemilih.

Saya berasa adalah wajar bagi Kerajaan Negeri mengadakan pilihan raya tempatan serentak dengan pilihan raya umum yang akan datang, supaya Suruhanjaya Pilihan Raya dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat diberikan masa yang secukupnya untuk menyempurnakan proses persempadanan ward-ward sebelum pilihan raya tempatan diadakan. Kita tidak perlu tergesa-gesa dalam mengadakan pilihan raya tempatan ekoran daripada desakan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan memandangkan segala kerja-kerja persediaan yang diperlukan belum dapat bermula lagi.

Jikalau kita inginkan pilihan raya tempatan dipulihkan dalam masa yang terdekat, maka usul ini haruslah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini supaya kita memberi tekanan kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengambil langkah-langkah segera dengan meminda seksyen 10 dan seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976 serta undang-undang yang berkaitan supaya pilihan raya tempatan dapat dipulihkan bukan sahaja di Pulau Pinang, malah juga di seluruh Semenanjung Malaysia, tanpa kira Sabah dan Sarawak.

Saya difahamkan bahawa perkara tersebut perlu dibincangkan di Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) tetapi sambutan yang positif tidak dapat diterima. Saya mohon Ahli Yang Berhormat Padang Kota supaya memberi penjelasan kepada Dewan yang mulia ini berkenaan dengan proses perbincangan dalam MNKT terhadap isu ini dan apakah strategi atau pendakatan yang Ahli Yang Berhormat Padang Kota akan ambil untuk memastikan usul ini dapat diperakui oleh MNKT atau mencapai matlamat pada akhirnya?

Dato’ Speaker,

Perjalanan pilihan raya tempatan yang berlunaskan demokrasi dapat memperkasakan lagi penyertaan rakyat dalam proses demokrasi negara kita. Seseorang ahli majlis yang tidak berprestasi baik bolehlah dikalahkan dalam pilihan raya tempatan dan seterusnya digantikan dengan mereka yang berkaliber serta mempunyai rekod prestasi yang lebih memuaskan.

Melalui proses demokrasi ini, kita dapat melantik salah seorang di kalangan ahli-ahli majlis yang terpilih untuk menjawat jawatan sebagai Yang Dipertua bagi MPPP atau MPSP. Jadi, proses ini juga membolehkan seseorang Yang Dipertua yang kurang berkaliber dapat digantikan dengan seorang yang lebih berkaliber.

Untuk pengetahuan Ahli-Ahli Yang Berhormat, jikalau negara-negara lain yang tahap pembangunan mereka setaraf atau jauh lebih mundur daripada Malaysia, seperti Sri Lanka, Guyana, Nigeria, Turkey, Kyrgyzstan, Croatia dan sebagainya juga dapat melaksanakan pilihan raya tempatan bagi membolehkan rakyat jelata terus memilih pemimpin-pemimpin tempatan mereka untuk membentuk majlis tempatan masing-masing, apatah lagi dengan Malaysia yang serba boleh ini?

Dengan kata-kata ini, saya mohon menyokong usul ini diluluskan oleh Dewan yang mulia ini.

Sekian, terima kasih.

Read more!

槟州立法议会通过动议寻求恢复地方政府选举

光大区州立法议员黄伟益于2009年8月11日(星期二)在槟州立法议会针对槟州政府动议寻求恢复地方政府选举所发表的演辞:

我欲参与辩论槟州政府欲寻求恢复地方政府选举,通过槟州立法议会所提呈的如下动议:

“支持槟州立法议会催促联邦政府采取尽速行动,修订1976年地方政府法令第10条文与第15条文及其他相关法律,让地方政府选举能够跟来届全国大选同步举行。”

议长:

槟州政府通过槟州立法议会动议恢复地方政府选举乃正合时宜。然而,我要提醒大家我们乃通过恢复地方议会选举,选举市议员来组成地方议会。这个地方议会就是所谓的槟岛市议会与威省市议会。

地方议会选举不是旨在选举地方政府。不管是恢复地方选举之前、选举期间甚至之后,地方政府乃是永远存在的个体。一旦地方议会组成之后,中选的市议员就可以履行其职责修订政策,或者做出整个地方议会必须遵循的决策。

恢复地方议会选举乃是民联在全国大选期间所提出的竞选承诺之一。我们提出这个动议证明民联槟州政府并非只会作出空头承诺。

槟州政府甚至成立工作委员会,专门从各角度,包括从法律限制的角度,探讨在槟州恢复地方议会选举的可能性。

我要恭贺这个工作委员会的所有成员,包括其主席吴万励博士,积极协助全民尤其是槟州人民,把我们失去的地方议会选举争取回来。

议长:

这个动议并非旨在给我们的政治版图带来新的点子。我们只是要争取过去数十年被国阵所掠夺的权益,就是要恢复地方议会选举。这是所有纳税人应该享有的权益之一。

然而,国阵当权者却要想方设法,通过各种合理与不合理的藉口,否决人民应享有地方议会选举的基本人权,以致我国在1965年冻结地方议会选举,并在1978年废除地方议会选举。

一些方面坚称不应该恢复地方议会选举,乃因为整个选举过程的耗费庞大。若以峇东埔国会选区补选为例,选举委员会总共耗资50万令吉来展开这场补选。

换句话说,一场涉及全槟13个国会选区的地方议会选举,预计只需耗资不超过650万令吉。若与前朝政府耗资8千430万令吉兴建威省市议会位于柏达镇的新总部相较,同样的款额可让我们至少举办13场地方议会选举,或相等于半个世纪的地方议会选举。

虽然这笔耗资不足以对槟州政府构成很大的负担,但是若能够把地方议会选举跟全国大选挂钩在一起,这肯定有助于减轻州政府的负担。这种做法亦符合槟州政府谨慎与节俭理财的原则。

议长:

由于联邦宪法限制,我们极需选举委员会为我们主持地方议会选举。我们必须了解地方议会的选区制度,跟我们现行的国州选区制度不同。凡是住在同一个地区的人民必须另行根据地方议会的选区制度登记,才能通过投票选举代表各自选区的市议员。

这些选区要如何划分呢?这个选区划分的过程相当复杂,包括要考虑的因素不少,其中包括各别地区的自然形成过程,以及如何确保最多选民与最少选民的选区,两者的选民比率差距不超过5%。

我支持州政府把地方议会选举的时间表,跟来届全国大选挂钩在一起,从而让选举委员会及其他相关的政府机构,有足够时间完成选区划分的过程。我们不需要基于非政府组织的压力而仓促举行地方议会选举。毕竟,一切所需的筹备工作还未曾开始。

如果我们要在更快时间恢复地方议会选举,那么就有必要通过槟州立法议会向联邦政府施压,要求联邦政府尽速修改1976年地方政府法令第10条文与第15条文,以及其他相关的法律,让槟州甚至整个马来西亚半岛各州都能恢复地方议会选举。

我了解这个课题曾在全国地方政府理事会提出讨论,但无法获得积极的回响。我要求槟州行政议员曹观友向这个议会交待其讨论的过程,以及您将会采取哪些策略来确保这个动议获得全国地方政府理事会接纳,或者最终实现其目标?

议长:

恢复具有民主意义的地方议会选举,肯定有助于强化人民参与民主决策的程度。我们可通过地方议会选举撤换一位表现不良的市议员,从而推选一位有素质且有优良表现的市议员来取代之。

通过这个民主的过程,我们能够从中选的市议员当中,推选其中一人担任市议会主席一职。同样地,一位表现不良的市议会主席,亦可通过同样的过程被撤换。

各位议员,若其他跟我国同等水准或相对落后的国家,包括斯里兰卡、圭亚那、尼日利亚、土耳其、吉尔吉斯斯坦、克罗地亚等都能举行地方议会选举,让其人民能够直接选出地方议员,进而组成各别的地方议会,向来宣称什么都比别人好的马来西亚又如何呢?

我谨以此支持槟州立法议会通过上述动议。谢谢!

Read more!

Thursday 6 August 2009

Perselisihan Faham di antara Y.B. Jeff Ooi dan JIM perlu ditangani segera

Kenyataan Media oleh Ng Wei Aik, Setiausaha Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Negeri Pulau Pinang pada 6 Ogos 2009 (Khamis) di Georgetown, Pulau Pinang:

Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Negeri Pulau Pinang berasa tidak wajar bagi Y.B. Jeff Ooi Chuan Aun, Ahli Parlimen bagi Jelutong untuk mengheretkan Jemaah Islah Malaysia (JIM) ke dalam pertelingkahan beliau dengan Hj. Mohd. Razali, Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Bagi DAPSY, JIM merupakan sebuah pertubuhan yang berdaftar dan selama ini, kami pernah bekerjasama untuk memperjuangkan pelbagai isu melalui gerakan belia, gerakan mahasiswa dan gerakan reformasi. Kita berkongsi prinsip-prinsip dan pendirian yang sama terhadap pelbagai isu yang mencabuli hak-hak asasi manusia dan keadilan sejagat.

DAPSY berpendapat bahawa JIM bukanlah sebuah gerakan ekstremis malah gerakan Islam yang menjadikan aktiviti-aktiviti da'wah serta pembangunan sosial sebagai teras aktivismenya.

DAPSY memandang serius terhadap kenyataan Y.B. Jeff Ooi yang telah menimbulkan kemarahan umat Islam. Namun, kami percaya ini bukanlah tujuan asal Y.B. Jeff Ooi untuk menyinggung perasaan umat Islam.

DAPSY berharap hubungan pemimpin-pemimpin DAP atau DAPSY dengan JIM secara khususnya atau masyarakat Islam secara amnya tidak akan terjejas dengan kenyataan Y.B. Jeff Ooi tersebut.

Dengan itu, DAPSY berharap sebarang perselisihan faham di antara Y.B. Jeff Ooi dan JIM dapat ditangani dengan segera.

Read more!

Wednesday 5 August 2009

One Million Apologies to Mother Earth - 08.08.2009


Dear friends, associates, relatives and fellow Penangnites,

There shall be a launching ceremony of an environmental awareness event themed as "One Million Apologies to Mother Earth" on the 8th of Aug 2009 Saturday 8:30am - 10:30am at Gurney Drive roundabout . The ceremony will see a state-wide throwing of one (1) million numbers of EM mud balls into canals, rivers and seafronts in Penang state.

The launching ceremony will be inaugurated by YAB Tuan Lim Guan Eng, the Chief Minister of Penang and Prof. Dr. Teruo Higa, President of EMRO, Japan. The expected crowds on that day will be around 2500 to 3000 people. Join in and be there early!

Penang State will lead Malaysia if not AsiaPacific contigents in environmental cleaniness using EM bio-remediation to treat and heal the deterioting environment of Penang especially to the contaminated & polluted water resources. The Pearl of Orient will shine again if, we, Penang-lang (the People of Penang) work together; with full determination to rid pollutions, contamination and toxic wastes.

Be there to show your love and support for mother nature and cleaner Penang! Be there for a begining of a better and healthier environment! Be there because you are a Caring and Loving People of Penang.

Be there because you don't want your children and your children's children and their children to tell you that the world is naturally dirty, it were already dirty when they are born.

Read more!

哈山阿里不可理喻

民主行动党社青团全国宣传秘书黄伟益于2009年8月5日(星期三)在八打灵再也发表的声明:

回教党雪兰莪州行政议员拿督哈山阿里指责另一位民主行动党的行政议员刘天球干预莎阿南市政厅的禁酒行动,并公开要求雪兰莪州务大臣撤除后者所掌管的地方政府事务,这是相当不可理喻的。

首先,雪州行政议会不曾通过回教党领袖所提出的禁酒令,即使回教党要通过其县市议员从12个地方议会着手并提出“禁酒令”的动议,这种做法亦未获得民联三大成员党所同意。

既然如此,哈山阿里根本不能单靠本身的旨意,把其个人意愿当作是雪兰莪州政府的政策,要雪州政府全面执行禁酒令。这种政策肯定违背人民的意愿,而且不符民联的施政方针。

社青团愿意全面作为民主行动党领袖的后盾,支持他们不必向哈山阿里的个人旨意妥协。民主行动党领袖必须了解,不管有无制订或实行禁酒令,回教徒向来都不允许买酒,而任何商店都不准售酒予回教徒。

社青团促请雪兰莪州务大臣必须顾及全民的感受,绝不可贸然在雪兰莪州回教徒社区实施禁酒令,否则民联各成员党肯定会被拖累,进而把整片江山给断送掉。

Read more!

Tuesday 4 August 2009

My wedding photos - 3