Wednesday, 13 October 2010

PENSWASTAAN PENGENDALIAN 8 GERAI / KIOSK DI JEJANTAS PERSIMPANGAN JALAN PENANG / JALAN DR. LIM CHWEE LEONG / JALAN BURMA

MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG
KENYATAAN SEBUTHARGA

1. Sebutharga adalah dipelawa daripada rakyat Malaysia yang bermastautin di Pulau Pinang (Pulau sahaja) untuk menyertai sebutharga berikut:-

Perkara
PENSWASTAAN PENGENDALIAN 8 GERAI / KIOSK DI JEJANTAS PERSIMPANGAN JALAN PENANG /
JALAN DR. LIM CHWEE LEONG / JALAN BURMA, PULAU PINANG.
[ No. Rujukan : JL / P / RAN-174/10 ]
Harga Dokumen : RM 30.00
Tarikh Tutup : 25.10.2010 Jam : 11.00 pagi

2. Sesiapa yang berminat tetapi tiada kod bidang juga boleh mengambil bahagian dalam penswastaan pengurusan kompleks / tapak penjaja tersebut di atas.

Penjelasan akan diadakan pada 18hb Oktober 2010 jam 10.00 pagi di Bilik Perdana, MPPP, Paras 4, KOMTAR, Pulau Pinang.

Pihak mana yang berminat adalah diwajibkan menghadiri penjelasan sebelum membeli dokumen sebutharga.

Pihak mana yang tidak menghadiri penjelasan tidak layak mengambil bahagian dalam sebutharga ini dan dokumen sebutharga tidak akan dijual kepadanya.

3. Dokumen sebutharga boleh didapati di Bahagian Urusetia (Unit Tender), MPPP, Tingkat 17, KOMTAR, Pulau Pinang mulai jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang.

4. Dokumen sebutharga hanya akan dijual kepada pihak mana yang berminat dan telah menghadiri diri dalam sesi penjelasan tersebut.

5. Sebutharga akan ditutup pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan di atas. Dokumen sebutharga yang telah dilengkapi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga yang tersedia di Kaunter Penerangan, MPPP, Tingkat 3, KOMTAR dan pertimbangan tidak akan diberi kepada sebutharga yang lewat diterima.

6. Pihak mana yang ingin mengemukakan salinan sijil / dokumen untuk membuktikan pengetahuan / pengalaman dalam mengurus kompleks selera boleh berbuat demikian dengan menyertakan bersama dokumen sebutharga.

7. Majlis tidak terikat untuk menerima sebutharga yang paling tinggi harganya atau sebarang sebutharga.

BAHAGIAN PELESENAN
MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG
TARIKH: 07.10.2010

Read more!