Repot Polis terhadap Utusan Malaysia/Mohd Zahid
Repot Polis oleh Y.B. Ng Wei Aik, Setiausaha Publisiti DAP Negeri Pulau Pinang pada 17 September 2010 (Jumaat) di Balai Polis Jalan Patani:
Saya bagi pihak Parti Tindakan Demokratik (DAP) ingin membuat repot polis terhadap laporan Utusan Malaysia bertarikh 16 September 2010 dalam mukasurat 4 yang memetik kenyataan Mohd Zahid Md. Arip, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan untuk mendakwa bahawa suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya merupakan ahli seumur hidup DAP sehingga DAP langsung tidak bersuara bagi mengutuk pembunuhan kejam tersebut. Dakwaan tersebut sememangnya tidak berasas sekali dan suspek utama tersebut tidak pernah menjadi ahli DAP. Malah, suspek tersebut pernah menyatakan hasratnya untuk menyertai MIC seperti yang didedahkan oleh Senator Datuk T. Murugiah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam laporan Harian Metro bertarikh 14 September 2010. Ini jelas menunjukkan Utusan Malaysia serta pihak-pihak tertentu cuba mempolitikkan isu tersebut serta menjadi ini sebagai isu perkauman. Dakwaan serius tersebut juga bertujuan untuk menjejaskan reputasi DAP dan merupakan suatu kesalahan fitnah jenayah di bawah Kanun Keseksaan. Repot polis ini dibuat supaya pihak polis dapat menjalankan siasatan serta mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang terlibat. Sekian repot saya.
Read more!