Friday, 16 July 2010
Friday, 9 July 2010
Gerakan Diibaratkan Sebagai Perkasa bagi Bukan Bumiputera
Kenyataan Media Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang pada 9 Julai 2010 (Jumaat) Semasa Mengadakan Sidang Media di Luar Ibu Pejabat Gerakan Negeri Pulau Pinang
Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan sesetengah pemimpin Gerakan yang mendakwa peruntukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang memberatkan Bumiputera sehingga mendisriminasikan golongan bukan Bumiputera.
2. Pendirian Gerakan yang cuba mengapi-apikan sentimen perkauman dalam soal peruntukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menunjukkan Gerakan bukan lagi sebuah parti yang memperjuangkan kepentingan semua kaum, malah boleh diibaratkan sebagai Perkasa bagi bukan Bumiputera yang cuba mempersoalkan kewajaran peruntukan ditambahkan bagi pembangunan hal-ehwal Islam dalam Negeri Pulau Pinang.
3. Dakwaan Tang Hiang Lye bahawa hanya peruntukan sejumlah RM8 juta diberikan kepada golongan bukan Bumiputera manakala RM24.3 juta diberikan kepada golongan Bumiputera adalah tidak berasas sekali. Jumlah peruntukan yang diagihkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah berasaskan keperluan mereka yang miskin atau kurang berada tanpa mengambil kira latar belakang kaum, agama, jantina dan latar belakang politik mereka.
4. Jikalau peruntukan tahunan bagi institusi pendidikan diambil kira, RM9.55 juta diberi kepada SJK Cina, SMJK Cina, Sekolah Mubaligh, SJK Tamil dan Sekolah Menengah Cina Persendirian. Perangkaan ini menunjukkan dakwaan Gerakan bahawa hanya RM8 juta diberikan kepada golongan bukan Bumiputera adalah suatu gimik politik yang tidak berdasarkan fakta-fakta yang betul.
5. Jikalau hanya peruntukan RM8 juta diagihkan kepada golongan bukan Bumiputera seperti yang didakwa oleh Gerakan, ini bermakna program-program Kerajaan Negeri yang turut menjaga kepentingan semua kaum seperti Program Pembasmian Miskin Tegar dan Program Penghargaan Warga Emas juga boleh disifatkan sebagai dasar-dasar Kerajaan Negeri yang bertujuan untuk mendiskriminasikan golongan bukan Bumiputera?
6. Gerakan turut mendakwa Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedang melaksanakan sistem kuota yang berorientasikan kaum secara tersembunyi di Negeri Pulau Pinang seperti apa yang telah dilaksanakan oleh UMNO dalam 50 tahun yang lepas. Ini sememangnya kenyataan yang berniat jahat dan bertujuan untuk menimbulkan huru-hara di Negeri Pulau Pinang.
7. Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang menuntut supaya Gerakan mengambil tindakan terhadap sesetengah pemimpinnya yang tidak bertanggungjawab serta memohon maaf kepada 1.5 juta rakyat Negeri Pulau Pinang yang perasaan mereka tersinggung oleh kenyataan-kenyataan sebegini.
Read more!

Monday, 5 July 2010
Cadangan Senarai Nama Jalan yang Akan Dilapismuka oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang pada Tahun 2010
1. Lorong Pykett
2. Jalan Irrawadi
3. Jalan Clove Hall
4. Solok Larut
5. Jalan Kelawai (Dari Persimpangan Lorong Burma ke Persimpangan Jalan Bagan Jermal)
6. Jalan Jones
7. Jalan Burma (Jalan Servis dari Lorong Pulau Tikus ke Jalan Cantonment)
8. Jalan Brown (Dari Persimpangan Jalan Tunku Abdul Rahman ke Jaalan Utama)
9. Lorong Susu
10. Jalan Kek Chuan
11. Jalan Pengkalan Weld (Hadapan Terminal Feri)
12. Lebuhraya Babington
13. Jalan Perak (Dari Persimpangan Jalan Market ke Persimpangan Jalan Free School)
14. Jalan Free School (Dari Persimpangan Jalan Perak ke Taman Free School)
15. Jalan Jelutong (Dari Persimpangan Lebuhraya Jelutong ke Gelugor)
16. Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim
17. Underpass dan Bulatan Gelugor
18. Jalan Kampung Jawa Baru