Wednesday, 21 November 2007

A vote of no-confidence in Dr Teng Hock Nan

At 11 a.m. 19 November 2007, DAP Penang under the leadership of State Secretary Danny Law Heng Kiang sent in a protest note to Penang Chief Minister Dr Koh Tsu Koon in Penang State Assembly to show our disappointment over the ability of Dr Teng Hock Nan in handling the incident where a female passenger falling died from a RapidPenang bus through its emergency exit.

As I said in a press conference later, our action today is considered as a vote of no-confidence in Dr Teng. We have give him more than a month in explaining to the public why such an incident could happened. However, it is still a mystery as the RapidPenang claimed that the emergency door was secured during the incident.

It is ridiculous for RapidPenang and state government to say like this. It is totally irresponsible for a so-called caring government and a company supposedly to provide a comfort and safe bus service to all Penangites. We hope that the Chief Minister could step in and to clear the doubt over this incident as soon as possible.

Below is our protest note to the Chief Minister:

(DENGAN TANGAN)
19 NOVEMBER 2007

Y.A.B. Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Ketua Menteri Pulau Pinang,
Pejabat Ketua Menteri,
Tingkat 28, Komtar,
10502 Pulau Pinang.

Tan Sri,

Bantahan terhadap Kegagalan Pihak Kerajaan dalam Menangani Insiden Penumpang RapidPenang yang Jatuh Melalui Pintu Kecemasan

Parti Tindakan Demokratik (DAP) amat kecewa dengan hasil siasatan ke atas sebab kematian seorang penumpang wanita, Ng Siam Kiang berumur 35 tahun yang jatuh dari sebuah bas RapidPenang melalui pintu kecemasan pada 13 Oktober 2007 iaitu kira-kira jam 10.40 pagi.

2. Walaupun sudah lebih sebulan berlakunya insiden ini, namun siasatan pelbagai pihak termasuklah pihak polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Puspakom Sdn. Bhd., syarikat pembekal bas iaitu DRB-HICOM Defence Technologies Sdn. Bhd. (DEFTECH) tidak dapat mengenalpasti sebab-sebab terbukanya pintu kecemasan tersebut.

3. Sehingga kini, tiada sebarang kertas siasatan yang diumumkan dengan sepenuhnya walaupun siasatan oleh keempat-empat pihak tersebut telah siap dijalankan. Apa yang lebih hairan lagi, Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) pula dijadikan pihak kelima yang terlibat dalam menjalankan siasatan ke atas insiden tersebut baru-baru ini. Selama ini, SPNB tidak pernah disebut akan menjalankan siasatan ke atas insiden ini.

4. Jikalau tiada sebarang kelemahan atau kecacatan pada sistem pintu kecemasan tersebut, mengapa sehingga kini tiada sebarang kertas siasatan yang berkaitan diumumkan dengan sepenuhnya untuk pengetahuan awam dan membolehkan pihak awam membuat peninjauan ke atas isi kandungannya serta mengenalpasti sama ada terdapat kelemahan dalam cara-cara siasatan yang dijalankan terhadap insiden tersebut?

5. Ini seakan-akan terdapat udang di sebalik batu dan pihak kerajaan khasnya Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Y.B. Dato’ Dr. Teng Hock Nan cuba menyembunyikan sesuatu fakta penting yang terkandung dalam kertas-kertas siasatan tersebut.

6. Keadaan ini bukan sahaja menunjukkan kerajaan yang lemah dalam pengurusan krisis serta membelakangkan prinsip-prinsip ketelusan, integriti dan kebertanggungjawaban dalam pentadbirannya, malah juga hilangnya kebolehpercayaan rakyat terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan yang tertentu.

7. Disebabkan Tan Sri merupakan orang pertama yang bercadang supaya RapidPenang yang merupakan anak syarikat kepada RapidKL dibawa masuk ke negeri Pulau Pinang untuk meningkatkan lagi sistem pengangkutan bas awam di sini, maka kerajaan negeri juga harus bertanggungjawab penuh ke atas sebarang masalah yang telah atau bakal dibawa oleh RapidPenang.

8. Bagi DAP, kami berpendapat bahawa siasatan oleh SPNB adalah tidak bermakna serta menghasilkan sesuatu fakta yang penting bagi insiden tersebut. Ini seakan-akan sesuatu taktik untuk melanjutkan masa serta mengalihkan perhatian awam bagi siasatan ke atas insiden tersebut. Pada hakikatnya, SPNB hanya merupakan sebuah entiti yang ditubuhkan oleh Kementerian Kewangan untuk memiliki 100% kepentingan ekuiti dalam RapidKL.

9. DAP amat tidak berpuas hati dengan sikap pihak kerajaan dan RapidPenang dalam menangani insiden tersebut. Ketelusan merupakan prinsip yang paling penting dalam mengembalikan keyakinan awam setelah berlakunya sesuatu insiden. Namun, banyak persoalan penting yang kami bangkitkan sehingga kini masih tidak dapat diperjelaskan, termasuklah:

(a) Mengapa bas RapidPenang yang terlibat dalam kemalangan haruslah disiasat oleh cawangan Puspakom di Teluk Kumbar walaupun terdapat cawangan-cawangan Puspakom yang berdekatan?

(b) Dilaporkan bahawa pihak polis pernah merekodkan kenyataan seorang saksi dalam insiden tersebut tetapi pihak polis pula berkata bahawa tiada saksi yang ingin membantu siasatan mereka?

(c) Adakah sesiapa saksi yang telah direkodkan kenyataan dalam insiden ini? Adakah keterangan mereka dapat membuktikan terdapat kelemahan atau kecacatan pada sistem pintu kecemasan bas RapidPenang?

10. Tidak kira bagaimana berlakunya insiden tersebut, DAP tetap dengan pendirian kami bahawa RapidPenang mestilah penuh bertanggungjawab ke atas insiden ini serta memberi pampasan kepada keluarga si mati. Pihak kerajaan juga harus bertanggungjawab ke atas keputusannya untuk membawa masuk RapidPenang secara tergesa-gesa sehingga ciri-ciri keselamatannya tidak terjamin dan memudaratkan keselamatan penumpangnya.

11. Untuk mengembalikan keyakinan awam terhadap kerajaan dan RapidPenang, DAP bercadang supaya sebuah panel siasatan bebas yang dianggotai oleh pakar-pakar bas tempatan dan juga dari negara asing, wakil-wakil parti politik dan badan-badan bukan kerajaan serta wakil RapidPenang ditubuhkan bagi mengkaji semula hasil siasatan yang telah disempurnakan dan mengambil pendekatan baru untuk mengadakan siasatan yang lebih adil ke atas insiden tersebut sekiranya perlu.

12. Disebabkan Y.B. Dato’ Dr. Teng Hock Nan telah gagal menangani insiden tersebut serta mengembalikan keyakinan awam terhadap kerajaan dan RapidPenang, maka DAP mendesak supaya Tan Sri bercampur tangan dalam hal ini dan seterusnya memastikan semua hasil siasatan diumumkan dengan sepenuhnya dalam masa yang terdekat serta memberi pampasan kepada keluarga si mati.

13. Kami berharap dengan campur tangan Tan Sri, dapatlah pihak kerajaan mengambil tindakan yang tepat dan cepat dalam menangani insiden tersebut supaya kebenaran dapat ditegakkan dan dikembalikan kepada si mati serta keluarganya.

Sekian, terima kasih.



Yang Benar,

DANNY LAW HENG KIANG
Setiausaha,
DAP Negeri Pulau Pinang

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home