Friday, 23 January 2009

Tender untuk CCTV KOMTAR ditutup pada 28 Januari 2009 jam 12.00 tengahari

PPPP/TE22/2008

Sebutharga untuk kerja-kerja di atas yang diterbitkan pada 22hb Disember 2008 dalam suratkhabar Berita Harian dan The Star adalah dirujuk.

Dengan ini dimaklumkan bahawa tawaran untuk kerja-kerja ini adalah dilanjutkan sehingga 28hb Januari 2009. Tawaran adalah terbuka kepada semua Kontraktor Tempatan dan terbuka kepada Semua Kelas untuk Kontraktor Pakar Pemasangan CCTV.

Lawatan tapak adalah diwajibkan dan akan diadakan sekali lagi pada 12hb Januari 2009, jam 10.00 pagi di Pejabat PDC Setia Urus Sdn Bhd di Komtar, Pulau Pinang. Dokumen tender akan dijual kepada kontraktor yang menghadiri lawatan tapak sahaja.

(Dimaklumkan bahawa kontraktor yang telah menghadiri lawatan tapak yang diadakan pada 23hb Disember 2008 tidak diperlukan menghadiri lawatan tapak ini sekali lagi)

Bayaran Pelan & Dokumen:RM150.00 (tidak dikembalikan) secara wang tunai/wang pos/deraf bank (atas nama PDC Consultancy Sdn Bhd)

Borang dan butir lanjut boleh didapati daripada Bahagian Khidmat Pengurusan, PDC pada waktu pejabat. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk pembelian dokumen tender, pihak tuan diminta untuk hadir dengan membawa profil syarikat berserta rekod kerja yang berkaitan.

Dokumen akan dijual di: PDC Consultancy Sdn Bhd
Paras 1, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
No.1, Pesiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang
mulai 24hb Disember 2008.

Tarikh tutup penerimaan tender ini ialah pada 28hb Januari 2009 jam 12.00 tengahari di pejabat:-

PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG
Bahagian Khidmat Pengurusan, Paras 3
No.1, Pesiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Tel.: 04-6340111 Faks: 6432405

* Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain-lain dorongan yang boleh mempengaruhi kedudukan Penender akan menyebabkan Tender tersebut ditolak serta-merta.

Tarikh untuk diiklankan: 7hb Januari 2009

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home