Tuesday 24 June 2008

My questions for July'08 State Assembly sitting

Since I am one of the member for Jawatankuasa Meneliti Soalan to study the questions posed by all backbenchers, including opposition members, I am not entitled to pose any questions in my capacity as the State Assemblyman for Komtar.

However, I will still try my best to forward some questions in someone's name for written answers by the relevant State Exco. For every backbencher, they can pose up to 3 questions for oral answer and 30 questions for written answer respectively.

By not using up their quota, I just pose 9 questions for written answers as below:

Soalan-soalan bagi Jawapan Bertulis yang Dikemukakan oleh Y.B. Ng Wei Aik, Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Kawasan Komtar

1. Setakat mana pelaksanaan 23 langkah pencegahan jenayah yang digariskan oleh Program Bandar Selamat di peringkat MPPP dan MPSP. Sila nilaikan keberkesanan setiap langkah pencegahan mengikut pihak berkuasa tempatan masing-masing.

2. Bilakah sistem pajak yang sedang diamalkan oleh syarikat-syarikat bas awam selain daripada RapidPenang akan dihapuskan. Adakah penubuhan syarikat bas awam yang dikendalikan oleh kerajaan negeri dapat mengatasi masalah sistem pajak tersebut.

3. Berapakah peruntukan kecil bagi setiap Ahli Dewan Undangan Negeri telah disediakan dan setakat mana peruntukan kecil tersebut telah digunakan oleh ADUN-ADUN Barisan Nasional bagi tahun 2006, 2007 dan 2008 (sehingga bulan Mac). Sila berikan pecahan mengikut KADUN dan kegunaannya.

4. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri bagi menghadapi kemelesetan ekonomi sedunia yang dijangka berlaku pada akhir tahun ini.

5. Memandangkan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan telah menyerah kembali kuasa untuk penubuhan dan perlantikan Lembaga Hakmilik Strata kepada setiap kerajaan negeri, bilakah Lembaga Hakmilik Strata Negeri Pulau Pinang akan ditubuhkan dan bagaimana keahliannya akan dilantik.

6. Berikan statistik bagi aktiviti pembelaan burung walit yang berdaftar dan tidak berdaftar mengikut setiap KADUN. Adakah tindakan tegas akan diambil terhadap pemilik bagi bangunan yang telah dijadikan tempat pembelaan burung walit tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan.

7. Adakah masalah keretakan bangunan yang dihadapi oleh penduduk-penduduk di sekitar Jalan Kuantan dan Jalan Krian disebabkan oleh projek pembangunan Times Square. Mengapakah tiada tindakan segera diambil terhadap pihak pemaju bagi projek tersebut.

8. Mengapa kerajaan negeri tidak lagi membiayai kos bagi penerbitan majalah pelancongan IN Penang. Adakah keputusan tersebut akan menjejaskan lagi promosi industri pelancongan dalam negeri Pulau Pinang.

9. Sila nyatakan jumlah pelajar yang mendapat pinjaman dari Tabung Pinjaman Pendidikan Negeri bagi tahun 2004, 2005, 2006 dan 2007. Berapakah pelajar yang masih belum membayar balik pinjaman dan berapakah jumlah hutang tertunggak.

1 Comments:

Blogger Lum CS said...

YB Chong Eng on TV2 08-07-06

你怎么说 国会议员的紀律問題 discipline problem 1/5 ==> http://www.youtube.com/watch?v=RcqfCuidI5A
你怎么说 国会议员的紀律問題 discipline problem 2/5 ==> http://www.youtube.com/watch?v=EwMPpLXOcvY
你怎么说 国会议员的紀律問題 discipline problem 3/5 ==> http://www.youtube.com/watch?v=EwMPpLXOcvY
你怎么说 国会议员的紀律問題 discipline problem 4/5 ==> http://www.youtube.com/watch?v=3FtF3Fv2VZ0
你怎么说 国会议员的紀律問題 discipline problem 5/5 ==> http://www.youtube.com/watch?v=7WvfYRLtCCg

6 July 2008 at 23:58  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home