Tuesday 17 June 2008

Semua pegawai dan kakitangan Pejabat Tanah dan Daerah perlu memahami dasar tanah kerajaan yang baru supaya tidak wujud kelam-kabut lagi

Kenyataan Media oleh Ng Wei Aik, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang pada 17hb Jun 2008 di Pulau Pinang:

Semua pegawai dan kakitangan Pejabat Tanah dan Daerah perlu memahami dasar tanah kerajaan yang baru supaya tidak wujud keadaan kelam-kabut bagi permohonan tanah untuk diberikan hakmilik kekal atau hakmilik sehingga 99 tahun.


Ketua Menteri Pulau Pinang Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng memberi arahan kepada Pengarah Tanah dan Galian (PTG) supaya semua pegawai dan kakitangan di peringkat Pejabat PTG dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) bagi setiap daerah dapat memahami dasar tanah kerajaan negeri yang baru dalam masa yang terdekat supaya tidak wujud keadaan kelam-kabut bagi permohonan tanah untuk diberikan hakmilik kekal atau hakmilik sehingga 99 tahun.

Ekoran daripada wujudnya keadaan kelam-kabut semalam dan hari ini, pemohon boleh mendapatkan bantuan atau nasihat daripada pegawai-pegawai yang tersenarai di bawah jikalau terdapat kakitangan PTG atau PDT yang tidak faham akan dasar tanah kerajaan negeri yang baru:

PDT Daerah Timur Laut
Encik G.K. Sivan,
Pn Siti Fatimah binti Ahmad,
Pn Normah binti Arifin,
Cik Nor Lizawati binti Desa

PDT Daerah Barat Daya
Penolong Pentadbir Tanah Encik Mohamed Nazrein bin Mohamed Salleh

PDT Daerah Seberang Perai Utara
Pn. Seri Banun binti Mohd Said
En. Naziadi bin Jusoh
Pn. Rohani binti Mohd Said

PDT Daerah Seberang Perai Tengah
Penolong Pentadbir Tanah Encik Azizal bin Ahmad
Penolong Pentadbir Tanah Encik Muhamad Nizam bin Jamaludin

PDT Daerah Seberang Perai Selatan
Penolong Pentadbir Tanah Encik Mohd Khalil bin Mohd Hashim
En. Muhammad Rushdi bin Said
En. Mohd Radzuan bin Hussain

Pegawai-pegawai yang tersebut di atas adalan terlatih dan mereka dapat menangani segala persoalan yang berkenaan dengan dasar tanah kerajaan negeri yang baru.

Pada masa yang sama, PTG telah mengeluarkan notis kepada setiap PDT bahawa suatu tutorial akan diadakan pada 23 Jun 2008, Isnin di Pejabat PTG, Komtar untuk semua pegawai atau kakitangan yang belum faham akan dasar tanah kerajaan negeri yang baru.

Jikalau terdapat sebarang persoalan, pemohon-pemohon juga boleh bertanyakan Ahli-Ahli Parlimen atau Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri untuk maklumat-maklumat yang selanjutnya.

Semua pemohon dikehendaki mengisi 4 salinan Borang 12A bagi tujuan penyerahan balik tanah dan 1 salinan Borang Jadual 1 bagi permohonan pemberimilikan tanah. Bayaran permohonan yang akan dikenakan adalah RM200.

Berkenaan dengan bayaran premium yang akan dikenakan, disebabkan kali ini merupakan dasar tanah kerajaan yang baru dan tiada maklumat-maklumat dapat diperolehi sebelum ini, maka bayaran premium akan ditentukan oleh Jabatan Penilaian nanti.

Jabatan Penilaian akan mengenalpasti nilai tanah mengikut kegunaan dan lokaliti lot tanah tersebut dan dimaklumkan oleh Pejabat PTG kepada pemohon kemudian. Jikalau pemohon tidak mampu membayar premium bagi hakmilik kekal yang dikenakan, maka kelulusan bagi hakmilik kekal boleh ditolak dengan syarat bayaran permohonan sebanyak RM200 tidak akan dipulangkan.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home