Thursday 29 May 2008

Maklumat-maklumat berkenaan dengan pengumuman Ketua Menteri bahawa hakmilik tanah boleh dipohon untuk diberikan hakmilik kekal

Berikutan dengan pengumuman Ketua Menteri pada 24 Mei 2008 bahawa
1. Tanah-tanah perindustrian yang tempoh hakmilik biasanya 60 tahun boleh dipohon untuk diberikan tempoh 99 tahun;
2. Tanah-tanah perniagaan juga boleh dipohon untuk diberikan tempoh hakmilik sehingga 99 tahun;
3. Tanah-tanah kediaman boleh membuat permohonan supaya hakmilik yang tempohnya maksimum 99 tahun dipohon untuk diberikan tempoh hakmilik kekal.

semua permohonan tanah bagi memanjangkan tempoh pegangan boleh dibuat mulai sekarang, termasuk untuk mendapatkan hakmilik kekal.

Walau bagaimanapun, tiada peruntukan dalam Kanun Tanah Negara bahawa tempoh hakmilik tanah boleh dilanjutkan.

Oleh sebab itu, segala permohonan bagi memanjangkan tempoh pegangan pajakan atau kekal hendaklah diambil kira sebagai permohonan tanah yang baru iaitu tanah diserahkan kepada kerajaan terlebih dahulu dan kemudiannya membuat permohonan pemberimilikan semula.

Syarat-syarat bagi permohonan hakmilik kekal adalah seperti berikut:
1. Tanah tersebut tidak dicajkan kepada pihak bank;
2. Pemohon perlu membayar premium tambahan akibat peningkatan harga tanah atas pegangan kekal.

Permohonan boleh dilakukan dengan menulis surat kepada Pejabat Tanah dan Daerah di daerah masing-masing dan mengisikan borang-borang permohonan berikut:
1. Borang 12A (isi 4 salinan) – penyerahan tanah balik kepada kerajaan
2. Borang Jadual 1 (isi 1 salinan) – permohonan tanah yang baru
3. Dilampirkan satu salinan resit pembayaran cukai tanah yang terbaru
4. Dilampirkan satu salinan hakmilik tanah

Permohonan perlu dibuat oleh tuan tanah berdaftar sahaja.

Premium tanah akan dikirakan dengan berdasarkan perbezaan harga tanah bagi hakmilik kekal dengan harga bagi hakmilik tanah yang sedia ada.

Contoh: Premium tanah bagi hakmilik kekal
(Berdasarkan hasil penilaian oleh Jabatan Penilaian)

Tolak: – Premium tanah bagi hakmilik yang sedia ada
(Berdasarkan harga pasaran & baki tempoh hakmilik)

= Premium tanah yang perlu dibayar oleh pemohon

Sebagai jaminan dan tiada risiko atas permohonan ini, hakmilik tanah yang asal hanya perlu diserahkan balik kepada Pejabat Tanah dan Daerah untuk dikeluarkan hakmilik tanah yang baru setelah permohonan diluluskan.

Selepas permohonan diluluskan, pejabat tanah akan mengeluarkan Notis 5A kepada pemohon dan menyatakan bahawa bayaran premium yang perlu dijelaskan dalam tempoh 3 bulan. Jikalau tidak dijelaskan bayaran premium dalam tempoh yang ditetapkan, maka kelulusan tersebut akan terbatal.

Ansuran pembayaran boleh diizinkan jikalau premium yang kena dibayar adalah terlalu tinggi. Biasanya, pejabat tanah boleh mengizinkan pemohon membayar premium melalui cara ansuran sebanyak 3 atau 4 kali. Jikalau ansuran sebanyak 4 kali dibenarkan, ini bermaksud bahawa premium tersebut perlu dijelaskan dalam tempoh 4 bulan.

Taklimat telah diberikan oleh Pengarah Tanah dan Galian kepada Pegawai-Pegawai Daerah pada 27 Mei 2008. Jikalau terdapat pegawai-pegawai yang kurang faham akan dasar tanah yang baru, maka pemohon boleh terus merujuk kepada Pegawai Daerah.

Satu tutorial kepada semua pentadbir tanah akan dibuat. Manual bagi prosedur permohonan akan disiapkan oleh Pejabat PTG dalam tempoh masa seminggu.

4 Comments:

Blogger Unknown said...

Sekiranya pemohon-pemohon menghadapi apa-apa masalah bagi prosedur permohonan, sila merujuk kepada peguam-peguam daripada DAP. Demikianlah mereka baru boleh mendapat "kang tao". Sekian, terima kasih.
Alamat DAP Pulau Pinang:
No.14 Jalan Talipon, 10400 Penang
No Telefon: 2288482
No Fax: 2288514

29 May 2008 at 17:43  
Blogger Unknown said...

Wow. I am not sure rosyred is trying to be funny or what. I do not disagree that there are a lot of lawyers in DAP, but I would say Penang BAR Council Legal Aid would be more accessible to the common folks.

Contact Info

Bar Council Legal Aid Centre
No. 4 (Ground Floor) Green Hall,
10200 Penang.

Tel: 04 261 7451

Mr. Manjit Singh (Executive Administrator)
Mr. Daniel Kalichandran

29 May 2008 at 23:03  
Blogger weiaik said...

To rosyred, khensthoth and others,

We have no kangtao. And we would not like to get any kangtao as well.

If you have any query on land issue, I am prepared to help you as well as the others in dealing with the matter.

Since I am in the Chief Minister's office, I think I am able to help anyone on the land matter. Please give me a call 019-2459305 at anytime.

Ng Wei Aik

30 May 2008 at 08:31  
Blogger Unknown said...

I was merely trying to defend DAP. I hope you knew that.

30 May 2008 at 09:30  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home