Friday 4 January 2008

Kad Laporan bagi Penilaian ke atas Prestasi dan Urus Tadbir Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi Tahun 2007

(1) Kepimpinan dan Kewibawaan (2/10 markah)

1. Dato’ Ahmad Ibnihajar yang memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif Penang Port Sdn. Bhd. tidak digantikan walaupun pengurusan dan prestasi syarikat itu tidak memuaskan.
2. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2006 menunjukkan bahawa terdapatnya elemen rasuah atau penyelewengan kuasa dalam pengurusan kuarters oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan pengurusan pasar dan pusat penjaja oleh MPSP
3. Pengurus Operasi Perbadanan Perbekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. Koay Ban Hing didakwa ke mahkamah atas tuduhan menerima rasuah dan pengubahan wang haram.
4. Kerajaan tidak memaklumkan sebab-sebab sebenarnya seorang penumpang wanita yang jatuh maut dari bas RapidPenang melalui pintu kecemasan bas itu.
5. Kerajaan Negeri menggadaikan hak-hak pengurusan ke atas sistem pengangkutan bas awam dan sisa-sisa pepejal kepada Kerajaan Persekutuan.
6. Tiada sebarang tindakan diambil terhadap ADUN Permatang Berangan Y.B. Shabudin dan ADUN Sungai Dua Y.B. Dato' Jasmin yang mengeluarkan kenyataan yang menghina pakaian wanita.
7. Di bawah tekanan UMNO, Hamzah Ismail dilantik sebagai Ahli MPPP bagi menggantikan kekosongan Ahmad Ismail supaya kepentingan nepotisme dapat dipertahankan.
8. Koh Tsu Koon sehingga kini masih belum menamakan pengganti jawatan Ketua Menterinya akan mempengaruhi keyakinan awam terhadap masa depan Negeri Pulau Pinang.

(2) Pengurusan Ekonomi (1/10 markah)

1. Setakat September 2007, jumlah pelaburan asing dibawa masuk ke dalam Negeri Pulau Pinang adalah sebanyak RM1.12 bilion dan berada di tangga keenam dan jauh ketinggalan jika disbanding dengan Negeri Kedah yang memperolehi RM6.12 bilion.
2. Dato’ Aris Ariffin yang menyandang jawatan Yang DiPertua MPSP dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif InvestPenang namun tidak dapat meningkatkan perkembangan ekonomi negeri.
3. Negeri Pulau Pinang tidak diletakkan pada kedudukan yang terpenting dalam inisiatif pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara.
4. Kerajaan Negeri tidak menuntut pampasan TNB secara rebet kepada pengguna-pengguna yang mengalami kerugian ekoran daripada gangguan bekalan elektrik yang berlaku di negeri Pulau Pinang pada 20 November 2007.
5. Tol bagi jambatan Pulau Pinang tidak dinaikkan pada tahun 2008.
6. Projek Penang Global City Centre tidak memikirkan keperluan penduduk-penduduk yang sebenar malah menyebabkan masalah alam sekitar, kesesakan lalulintas dan keperluan perumahan bertambah serius lagi.
7. Kerajaan Negeri tidak membantah pelaksanaan Projek Penang Outer Ring Road yang kos pembinaannya semakin meningkat serta tidak dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas yang semakin serius.
8. Kerajaan Negeri tidak mendapat sebarang faedah daripada projek saluran paip minyak bernilai RM70 bilion yang merentasi Semenanjung dari Kedah ke Bachok, Kelantan.
9. Syarikat penerbangan Firefly yang memilih Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas sebagai pengkalan operasinya dapat membangunkan Negeri Pulau Pinang sebagai sebuah pusat penerbangan serantau.

(3) Pembangunan Kebudayaan (8/10 markah)

1. Kerajaan Negeri tidak mengambil sikap yang serius supaya Georgetown dapat disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Bangsa-bangsan Bersatu sehingga jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Y.B. Teng Chang Yeow hanya ditubuhkan pada April tahun 2007.
2. Georgetown dipilih sebagai “Bandar Asia Kesepuluh yang Paling Sesuai dihuni oleh Warga Asia”.

(4) Kebebasan Beragama (9/10 markah)

1. Secara amnya, penganut-penganut agama yang berlainan dapat hidup secara aman dan harmoni.

(5) Pendidikan (2/10 markah)

1. Tiada sekolah rendah selain daripada Sekolah Rendah Kebangsaan dan sekolah menengah selain daripada Sekolah Menengah Kebangsaan yang baru dibina di Negeri Pulau Pinang bagi tempoh 17 tahun yang lalu.
2. Tanah rizab yang pada asalnya bertujuan untuk membina sekolah di Relau telah ditukar kegunaannya untuk projek-projek pembinaan rumah.
3. Kerajaan negeri tidak mengambil pendirian tegas supaya guru-guru pemulihan tidak fasih bahasa Mandarin di SJK Cina digantikan dengan mereka yang fasih dalam bahasa Mandarin.

(6) Hubungan Perkauman (8/10 markah)

1. Kerajaan negeri menangani perhubungan antara kaum secara baik sehingga tiada masalah yang tidak diingini berlaku.

(7) Kerajaan Tempatan (2/10 markah)

1. Tempoh jawatan bagi semua Ahli MPPP dan MPSP dilanjutkan selama setengah tahun tanpa mengambil kira prestasi dan pencapaian mereka.
2. Ketidakadilan dalam proses pengagihan lot bagi Pasar Baru Balik Pulau berlaku di mana terdapat pemohon yang berlatar belakang diagihkan lot yang seharusnya dibekalkan kepada peniaga-peniaga yang sudah lama berniaga di pasar lama.
3. Kegagalan MPPP dalam pengurusan kewangan menyebabkan kurangnya peruntukan kewangan bagi tujuan memperbaiki infrastruktur dan juga lampu-lampu jalan di sekitar Georgetown yang sudah lama rosak.
4. Yang Dipertua MPPP yang baru dilantik, Zainal Rahim memperkenalkan pelbagai rancangan pembaharuan, termasuk mengadakan lawatan untuk memahami masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat.
5. MPPP kurang berkesan dalam mengumpul cukai-cukai yang tertunggak yang berjumlah RM191 juta.
6. Defisit bagi Bajet MPPP tahun 2008 adalah berjumlah RM18.21 juta manakala defisit bagi MPSP adalah berjumlah RM19.54 juta.

(8) Pembangunan Infrastruktur (1/10 markah)

1. Kerajaan Negeri mengizinkan tol dikenakan ke atas pengguna yang menggunakan BORR di Plaza Sungai Nyior mulai 1 September 2007.
2. Projek pembinaan Jambatan Pulau Pinang kedua masih belum dimulakan manakala projek pembinaan Penang Sentral di Butterworth telah dimulakan.
3. Kerajaan Negeri tidak dapat menangani masalah kesesakan lalulintas serius yang dihadapi oleh pengguna-pengguna Jambatan Pulau Pinang.
4. Projek pelebaran Jambatan Pulau Pinang yang dijadualkan siap pada Ogos 2008 telah dilanjutkan ke September 2009.
5. RapidPenang yang mula beroperasi pada 31 Julai 2007 telah menghadapi pelbagai masalah, termasuk bas-basnya selalu rosak di tepi jalan serta mengakibatkan kemalangan maut.
6. Bayaran bas yang dikenakan oleh RapidPenang adalah mahal dan tidak mengambil kira kepentingan pelajar-pelajar serta mahasiswa/i yang tidak memakai uniform dan tidak memberi perkhidmatan yang percuma kepada orang tua yang berusia 60 tahun dan ke atas.
7. Kerajaan Negeri tidak mengambil peduli masalah-masalah yang dihadapi oleh syarikat-syarikat pengangkutan bas awam selepas RapidPenang mulai beroperasi dan menyebabkan persaingan sengit sering berlaku.
8. Kerajaan Negeri tidak mengambil sebarang tindakan untuk menangani masalah-masalah yang dibawa oleh 12 projek perumahan yang terbengkalai yang melibatkan 10,855 unit premis.
9. Projek pemulihan Komtar yang bernilai RM10 juta telah menemui kegagalan di mana banyak pemilik kedai merancang untuk berpindah keluar dari kompleks tersebut.

(9) Teknologi dan Alam Sekitar (6/10 markah)

1. Kerajaan Negeri telah melantik 3 buah syarikat untuk melaksanakan projek perkhidmatan internet broadband tanpa wayar bagi keseluruhan Pulau Pinang.
2. Selain daripada Bayan Lepas, Batu Kawan dan Bertam di Seberang Perai juga diberi status sebagai bandar siber.
3. Kerajaan Negeri tidak menghalang projek penebusgunaan tanah di tepi laut, khasnya di sesetengah kawasan di Tanjong Bunga dan berhampiran dengan Jambatan Pulau Pinang dijalankan.
4. Taman negara terkecil yang terletak di Pulau Pinang tercemar ekoran daripada pembuangan sampah-sarap.
5. Sebuah pelabuhan pelancongan yang bernilai RM21 juta dibina di kuala Sungai Pinang walaupun sungai itu yang pencemarannya mencapai tahap kelima masih belum dibersihkan.
6. Sungai Pinang dan Sungai Juru yang hampir mati dan beracun menunjukkan bahawa kurangnya komitmen kerajaan negeri terhadap kepentingan untuk melindungi alam sekitar. Sungai Pinang bukan sahaja sungai yang paling tercemar dalam negara kita, maka merupakan sungai yang paling tercemar di rantau Asia.

(10) Keselamatan Sosial (1/10 markah)

1. Jikalau dibanding dengan statistik jenayah bagi enam bulan pertama tahun 2005, kadar jenayah bagi enam bulan pertama tahun 2007 di Pulau Pinang semakin meningkat. Ini termasuklah kecurian pecah rumah bertambah daripada 458 kes kepada 880 kes, kes kecurian bertambah daripada 998 kes kepada 2271 kes, kecurian motosikal bertambah daripada 2296 kes kepada 2994 kes, kes rogol bertambah daripada 35 kes kepada 69 kes dan kes mencabuli kehormatan pula bertambah daripada 62 kes kepada 81 kes.
2. Mulai 1 Julai 2007, Kerajaan Negeri melancarkan Program Bandar Selamat di lima kawasan dalam Negeri Pulau Pinang.
3. Setakat Julai 2007, jumlah mangsa berumur bawah 18 tahun bagi kes rogol adalah berjumlah 48 orang.
4. Kereta mewah Porsche Targa 4 yang bernilai RM963,000 yang dicuri lalu dijumpai oleh pihak polis dapat dilarikan sekali lagi dari IPD Seberang Perai Tengah.
5. Setakat April 2007, MPPP hanya melaksanakan 91% atau 21 daripada 23 langkah yang digariskan oleh Program Bandar Selamat; manakala MPSP hanya melaksanakan 61% atau 14 daripadanya.
6. Tiada sesiapa yang terlibat dalam kes rompakan cip mikro bernilai RM40 juta di Kompleks Kargo Kedua Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas telah ditangkap serta dihadapkan ke mahkamah.
7. Kes rompakan yang lori dijadikan sasaran semakin bertambah namun prestasi pihak polis dalam menangani kes-kes tersebut adalah tidak memuaskan.

Jumlah Markah: 40


Perkara

Markah bagi Tahun 2006

Markah bagi Enam Bulan Pertama Tahun 2006

Markah bagi Tahun 2007

1

Kepimpinan dan Kewibawaan

2

2

2

2

Pengurusan Ekonomi

2

2

1

3

Pembangunan Kebudayaan

7

7

8

4

Kebebasan Beragama

5

9

9

5

Pendidikan

2

2

2

6

Hubungan Perkauman

4

8

8

7

Kerajaan Tempatan

3

6

2

8

Pembangunan Infrastruktur

5

2

1

9

Teknologi dan Alam Sekitar

5

3

6

10

Keselamatan Sosial

3

1

1


Jumlah Markah

38

42

40

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home