Sunday, 30 December 2007

RapidPenang berlaku kemalangan maut lagi!

Kira-kira pukul 7 pagi ini, saya terima berita bahawa bas RapidPenang sekali lagi melanggar mati seorang pemuda India di Lebuh Chulia.

Difahamkan bahawa pemuda yang menunggang motosikal ingin memotong bas namun tidak berjaya sehingga melanggar bas RapidPenang yang terlibat. Walaupun kejadian telah berlaku, namun bas tersebut dikatakan tidak berhenti dan terus berjalan.

Walau bagaimanapun, pihak-pihak yang terlibat termasuklah RapidPenang, Polis, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang haruslah memberi penjelasan yang sempurna terhadap sebab-sebab berlakunya kejadian tersebut.

Ada khabar angin berkata bahawa pemandu bas yang berbangsa Cina tersebut merupakan pemandu yang baru, namun sumber lain berkata pemandu tersebut mempunyai pengalaman memandu bas lebih daripada 10 tahun.

Selepas kejadian, repot polis telah dibuat di Balai Polis Jalan Patani. Pemandu tersebut tidak ditahan oleh pihak polis.

Pada 13 Oktober, seorang penumpang bas yang bernama Ng Siam Kiang dan berumur 35 tahun telah jatuh mati dari bas melalui pintu kecemasannya.

Ini merupakan kali kedua berlakunya kemalangan yang meragut nyawa dalam tempoh tidak lebih daripada 3 bulan sejak RapidPenang mula beroperasi pada 31 Julai 2007.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home