Ketua Menteri Pulau Pinang harus menggugurkan Dr Teng Hock Nam sebagai Ahli Exco P.Pinang atas kegagalan dalam menyusun semula sistem bas awam negeri.
Dikeluarkan pada 1hb Mac 2007 di Pulau Pinang:
Semasa Perayaan Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh MCA dan Gerakan, Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Koh Tsu Koon telah meminta bantuan Perdana Menteri Abdullah Badawi supaya melibatkan RapidKL dalam menyusun semula sistem pengangkutan bas awam di Pulau Pinang. Ini telah menjatuhkan maruah kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin oleh Gerakan. Ini juga membuktikan ketidakupayaan jawatankuasa pengangkutan awam yang dipengerusikan oleh Ahli Exco Pulau Pinang, Dr Teng Hock Nan.
Dr Koh meminta bantuan RapidKL untuk menguruskan sistem bas awam dalam negeri dengan alasan tidak ingin membebankan kerajaan negeri. Namun begitu, alasan yang lemah ini hanyalah bertujuan untuk mengalihkan perhatian orang ramai terhadap ketidakupayaan Dr Teng. Lebih-lebih lagi, beliau telah dibayangkan sebagai salah seorang calon Ketua Menteri Pulau Pinang.
Sebelum ini, Dr Teng telah mengumumkan bahawa sebuah syarikat yang dimiliki oleh kerajaan Pulau Pinang, iaitu Bas Negeri Pulau Pinang (BNPP) akan ditubuhkan untuk menyusun semula sistem bas tempatan. Dengan ini, kelemahan kerajaan dapat ditonjolkan dengan sikap kerajaan yang bertolak-talik dalam membuat sesuatu keputusan.
Tambahan pula, adalah kurang pasti bahawa RapidKL akan mengambil alih syarikat-syarikat pengendalian bas yang sedia ada, seperti yang berlaku di Kuala Lumpur di mana Intrakota dan syarikat-syarikat bas yang lain telah diambil alih. Ataupun RapidKL perlunya bersaing secara tidak adil dengan mereka?
Jadi, Dr Koh bukan sahaja mengakui ketidakupayaan kerajaan negeri, malah beliau langsung tidak mengambil kira kepentingan syarikat-syarikat bas dan pengangkutan awam yang sedia ada, sehingga berasa bimbang dengan masa depan mereka. Adakah sistem pengangkutan bas awam yang sedia ada akan tergugat dengan keadaan yang tidak menentu menjelang Ogos tahun ini, di mana 150 buah bas yang baru akan beroperasi apabila RapidPenang memulakan operasinya?
Sistem pengangkutan awam di Pulau Pinang pasti akan menjadi huru-hara dengan pengumuman kemasukan RapidKL secara tergempar tanpa hala tuju, perancangan serta perubahan yang diurus dengan baik. Adalah kurang jelas bahawa dengan pengenalan syarikat bas yang baru, adakah kesengsaraan sistem pengangkutan di Pulau Pinang dapat ditangani, ataupun merumitkan lagi keadaan rumit yang sedia ada.
Sejak Dr Koh mengizinkan kerajaan Persekutuan untuk mengambil alih sistem pengangkutan bas tempatan, maka kedudukan Dr Teng sebagai Ahli Exco Pulau Pinang yang bertanggungjawab ke atas hal-ehwal pengangkutan awam menjadi tidak penting lagi.
Dengan ini, Dr Teng mempunyai pilihan untuk meletak jawatan sebagai Ahli Exco Pulau Pinang ataupun digugurkan jawatannya sebagai Ahli Exco dan juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat.
Maju Bersama Anak Pulau Pinang

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home