Ucapan Perbahasan ke atas Ucapan TYT - (4)
AKTA BANGUNAN DAN HARTA BERSAMA 2007
Dato’ Speaker,
Berkenaan dengan pengurusan bangunan bertingkat strata, kita amat bergantung kepada Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663) selain daripada Akta Hakmilik Strata 1985. Akan tetapi, Akta 663 merupakan suatu perundangan yang ada banyak kelemahan serta kekurangan mekanisme yang diperlukan untuk melaksanakan peruntukan-peruntukan tertentu dalam akta tersebut.
Misalnya, Seksyen 31 Akta 663 menyatakan bahawa pemaju sesuatu bangunan hendaklah mendepositkan dalam bentuk wang tunai atau jaminan bank apa-apa jumlah wang yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri dengan Pesuruhjaya Bangunan bagi maksud menjalankan apa-apa kerja untuk membaiki apa-apa kecacatan pada harta bersama di dalam kawasan pemajuan selepas harta bersama itu disiapkan. Namun, sehingga hari ini, tiada suatu ketetapan dibuat berkenaan dengan jumlah wang yang perlu didepositkan oleh pemaju bagi tujuan tersebut di atas.
Seksyen 33 Akta 663 menyatakan bahawa jika amaun caj yang kena dibayar tertunggak selama enam bulan, Pesuruhjaya Bangunan boleh, atas permintaan pemaju atau Badan Pengurusan Bersama, mengeluarkan suatu waran penahanan (warrant of attachment) yang membenarkan penahanan apa-apa harta alih kepunyaan pembeli yang ditemui dalam petak atau di tempat lain dalam kawasan pihak berkuasa tempatan.
Memang terdapat banyak permintaan daripada JMB supaya waran penahanan dikeluarkan sebagai suatu cara untuk mengurangkan tunggakan bayaran penyenggaraan yang ditanggung oleh JMB, namun Pesuruhjaya Bangunan enggan melaksanakannya atas sebab belum ada suatu mekanisme oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Maka, suatu cara penyelesaian yang boleh dipertimbangkan adalah Pihak Berkuasa Tempatan menetapkan mekanisme atau garis panduan tersendiri supaya peruntukan tersebut dapat dipakai dan dilaksanakan dalam Negeri Pulau Pinang, selaras dengan semangat perundangan di mana keputusan Pihak Berkuasa Negeri dalam mengendalikan segaal rayuan adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.
PENGHARGAAN WARGA EMAS
Dato’ Speaker,
Pada asalnya, saya ingin mengemukakan suatu usul persendirian dalam Dewan yang mulia ini:
“Bahawa Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan menyokong penuh Program Penghargaan Warga Emas Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebanyak RM100 setahun diagihkan kepada semua warga emas yang berdaftar sebagai pemilih di Pulau Pinang kerana telah mendapat sambutan dan sokongan penuh semua rakyat Pulau Pinang dan mengecam pihak tidak bertanggungjawab yang menuduh program tersebut berunsurkan rasuah serta membuat tuduhan-tuduhan liar terhadap pemimpin dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.”
Walaupun usul tersebut tidak sempat dikemukakan oleh sebab tempoh persidangan tidak mengizinkan, namun saya ingin mencabar Ahli-Ahli Yang Berhormat dari barisan pembangkang untuk berdiri dan menyokong program penghargaan warga emas tersebut.
Berdirilah! Berdirilah! Berdirilah!...
Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian, lihatlah ini sikap dan perangai Y.B.-Y.B. Pembangkang!
Tidak pernah terlantas dalam fikiran pemimpin-pemimpin Barisan Nasional untuk menghargai sumbangan dan jasa warga emas terhadap pembangunan negara dan masyarakat walaupun hanya sekadar RM100 setahun. Hanyalah Kerajaan Negeri sekarang yang cuba dengan segala cara untuk memulangkan cukai rakyat yang tidak habis digunakan balik ke pangkuan rakyat.
Kita telah mencatatkan surplus sejumlah RM36 juta bagi tahun 2008 dan RM77 juta bagi tahun 2009. Kita hanya memperuntukkan RM20 juta daripadanya melalui bajet tahun 2010 untuk tujuan Program Penghargaan Warga Emas sahaja.
Adakah ini suatu kesalahan rasuah bagi sebuah Kerajaan yang mengenakan serta mengutip cukai daripada rakyat jelata memulangkan sebahagian cukai yang tidak digunakan atau dijimatkan balik kepada rakyat? Tidak. Jikalau itu suatu kesalahan rasuah, rakan-rakan seperjuangan saya yang duduk dalam Dewan yang mulia ini, termasuk Ketua Menteri dan barisan Ahli MMKnya telah ditangkap dan didakwa oleh SPRM.
Lebih hairan lagi, seorang Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat telah mengucap takziah terhadap warga-warga emas yang diagihkan RM100 oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Mengapa takziah boleh diucapkan terhadap warga-warga emas yang masih hidup? Apabila RM100 diagihkan, pemimpin-pemimpin Barisan Nasional mendakwa Kerajaan Negeri bersandiwara.
Tetapi, pemimpin-pemimpin Barisan Nasional sendiri yang bersandiwara apabila mereka cuba melewatkan pengagihan Bantuan Orang Tua (BOT) yang merupakan salah satu skim kebajikan demi mengaturkan majlis penyampaian RM300 kepada penerima-penerima BOT yang bertujuan untuk mengelirukan rakyat sahaja.
Dato’ Speaker,
Jikalau Barisan Nasional sudi mengagihkan RM300.00 kepada setiap warga emas, Kerajaan Negeri sudi membekalkan senarai penuh 82,963 warga emas yang telah berdaftar supaya mereka diagihkan RM300.00 oleh Kerajaan Persekutuan. Senarai tersebut telah disediakan tetapi Barisan Nasional pula tidak mengendahkannya. Ke mana pergi keikhlasan Barisan Nasional untuk membantu warga emas di Negeri Pulau Pinang?
Ke mana perginya program e-Kasih yang kononnya disediakan untuk membantu golongan miskin tegar? Mengapa e-Kasih yang diwar-warkan selama ini untuk membantu golongan miskin tegar perlu dimansuhkan? Ke mana perginya Program SUHU untuk mengagihkan beras percuma kepada golongan miskin?
SKANDAL RM1.1 JUTA
Ke mana perginya RM1.1 juta yang diagihkan oleh Datuk Zainal Abidin bin Osman, Penasihat kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah kepada 22 keluarga miskin tegar di Pulau Pinang, sehingga setiap keluarga secara puratanya menerima RM50,000 daripadanya? Mengapa tiada tindakan polis diambil walaupun repot polis telah dibuat oleh Ahli Yang Berhormat bagi Sungai Puyu di Balai Polis Jalan Patani pada 31 Julai 2009?
Akhir sekali, saya mewakili seluruh barisan penyokong kerajaan yang duduk dalam Dewan yang mulia ini berasa komited untuk terus memberi sokongan yang padu terhadap Program Penghargaan Warga Emas yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Kami sanggup ditangkap, disiasat dan didakwa ke mahkamah jikalau SPRM mengambil tindakan terhadap kita mengikut telunjuk Barisan Nasional yang kononnya program tersebut berunsurkan rasuah selagi kita dapat memanfaatkan rakyat jelata kita.
Dato’ Speaker,
Saya mohon menyokong usul ini diluluskan.
Sekian, terima kasih.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home