Ucapan Perbahasan ke atas Ucapan TYT - (2)
PEMBAHARUAN BANDARAYA
Dato’ Speaker,
Georgetown merupakan suatu kawasan yang amat unik, di mana latar belakangnya yang amat bersejarah serta corak kehidupannya yang tersendiri merupakan unsur-unsur warisan yang perlu dipuliharakan. Jalan Penang yang seketika dahulu merupakan zon membeli-belah kegemaran ramai perlu dipulihkan zaman kegemilangannya dengan idea-idea serta nafas yang baru. Projek pembangunan KOMTAR yang belum disempurnakan walaupun sudah hampir 40 tahun juga merupakan suatu rekod yang kurang membanggakan.
Walaupun Georgetown telah dinobatkan sebagai tapak warisan sedunia oleh UNESCO, ini tidak bermakna bahawa Georgetown tidak boleh dibangunkan lagi dan segala proses pemodenan atau pembaharuan bandaraya perlu diberhentikan dengan serta-merta. Malah kita perlu menyuntik nafas dan idea-idea baru agar Georgetown dijana semula sebagai lambang kebanggaan kita semua.
Untuk memastikan kerja-kerja pemulihan dan penjanaan semula Georgetown dijalankan secara lebih sistematik, saya bercadang supaya Kerajaan Negeri Pulau Pinang atau PDC mengambil inisiatif untuk menubuhkan Lembaga Penjanaan Semula Bandaraya Georgetown atau the Urban Rejuvenation Authority for Georgetown (URAG), di mana salah satu model yang boleh dicontohi adalah The Urban Redevelopment Authority (URA) yang ditubuhkan di Singapura sejak tahun 1974 lagi ataupun London Development Agency yang terjalinnya 95 BIDs rasmi atau Business Improvement Districts di bawahnya.
Walaupun keseluruhan bahagian kepulauan adalah terletak di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang, tetapi jikalau suatu entiti yang dapat menumpukan segala sumber, kekuatan dan kepakarannya terhadap pembangunan Georgetown, saya amat pasti bahawa kesannya jauh lebih memberangsangkan. Selain daripada perancangan terhadap gunatanah, entiti sebegini juga boleh menggariskan pelan strategik jangka panjang, termasuk pelan setempat yang lebih terperinci, untuk membawa pembangunan fizikal serta menjana pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan perhubungan masyarakat setempat.
Lebih penting lagi, misi kita adalah untuk menjadikan Georgetown sebagai suatu bandaraya yang sesuai dihuni, untuk bekerja serta beriadah. Dengan hubungan perkongsian dengan komuniti setempat, maka Georgetown boleh dijana semula sebagai sebuah bandaraya yang berdinamik, ke arah pembangunan mampan serta berstatus antarabangsa.
Dato’ Speaker,
Untuk Negeri Pulau Pinang mencapai statusnya sebagai negeri bertaraf antarabangsa, masalah-masalah 3C iaitu kebersihan (Cleanliness), jenayah (Crime) dan kesesakan lalulintas (Congestion) perlu ditangani dengan segera. Selain daripada pendidikan, kita juga perlu mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas terhadap mereka yang bersalah.
KEBERSIHAN PENJAJA
Kebersihan Negeri Pulau Pinang jikalau tidak dijaga dengan baik akan menjejaskan nama baik kita semua. Sehingga kini, kita masih ternampak banyak pusat makanan dan minuman yang kekotoran mereka tidak dipertingkatkan. Kebanyakan penjaja yang tidak bertanggungjawab terus membuang sisa makanan mereka terus ke dalam longkang tanpa dikawal atau ditapis melalui grease trap. Lama-kelamaan, sisa makanan serta minyak yang bertakung dalam longkang akan menjejaskan sistem saliran kita dan seterusnya menyebabkan masalah banjir di kawasan bandar.
Saya ingin mengesyorkan supaya Pihak Berkuasa Tempatan membuat suatu ketetapan baru supaya semua pusat makanan dan minuman memasang grease trap dalam tahun ini. Grease trap perlu dipasang untuk setiap tempat membasuh pinggan dan mangkuk dan bukannya satu grease trap sahaja untuk keseluruhan kedai atau pusat makanan tersebut. Jikalau tiada grease trap dipasang untuk setiap tempat pembasuhan pinggan dan mangkuk atau langsungnya tiada grease trap dipasang, maka lesen establisymen makanan mereka tidak akan diperbaharui dan perniagaan mereka pastinya akan terjejas.
Hanyalah dengan cara ini, kita dapat memastikan bahawa tiada sisa makanan boleh dibuangkan ke dalam longkang dengan sewenang-wenangnya dan seterusnya menjamin kelancaran dan kebersihan sistem saliran kita. Kesesakan lalulintas juga merupakan suatu aspek yang perlu ditangani segera, di mana sistem tunda dan clamping kenderaan-kenderaan bermotor yang tidak terletak di tempat-tempat yang dibenarkan perlu dilaksanakan semula dengan adanya suatu set undang-undang kecil yang baru.
Majlis Perbandaran Pulau Pinang atau Majlis Perbandaran Seberang Perai perlu bersikap lebih pro-aktif untuk menggubal undang-undang kecil apabila diperlukan untuk menangani masalah-masalah atau situasi yang baru. Jikalau akta atau ordinan yang sedia ada mengizinkan, maka MPPP atau MPSP perlu menggunakan ruang tersebut untuk menambahbaik lagi undang-undang tersebut dengan menggubal undang-undang kecil yang baru atau meminda undang-undang kecil yang sedia ada.
PEMBELAAN ANJING
Dato’ Speaker,
Terdapat suatu undang-undang kecil yang dikenali sebagai Undang-Undang Kecil MPPP (Pelesenan Anjing) telah diluluskan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang pada tahun 2009. Namun, undang-undang kecil tersebut masih belum mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan tidak dapat dilaksanakan sehingga hari ini.
Undang-undang kecil tersebut amatlah diperlukan memandangkan saya terima banyak aduan berkenaan kacauganggu yang disebabkan oleh anjing yang dipelihara dalam bangunan bertingkat strata, seperti rumah pangsa, kondominium atau apartmen. Walaupun Akta Hakmilik Strata 1985 atau Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 memperuntukkan kuasa kepada Badan Pengurusan Bersama atau Perbadanan Pengurusan untuk mengambil tindakan terhadap anjing yang dipelihara dalam bangunan bertingkat strata, namun mereka masih memerlukan bantuan pegawai atau penguatkuasa MPPP untuk mengambil tindakan.
Dengan itu, saya berharap perkara tersebut dapat dibawa ke perhatian MMK sekali lagi supaya kelulusan segera dapat diberikan untuk undang-undang kecil tersebut dilaksanakan demi menjamin keharmonian dan keselesaan hidup penghuni atau pemilik petak yang menghuni dalam bangunan bertingkat strata.
Undang-undang kecil tersebut melarang anjing untuk dipelihara dalam mana-mana bangunan bertingkat strata atau mana-mana bangunan yang tiada perkarangan berpagar atau dibawa ke dalam sesebuah restoran atau kedai makan. Selain itu, hanya seekor anjing dibenarkan dipelihara dalam sesebuah rumah klaster, dua ekor anjing dibenarkan dalam sesebuah rumah teres atau link-house, tiga ekor anjing dalam sesebuah rumah berkembar atau empat ekor anjing dalam sesebuah bangalow.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home