Kerajaan Pusat didakwa pinggir aktiviti pelancongan
Utusan Malaysia
PULAU PINANG 23 Julai - Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari DAP hari ini mendakwa Kerajaan Pusat telah meminggirkan kerajaan negeri dalam aktiviti tertentu melibatkan sektor pelancongan di negara ini.
Malah, Ng Wei Aik (DAP-Komtar) berkata, beliau difahamkan kerajaan negeri tidak dijemput untuk menyertai ekspo pelancongan yang akan diadakan di negara luar.
''Georgetown kini telah dinobatkan sebagai Tapak Warisan Dunia jadi apakah alasan Kerajaan Persekutuan untuk meminggirkan Pulau Pinang," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul terima kasih terhadap ucapan Yang Dipertua negeri, Tun Abdul Rahman Abbas pada Mesyuarat Pertama Sidang Dewan Undangan Negeri kali ke-12 di sini hari ini.
Justeru, Wei Aik meminta kerajaan negeri supaya tidak bersikap konservatif sebaliknya lebih kreatif untuk mendapatkan sumber lain terutama daripada pihak swasta.
Sementara itu, Wei Aik mencadangkan supaya 7 Julai setiap tahun ditetapkan sebagai Hari Warisan Dunia sejajar dengan usaha meningkatkan kesedaran terhadap pemuliharaan tapak dan bangunan bersejarah.
''Walaupun perayaan sempena Georgetown diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia akan diadakan pada 25 hingga 27 Julai ini, saya merasakan pendekatan secara holistik perlu diambil bagi memastikan status tersebut kekal selama-lamanya.
''Tanpa sokongan dan kerjasama di antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat, segala usaha untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pemuliharaan tapak warisan itu tidak akan berjaya," katanya.

2 Comments:
YB,
How can I get a copy of "Suara Rakyat Pulau Pinang"? Since it is given out FOC, can I request that softcopy version of it be made downloadable from the Penang Gov website? That way I think a lot more people can read it and we can save some trees.
Printed this rubbish magazine already caused a lots of tree died.
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home