Ucapan DUN (4)
Keselamatan Awam
46. Tahap keselamatan dan ketenteraman awam bagi kawasan-kawasan Bandar, khasnya di sekitar kawasan KOMTAR amatlah membimbangkan. Kita sering terdengar berlakunya kes-kes rompakan, kecurian dan samun berkumpulan di kawasan tersebut. Terdapatnya kedai-kedai emas yang dirompak, rumah-rumah kediaman atau kedai-kedai dipecah masuk, penyeluk saku berkeliaran di sana sini dan sebagainya.
47. Untuk mengatasi masalah ini, saya memohon pihak polis supaya menambahkan lagi bilangan polis yang berkhidmat di Pondok Polis KOMTAR dan pada masa yang sama, mempergiatkan lagi rondaan polis yang beruniform dan tidak beruniform di sekitar KOMTAR. Waktu perkhidmatan bagi Pondok Polis KOMTAR yang ditetapkan adalah dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
48. Atas inisiatif sendiri, anggota-anggota polis yang berkhidmat di sini telah mula bertugas sejak jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam. Akan tetapi, ini memang tidak mencukupi. Perkhidmatan pondok polis dan rondaan polis seharusnya dilanjutkan kepada 24 jam untuk keselamatan seluruh bangunan dan pengguna-penggunanya. Pada satu ketika dahulu, bilangan polis yang paling maksimum berkhidmat di Pondok Polis Komtar adalah berjumlah 12 orang.
49. Bilangan ini telah menurun kepada 3 orang dan pada awal tahun ini, didapati hanya tinggal 2 anggota polis yang berkhidmat di sini. Jikalau kita ingin bergantung 3 orang polis untuk menjaga keselamatan keseluruhan bangunan, pekedai dan pengguna di sini, ini sememangnya tidak memadai sehingga keberkesanan pasukan polis kita akan terjejas.
50. Dengan bertambahnya kompleks membeli-belah yang sedang dibangunkan dan bakal disiapkan dalam setahun dua ini, masalah keselamatan di sekitar KOMTAR akan bertambah lebih runcing lagi jikalau bilangan polis yang berkhidmat di sini tidak ditambah dalam masa yang terdekat.
Pengangkutan Awam
51. Dengan kenaikan harga minyak dan harga barang secara mendadak kebelakangan ini, adalah perlu kita menggalakkan rakyat jelata untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, khasnya perkhidmatan bas awam dan justeru itu, kurang menggunakan kenderaan sendiri.
52. Dalam kata lain, sistem pengangkutan bas awam yang berkesan, menepati jadual masa, mesra penumpang serta mengenakan kadar tambang yang sesuai dengan kemampuan seseorang adalah mustahak dalam menarik minat lebih ramai orang menggunakan sistem ini.
53. Saya menyokong penuh hasrat Kerajaan negeri untuk mengaktifkan semula cadangan menubuhkan Syarikat Bas Negeri Pulau Pinang yang lebih merupakan sebuah consortium untuk menggabungkan syarikat-syarikat bas awam selain daripada RapidPenang.
54. Idea ini bertujuan untuk memberi peluang kepada syarikat-syarikat bas awam yang sedia ada di Pulau Pinang beroperasi dengan lebih cekap tanpa perlunya sistem pajak yang bertujuan untuk mengaut keuntungan cepat di mana pemandu bas menjalankan operasinya dengan tidak mengikuti jadual masa dan laluan yang telah ditetapkan.
55. Lebih-lebih lagi, terdapat sebilangan besar bas yang beroperasi di bawah sistem pajak tidak memperbaharui permit dan tidak diperiksa oleh Puspakom setiap tahun. Keadaan ini amat membahayakan pihak pengguna di mana sebarang kemalangan yang mungkin berlaku tidak dapat diinsurankan.
56. Walaupun RapidPenang, sebuah anak syarikat Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) telah mula beroperasi sejak 31 Julai 2007 untuk menggantikan idea penubuhan Syarikat Bas Negeri Pulau Pinang, namun sistem kadar tambang yang dikenakan oleh RapidPenang adalah kurang mesra penumpang.
57. Tujuan RapidPenang sejak ditubuhkan adalah cuba untuk memonopoli keseluruhan pasaran pengangkutan bas yang sedia ada di Pulau Pinang, termasuk juga di Seberang Perai. Kita sebagai kerajaan yang berjiwakan rakyat hendaklah menentang dengan sekeras-kerasnya terhadap sebarang percubaan untuk memonopoli pasaran bagi sektor-sektor yang tertentu.
58. Penubuhan Syarikat Bas Negeri Pulau Pinang yang merupakan pesaing terus kepada RapidPenang juga akan mengurangkan peluang bagi segelintir pemimpin politik mencari keuntungan cepat atau dalam kata lain rent-seeking melalui pembelian bas yang diimport dari negara asing.
59. Kadar tambang perkhidmatan RapidPenang yang dikenakan di antara RM1.00 dan RM3.50 bergantung kepada destinasi dan laluan bas berkenaan tidak berbeza sangat dengan kadar tambang yang dikenakan oleh bas-bas awam yang sedia ada. Walaupun kadar tambang RapidPenang bagi sesetengah laluan adalah lebih murah daripada bas-bas yang lain, namun terdapat juga kadar tambang bagi laluan tertentu lebih mahal daripada kadar tambang yang sedia ada dikenakan.
60. Saya berpendapat bahawa sistem kadar tambang tersebut berorientasikan keuntungan serta memanfaatkan pihak syarikat RapidPenang sahaja. Sistem kadar tambang yang dikenakan ke atas seseorang setiap kali apabila dia menaiki bas tidak mengambil kira kepentingan serta tidak berprihatin terhadap mereka yang berpendapat rendah.
61. Contohnya, seseorang yang menaiki bas RapidPenang dari Batu Ferringhi ke Balik Pulau dan sebaliknya terpaksa membayar RM10 sehari. Bagi mereka yang berpendapatan rendah, RM10 adalah lebih daripada separuh gaji atau pendapatan hari mereka.
62. Dengan ini, mana-mana syarikat bas yang ingin menjalankan operasinya di Negeri Pulau Pinang, termasuk RapidPenang perlu menggunakan konsep pensubsidian-silang (cross-subsidization) dalam mengkaji semula kadar tambang yang telah ditetapkan, di mana keuntungan yang diperolehi daripada laluan perkhidmatan yang banyak penumpang digunakan untuk menyokong laluan-laluan perkhidmatan tertentu yang kekurangan penumpang.
63. Untuk tujuan ini, saya bercadang supaya sistem kadar piawaian bagi tambang bas adalah perlu untuk menggantikan sistem kadar tambang bas yang bermotifkan keuntungan, di mana hanya tiga jenis kadar tambang dikenakan iaitu RM1.00, RM2.00 dan RM3.00:
(a) Tiket Sehala RM1.00: Bagi penumpang yang menaiki bas dari stesen ke stesen dalam laluan perkhidmatan yang sama dan tidak boleh bertukar stesen serta tidak boleh digunakan bagi laluan bas dari bahagian pulau ke Seberang Perai dan sebaliknya. Tiket ini adalah luput setelah penumpang tersebut turun bas.
(b) Tiket Sehari RM2.00: Tiket jenis ini boleh digunakan tanpa had dalam tempoh sehari selepas dibeli, boleh digunakan sehingga saat terakhir bagi perkhidmatan sehari walaupun bas terakhir yang dinaiki telah melepasi jam 12.00 tengah malam. Tiket ini terhad digunakan di bahagian Pulau atau di Seberang Perai sahaja dan tidak boleh digunakan bagi laluan bas dari bahagian pulau ke Seberang Perai atau sebaliknya.
(c) Tiket Sehari Melalui Jambatan RM3.00: Sifatnya dan fungsinya adalah sama dengan tiket sehari. Namun tiket jenis ini boleh digunakan di bahagian pulau dan Seberang Perai, dan juga digunakan bagi laluan bas dari bahagian pulau ke Seberang Perai dan sebaliknya pada hari yang sama.
64. Saya berpendapat sistem kadar tambang sedemikian adalah lebih praktis dan dapat menarik minat lebih ramai orang untuk bertukar jenis pengangkutan yang digunakan oleh mereka, khasnya bagi mereka yang biasanya memandu dari rumah ke tempat bekerja dan sebaliknya.
65. Jikalau bilangan kenderaan bermotor tidak dapat dikurangkan dengan permulaan operasi RapidPenang, kesesakan lalulintas pastinya akan bertambah serius kelak dengan begitu banyak bas, termasuk juga bas-bas lain baik bas yang bersaiz besar mahupun bas mini yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat bas awam tersedia ada yang berjalan serta berhenti-henti pada masa yang sama.
66. Saya difahamkan bahawa terdapat sebuah syarikat awam ingin menjual permit-permit basnya kepada konsortium syarikat-syarikat bas awam yang baru pada harga tawaran RM9 juta. Saya berharap operator-operator bas awam yang sedia ada haruslah bersikap realistik, termasuk mengambil kira kepentingan awam dalam membincang perkara tersebut.
67. Sebarang percubaan Kerajaan Negeri dalam menstrukturkan semula sistem pengangkutan bas awam bukanlah bermotifkan keuntungan. Jikalau konsortium tersebut dapat ditubuhkan dengan permit-permit yang sedia ada dipegang oleh syarikat-syarikat bas awam yang lain, ini juga akan membantu operator-operator tersebut dalam menyelesaikan beban tanggungan atau liabiliti mereka.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home