Ucapan DUN (3)
Tapak Warisan Dunia dan Pelancongan
23. Sebagai Ahli Dewan Unjdangan Negeri bagi kawasan KOMTAR, saya amat berbesar hati dengan sebahagian kawasan DUN saya dinobatkan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO baru-baru ini.
24. Ini merupakan hasil perjuangan seluruh warga Negeri Pulau Pinang dalam tempoh lebih daripada 10 tahun yang lalu. Titik perjuangan seluruh rakyat dalam usaha ini perlu diiktiraf oleh Dewan yang mulia ini.
25. Walaupun perayaan Georgetown dinobatkan sebagai tapak warisan dunia akan diadakan pada 25 hingga 27 Julai 2008, namun satu pendekatan yang holistic perlu diambil oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, termasuk oleh Negeri Melaka untuk mengekalkan status Georgetown dan Melaka sebagai Bandar Sejarah Selat Melaka untuk selama-lamanya.
26. Bagi tujuan ini, sebuah badan bertindak bersama perlu ditubuhkan oleh kedua-dua buah negeri supaya rancangan tindakan dan usaha bersama dapatlah diambil, atas sebab dossier yang dikemukakan oleh kita adalah atas nama kedua-dua buah negeri dan bukannya atas nama Negeri Pulau Pinang atau sebaliknya.
27. Saya bercadang supaya 7 Julai setiap tahun ditetapkan sebagai Hari Warisan Dunia supaya perayaan dapat dianjurkan secara bergilir-gilir oleh kedua-dua negeri tersebut sebagai satu usaha untuk meningkatkan kesedaran terhadap pemuliharaan tapak dan bangunan yang bernilai warisan dan sejarah, dan pada masa yang sama untuk menarik lebih ramai pelancong ke tanahair kita.
28. Kita mesti meletakkan diri kita dalam konteks sedunia supaya nilai warisan dan kebudayaan kita dapat ditingkatkan. Usaha-usaha promosi dan penggalakkan pelancongan juga perlu dipertingkatkan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
29. Tanpa sokongan dan kerjasama di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, segala usaha yanag kita ambil sendiri tidak dapat mendatangkan kesan yang memberangsangkan. Saya difahamkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak dijemput oleh Kerajaan Persekutuan kebelakangan ini untuk menyertai ekspo pelancongan yang bakal diadakan di negara-negara asing yang tertentu.
30. Usaha-usaha yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan selama ini, baik sebelum atau selepas Kerajaan Negeri mengambil alih tampuk kepimpinan, telah meminggirkan Negeri Pulau Pinang daripada laluan penerbangan atau pakej pelancongan yang utama.
31. Sekarang ini, dengan Georgetown dinobatkan sebagai Tapak Waarisan Dunia, apakah lagi alasan yang boleh digunakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk meminggirkan Negeri Pulau Pinang? Jikalau keadaan sedemikian terus berlaku, pastinya Kerajaan Persekutuan kita akan menjadi bahan ketawa oleh seluruh pelosok dunia.
32. Setelah Penang Tourism Action Council (PTAC) diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri terpaksa menubuhkan sebuah badan penggalakkan pelancongan sendiri yang dikenali sebagai Penang Global Tourism Sdn. Bhd. Walaupun syarikat tersebut akan ditubuhkan dalam masa terdekat, namun Kerajaan Negeri seharusnya terus bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam membangunkan industri pelancongan tempatan.
33. Penubuhan Penang Global Tourism tidak seharusnya dijadikan penghalang untuk kerjasama di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, malah dapat dijadikan pemangkin kepada usaha-usaha bersama yang bakal diambil oleh kedua-dua pihak. Pada masa yang sama, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru Kerajaan Persekutuan supaya menyambung semula segala memorandum persefahaman bagi tujuan penggalakkan pelancongan yang telah ditandatangani sebelum ini.
34. Walaupun Kerajaan Negeri menghadapi masalah kekurangan sumber kewangan untuk mengeluarkan produk-produk pelancongan yang baru, namun ini tidak bermakna bahawa Kerajaan Negeri harus bersikap konservatif tetapi bersikap lebih kreatif dalam mendapatkan sumber Initiatif Pembiayaan Swasta atau Private Funding Initiative (PFI) supaya pihak-pihak swasta dapat membantu Kerajaan Negeri untuk mempromosikan produk-produk pelancongan yang baru.
Perumahan dan Bangunan Usang
35. Y.B. Ketua Pembangkang telah membangkitkan isu kutu rayau yang semakin serius di sekitar Georgetown, khasnya di sekitar KOMTAR dalam Dewan yang mulia ini. Walaupun Y.B. Ketua Pembangkang bercadang supaya Jabatan Imigresen mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap golongan tersebut, namun faktor yang lebih penting bagi masalah ini adalah berkaitan dengan harga perumahan yang semakin meningkat di Georgetown ekoran daripada Akta Kawalan Sewa yang telah dimansuhkan oleh Parlimen pada tahun 1990-an.
36. Dengan kenaikan dan peningkatan nilai hartanah yang melambung tinggi, khasnya selepas Georgetown dinobatkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO, saya yakin bahawa masalah kutu rayau akan bertambah serius lagi. Sekarang ini, pusat bandar Georgetown masih menghadapi masalah pengaliran populasi yang serius. Saya bercadang supaya elemen-elemen kediaman yang baru, khasnya projek pembangunan rumah kos rendah dan kos sederhana rendah dapat ditambah lagi untuk menarik lebih ramai orang, termasuk juga pemuda-pemudi untuk balik semula dan tinggal di sekitar pusat Bandar Georgetown.
37. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, saya banyak menerima aduan bahawa harga jualan bagi rumah kos rendah dan kos sederhana rendah adalah semakin meningkat, di mana harga rumah secara keseluruhan jauh lebih tinggi daripada harga siling yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
38. Jika diambil projek Lavender Park yang dimajukan oleh Genuine Galaxy Sdn. Bhd. sebagai contoh, pembeli rumah terpaksa menanggung kos pembelian tempat letak kereta yang biasanya berjumlah RM14,000 hingga RM15,000 dan kos pakej naik taraf yang jurangnya di antara RM14,800 hingga RM19,800 selain daripada kos pembelian rumah tersebut yang berjumlah RM75,000. Ini bermakna bahawa pembeli rumah terpaksa menanggung jumlah kos yang melebihi RM100,000.
39. Mengapa seorang pembeli rumah perlu menanggung jumlah kos yang melebihi RM100,000 bagi sebuah rumah kos sederhana rendah yang bernilai RM75,000? Jikalau pembeli rumah tersebut dapat menanggung jumlah kos yang melebihi RM100,000, mengapa dia perlu membuat permohonan bagi rumah kos sederhana rendah melalui kerajaan dan bukannya terus membeli sebuah rumah yang bernilai lebih daripada RM75,000.
40. Jikalau keadaan ini tidak diperbetulkan, dasar perumahan terhadap pembangunan rumah mampu milik yang digubal dan diamalkan oleh Kerajaan Negeri tidak akan mencapai matlamatnya supaya setiap keluarga yang miskin atau kurang jumlah pendapatannya dapat diagihkan sebuah rumah untuk dihuni. Saya yakin bahawa pihak pemaju cuba menggunakan ruang undang-undang yang sedia ada untuk mengaut keuntungan yang lebih.
41. Satu lagi masalah yang dihadapi oleh pihak pembeli rumah adalah berkaitan dengan penaklukan kongsi gelap, di mana pembeli-pembeli rumah diwajibkan untuk mengambil perkhidmatan pakej naik taraf yang ditawarkan oleh kongsi gelap yang tertentu. Pembeli rumah langsung tidak dibenarkan untuk mengambil perkhidmatan pakej naik taraf daripada pihak-pihak yang lain. Jikalau tidak, tindakan ganas akan diambil terhadap pembeli-pembeli rumah tersebut.
42. Saya berharap pihak polis dapat mengambil perhatian yang serius terhadap masalah tersebut. Pada masa tersebut, Bahagian Perumahan di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri juga perlu mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pihak pemaju yang mengizinkan penaklukan kongsi gelap ke atas projek-projek perumahan yang tertentu.
43. Mengikut laporan awal yang disediakan oleh pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), dianggarkan bahawa terdapat lebih kurang 500 buah bangunan yang usang dan tidak lagi didiami orang di sekitar Georgetown. Di antaranya, terdapat banyak bangunan usang yang strukturnya tidak selamat untuk dihuni orang. Beberapa tahun dahulu, terdapat satu skim pinjaman yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan di mana permohonannya adalah terbuka kepada mereka yang memerlukan sumber kewangan untuk memperbaiki rumahnya yang usang. Disebabkan kadar faedahnya terlalu tinggi iaitu 4%, maka kurangnya sambutan diberikan terhadap dana tersebut.
44. Untuk mengekalkan status Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia untuk selama-lamanya, saya memohon satu kajian yang menyeluruh dijalankan terhadap bangunan-bangunan usang sedia ada yang tidak lagi dihuni orang serta mencadangkan langkah-langkah pencegahan atau pemuliharaan yang patut diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap masalah tersebut.
45. Pada masa yang sama, saya bercadang supaya Kerajaan Negeri memohon Kerajaan Persekutuan supaya menyediakan dana tersebut sekali lagi pada kadar faedah yang lebih rendah supaya mereka yang berminat dapat dibekalkan sumber kewangan yang secukupnya untuk memperbaiki rumah atau hartanah mereka dalam masa yang terdekat.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home