Ucapan DUN (6)
Pelaburan Tempatan dan Asing
84. Dewan yang mulia ini harus bersyukur dengan Kerajaan Negeri yang baru di bawah kepimpinan Y.A.B. Ketua Menteri, kita telah berjaya menarik pelaburan tempatan yang terbanyak sehingga kita berada di tangga pertama, di mana jumlah dana yang dilaburkan bagi sektor pembuatan adalah mencecah RM4.518 bilion.
85. Ini merupakan statistik yang telah dibekalkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian. Pada tahun yang lepas, Negeri Pulau Pinang berada di tangga kelima, iaitu selepas Negeri Kedah, Selangor, Terengganu dan Johor. Ini menunjukkan pelabur tempatan dan asing semakin menaruh keyakinan dan kepercayaan terhadap Kerajaan Negeri yang baru.
86. Bagi pelaburan asing, kedudukan kita telah meningkat iaitu dari tangga kelima ke tangga keempat. Walaupun hanyalah sedikit kemajuan, tetapi ini menunjukkan suatu hakikat yang biasa, di mana kita sekarang ini hanya berada di belakang Sarawak, Selangor dan Johor, dan bukannya kalah kepada negeri Kedah dan Terengganu seperti apa yang berlaku pada tahun lepas.
87. Dari segi jumlah pelaburan yang diperolehi, Negeri Pulau Pinang sekarang ini berada di tangga kedua selepas Sarawak. Ini merupakan satu kemajuan besar bagi Negeri Pulau Pinang. Saya berharap dengan kepimpinan Kerajaan Negeri baru yang mendukung prinsip-prinsip C.A.T., dapatlah kita menarik lebih ramai pelaburan dalam tahun ini, supaya Negeri Pulau Pinang dapat kembali berperanan sebagai lokomotif ekonomi dan pelaburan bagi seluruh Malaysia.
88. Dengan kata-kata ini, saya mohon menyokong usul ini. Sekian, terima kasih.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home