Tuesday 15 January 2008

Repot Polis terhadap Ong Ka Chuan

Polis Diraja Malaysia
Repot Polis
Repot Am
--------

Balai: Jalan Patani
Daerah: Timur Laut (Georgetown)
Kontinjen: Pulau Pinang
No. Repot: Jalan Patani/000332/08
Tarikh: 15/01/2008
Waktu: 1135AM
Bahasa Diterima: B. Malaysia

Butir-butir Pengadu
-------------------
Nama: Ng Wei Aik
Jantina: Lelaki
Tarikh Lahir: 20/12/1977
Keturunan: Cina
Warganegara: Malaysia
Pekerjaan: Setiausaha Politik

Kami merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agung MCA Ong Ka Chuan yang disiarkan dalam akhbar Kwong Wah Yit Poh pada 14hb Januari 2008. (Keratan laporan akhbar Kwong Wah Yit Poh dilampirkan)

Ketika menghadiri bengkel kerja anjuran MCA bagi persediaan terhadap pilihan raya yang akan datang di Sungai Petani, Kedah pada 13hb Januari 2008, Ong Ka Chuan berkata jikalau masyarakat Cina mengundi parti-parti pembangkang dalam pilihan raya yang akan datang, kita akan menghantar satu mesej yang silap kepada golongan kaum yang lain bahawa kita ingin mengambil satu sikap yang bertentangan dengan mereka.

Ong Ka Chuan juga berkata bahawa jikalau keadaan ini berlaku, maka pemimpin-pemimpin mereka akan meminda strategi dan mengambil pendekatan-pendekatan selain daripada perundingan untuk mengukuhkan kuasa kerajaan mereka.

Kenyataan Ong Ka Chuan adalah berbau perkauman serta bersifat hasutan. Laporan akhbar tersebut menunjukkan bahawa Ong Ka Chuan telah mengugut dan menakutkan masyarakat Cina supaya mereka terus menyokong MCA dan parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain.

Kenyataan Ong Ka Chuan mempunyai elemen-elemen seditious tendency (kecenderungan menghasut) di bawah Akta Hasutan 1948 iaitu berkenaan:

- Seksyen 3(d) to raise discontent or disaffection amongst the subjects of the Yang di-Pertuan Agong or of the Ruler of any State or amongst the inhabitants of Malaysia or of any State

- Seksyen 3(e) to promote feelings of ill-will and hostility between different races or classes of the population of Malaysia.

Pihak polis harus menjalankan siasatan terhadap Ong Ka Chuan di bawah Akta Hasutan 1948 serta mengambil tindakan terhadap beliau. Sekian.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home