Monday 30 July 2007

Sebarang aduan terhadap RapidPenang? Sila beritahu kami!

Perdana Menteri Abdullah Badawi akan melancarkan RapidPenang dan juga Koridor Utara di Seberang Perai pada hari Selasa, 31 Julai 2007.

Selepas itu, RapidPenang akan menyediakan perkhidmatan secara percuma untuk warga Pulau Pinang sehingga 2 Ogos 2007. Anda boleh menaiki bas-bas tersebut dan kemudian beritahu kami komen anda terhadap perkhidmatannya.

DAP akan mengarahkan sesetengah ahlinya untuk menilai perkhidmatan RapidPenang dan pada masa yang sama, mengumpul makluman balas daripada para penumpang secara khasnya serta orang awam secara amnya.

Kami akan mengadakan pemeriksaan mengejut dari masa ke masa, demi memastikan RapidPenang menyediakan perkhidmatannya secara tepat masa, berkesan dan penting sekali, mesra pelanggan.

Jikalau terdapat sebarang aduan, sila beritahu kami sama ada melalui email kepada nweiaik@gmail.com atau secara faks ke 04-2288514.

Anda juga boleh menelefon Ng Wei Aik, Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP pada 019-2459305 atau Lau Keng Ee, Setiausaha kepada Ahli Parlimen DAP bagi kawasan Tanjong pada 012-4422511 (kedua-dua berurusan dengan aduan di bahagian pulau); dan Michael Tan Cheong Heng, Ketua Biro Utiliti Awam dan Pengangkutan bagi DAP Pulau Pinang pada 012-4873101 (berurusan dengan aduan di bahagian Seberang Perai).

1 Comments:

Blogger Penduduk Pulau Pinang said...

Kami, penduduk di sekitar kawasan 82, Jalan Free School,11600 Pulau Pinang, ingin merayu kepada DAP,supaya membantu kami dengan perkara berikut:
Kedai Judi Magnum 4D yang terletak di lokasi 82C, Jalan Free School, 11600 Penang dan Kedai Judi Da Ma Cai yang terletak di lokasi 82, Jalan Free School, 11600 Pulau Pinang, telah mengganggu ketenteraman di sekitar kawasan kami.
1. Kedai-kedai Judi tersebut, terletak di lokasi kawasan sekolah-sekolah seperti Sekolah Menengah Heng Ee dan Sekolah Rendah Sum Sun, kira-kira 100meter dari kawasan kedai judi. Ini menyebabkan pelajar-pelajar dan murid-murid senang menyesuaikan diri dengan "culture" menjudi.

2. Penjudi-penjudi yang datang menjudi, menyebabkan kesesakan jalan dan kemalangan jalan. Penduduk-penduduk di sekitarnya langsung tidak dapat menggunakan jalan servis kerana dipenuhi oleh penjudi-penjudi.

3.Kawasan kami ini adalah kawasan kediaman dan bukan perniagaan. Lokasi kedai judi tersebut di atas langsung tidak ada lesen perniagaan untuk berniaga di tempat itu kerana tempat itu hanya untuk tujuan kediaman dan bukan untuk tujuan perniagaan.

4.Penjudi-penjudi membuang sampah di merata-rata tempat dan menyebabkan kawasan kami sangat kotor.

5.Penjudi-penjudi yang garang kerap-kali mengancam keselamatan di tempat kawasan kami. Ini sangat mengganggu ketenteraman penduduk-penduduk di kawasan itu.

Kami, penduduk-penduduk di sekitar kawasan itu telah melaporkan perkara tersebut kepada MPPP sejak tahun 2008, dan perkara itu masih tidak dipedulikan oleh pihak MPPP.

Sekian ,terima kasih.

18 May 2012 at 12:51  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home