Jangan Percaya pada Khabar Angin! Malam Penerangan “Setahun Pemerintahan Pakatan Rakyat” Akan Tetap Dianjurkan Pada Malam Esok
Kenyataan Media Tergempar oleh Ng Wei Aik, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang pada 6hb Mac 2009 (Jumaat) di Georgetown, Pulau Pinang:
Bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya ingin menegaskan bahawa Ceramah Perdana yang akan dianjurkan oleh Kerajaan Negeri pada malam esok di Padang Kota Lama, Esplanade sempena Majlis Sambutan Setahun Pemerintahan Pakatan Rakyat tidak akan tergendala walaupun terdapat khabar angin yang mendakwa acara tersebut telah dibatalkan.
Kerajaan Negeri mengesahkan bahawa khabar angin sebegini tidak berasas langsung dan saya percaya bahawa ini merupakan angkara pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang ingin melihat kurangnya sambutan rakyat yang meriah terhadap Malam Penerangan, sebagai tanda terjejasnya sokongan rakyat terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Kerajaan Negeri meminta rakyat jelata supaya terperdaya dengan provokasi pihak-pihak tertentu yang sengaja menyebarkan khabar angin sebegini yang tidak berasas sekali. Malah, rakyat jelata digesa datanglah beramai-ramai untuk menghadiri Malam Penerangan sebagai tanda sokongan padu rakyat jelata terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat.
Kami juga menyeru parti-parti komponen Pakatan Rakyat, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Negeri Pulau Pinang supaya mengerahkan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat tanpa mengambil kira bangsa dan agama untuk menghadiri Ceramah Perdana ini, sebagai cara yang terbaik untuk menangkis khabar angin tersebut.
Ketua Menteri Lim Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri I Mohammad Fairus bin Khairuddin, Timbalan Ketua Menteri II Prof. Dr. P. Ramasamy, semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen akan hadir dan menyampaikan ucapan mereka dalam Malam Penerangan ini.
Inilah satu-satunya acara yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sempena ulangtahun pertama bagi pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri Pulau Pinang. Kami akan memberi penerangan terhadap dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri yang baru supaya rakyat jelata dapat memberi sokongan yang padu terhadap inisiatif-inisiatif kita.
Kerajaan negeri Pulau Pinang hanya menganjurkan Malam Penerangan sebagai cara yang paling menjimatkan wang rakyat bagi menyambut ulangtahun pertama pemerintahan Pakatan Rakyat atas sebab krisis ekonomi yang sedang melanda negara dan negeri kita. Kami juga berharap rakyat jelata dapat menggembleng tangan dengan pihak kerajaan untuk mengharungi segala cabaran krisis ekonomi.
Malam Penerangan tidak dianjurkan pada 8hb Mac 2009 atas sebab terdapat Majlis Tahlil bagi Maulidur Rasul yang akan dianjurkan di Masjid Negeri Pulau Pinang pada malam itu, walaupun tarikh tersebut merupakan hari pengundian bagi Pilihan Raya 2008 di mana Pakatan Rakyat buat pertama kalinya telah menerajui pucuk pemerintahan kerajaan negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kedah.
Sekian, terima kasih.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home