Ucapan Perbahasan ADUN bagi KOMTAR ke atas Rang Undang-Undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan ADUN (Saraan) (Pindaan) 1980
Ucapan Perbahasan Ng Wei Aik, Ahli Dewan Undangan Negeri bagi KOMTAR
ke atas Rang Undang-Undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2008
Tuan yang DiPertua,
Terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai perbahasan ke atas Rang Undang-Undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2008.
Walaupun pemberian elaun tetap kepada Ketua Pembangkang sebanyak RM1,000 tidaklah banyak, tetapi ini merupakan komitmen Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang baru untuk mengiktiraf kedudukan Ketua Pembangkang secara lebih realistik walaupun kita sedang mengalami kegawatan dan kemelesetan ekonomi sedunia.
Ingin saya menegur pihak Pembangkang bahawa pemberian elaun tetap ini bukan merupakan gula untuk mendiamkan Ketua Pembangkang secara khususnya dan barisan Pembangkang secara amnya. Malahan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang berharap pihak Pembangkang dapat memainkan peranan secara membina atau dengan izin, constructive criticism dalam Dewan yang mulia ini untuk menambaik lagi pentadbiran dan penggubalan dasar Kerajaan Negeri yang berorientasikan kepentingan rakyat.
Tuan yang DiPertua,
Banyak di antara Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kerajaan yang sedia ada pernah dipilih sebagai Ahli Parlimen atau ADUN Pembangkang sebelum pilihanraya Mac tahun ini. Mereka pernah mengalami pelbagai rintangan dan cabaran dalam tempoh tersebut, lebih-lebih lagi dengan layanan tidak adil oleh Kerajaan Barisan Nasional.
Dengan itu, kami berkongsi perasaan yang sama dengan wakil rakyat Pembangkang supaya keadaan yang sama tidak akan diulangi lagi. Selain daripada rang undang-undang ini, Jawatankuasa Tetap Peraturan-Peraturan Mesyuarat juga pernah membincangkan bagaimana caranya untuk meningkatkan lagi ruang dan kebebasan yang diberikan kepada barisan Pembangkang dalam Dewan yang Mulia ini.
Seseorang Ahli Pembangkang yang berperanan positif serta memberikan hujah-hujah dan input-input yang bernas dapat membantu Kerajaan Negeri untuk menggerakkan Negeri Pulau Pinang terus maju serta merealisasikan wawasannya untuk menjadi sebuah negeri yang termaju dan bandaraya bertaraf dunia dalam tempoh yang lebih singkat.
Tuan yang Dipertua,
Walaupun sudah diberikan mandat oleh rakyat untuk mentadbir Kerajaan Negeri ini, kami tetap berpegang teguh kepada prinsip bahawa sesebuah kerajaan mestilah diimbangi oleh barisan Pembangkang yang juga mempunyai kekuatan secara relatif. Hanyalah dengan cara ini, sesuatu dasar atau undang-undang yang diamalkan oleh kerajaan tetapi tidak disenangi oleh rakyat jelata dapat ditolak atau dinafikan.
Sesuatu keputusan atau dasar yang digubal oleh kerajaan mestilah dapat membawa kebaikan kepada rakyat jelatanya. Jikalau sesuatu keputusan atau dasar yang kurang rasionalnya tidak dapat dinafikan atau tidak diperbetulkan, keadaan ini akan mendatangkan impak negatif kepada rakyat jelata serta generasi-generasi yang akan datang.
Perlantikan dan kedudukan Ketua Pembangkang telah diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Mesyuarat yang kita guna pakai sekarang. Dari segi tempat duduk, gelaran jawatan Ketua Pembangkang juga dipaparkan pada plat nama bagi Ahli Kawasan Penaga. Namun, ini tidak mencukupi untuk mengiktiraf kedudukan Ketua Pembangkang secara lebih realistik. Atas sebab ini, rang undang-undang ini telah diperkenalkan.
Tuan yang Dipertua,
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru Ahli-Ahli Pembangkang supaya menyokong penuh rang undang-undang ini diluluskan. Janganlah membantah segala dasar yang digubal oleh Kerajaan Negeri yang baru untuk tujuan membantah sahaja. Ini bukanlah sikap yang harus ada pada Ahli-Ahli Pembangkang yang bertanggungjawab.
Hargailah rang undang-undang ini yang dapat menjamin serta mengerti kedudukan Ketua Pembangkang dalam Dewan yang mulia ini. Tiada sesiapa yang dapat menjamin kita sebagai Kerajaan atau Pembangkang untuk selama-lamanya. Sokonglah rang undang-undang ini untuk generasi ini dan juga untuk generasi-generasi yang akan datang.
Dengan kata-kata ini, saya mohon menyokong rang undang-undang ini diluluskan.
Sekian, terima kasih.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home