Monday, 20 July 2009

Petisyen Pembantu-Pembantu Khas kepada Ketua Menteri dan Ahli EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada SPRM

Seketariat Pembantu-Pembantu Khas Exco,
Kerajaan Negeri Pulau Pinang,
Tingkat 52, Menara KOMTAR,
Pulau Pinang

20 hb Julai 2009

Y’ Bhg. Dato Sri Haji Ahmad Said bin Hamdan,
Ketua Pesuruhjaya,
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,
Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,
Blok D 6, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Peti Surat 6000,
62007 Putrajaya, MALAYSIA.

Melalui:
Puan Latifah binti Md. Yatim,
Pengarah,
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Pulau Pinang.

KEMATIAN MENDIANG TEOH : TUBUH SURUHANJAYA DIRAJA, HUKUM YANG BERTANGGUNGJAWAB ATAU TIADA KERJASAMA DENGAN SPRM.

Pertama sekali kami amat sedih dan kesal dengan kematian mendiang Sdr. Teoh Beng Hock Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor Yang Berhormat YB Ean Yong Hian Wah . Lebih kami kesal apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seolah lepas tangan dengan kematian Teoh yang ditahan dibawah jagaan SPRM untuk kononnya membantu siasatan mereka.

Adalah dengan ini kami menuntut ditubuhkan segera satu Suruhanjaya Bebas atau Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat misteri disebalik kematian sdr. Teoh.

Soal siasat sehingga jam 3.00 pagi adalah satu bentuk tekanan yang tidak munasabah. Pembantu - pembantu khas kepada ADUN seolah dijadikan sasaran dalam sesi soal siasat yang tidak munasabah oleh SPRM . Ini merupakan sessi siasatan yang melampaui batas kemanusian.

JIka selepas ini ada sesi soal siasat yang ingin dibuat, kami hanya akan memberikan kerjasama sekadar di pejabat ADUN atau EXCO sahaja selepas mendapat kebenaran dari Exco berkaitan atau lebih dari itu ditegaskan jika SPRM gagal memberikan penjelasan dan membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan semua Pembantu Khas kepada ADUN Pakatan rakyat tidak akan sekali – kali memberikan kerjasama kepada SPRM yang dilihat begitu kejam dan zalim dalam kesungguhan menjadi alat Barisan Nasional.

Kami mendesak agar SPRM direformasikan segera untuk mengelakkan dari menjadi alat kepada rejim zalim di Malaysia negara tercinta.

Sekian.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home