Monday, 22 December 2008

CCTV Tender for KOMTAR

Tender Advertisement of PDC: PPPP/TE 22/2008

Tawaran adalah terbuka kepada semua Kontraktor Tempatan dan terbuka kepada Semua Kelas untuk Kontraktor Pakar Pemasangan CCTV untuk menender kerja berikut :-

NO. SEBUTHARGA : PPPP/TE 22/2008
CADANGAN KERJA-KERJA PEMASANGAN CCTV DI BANGUNAN KOMTAR, GEORGETOWN, PULAU PINANG

Bayaran Pelan & Dokumen : RM150.00 (tidak dikembalikan) secara wang tunai / wang pos / deraf bank (atas nama PDC Consultancy Sdn Bhd)

Borang dan butir lanjut boleh didapati daripada Bahagian Khidmat Pengurusan, PDC pada waktu pejabat. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk pembelian dokumen tender, pihak tuan diminta untuk hadir dengan membawa profail syarikat berserta rekod kerja yang berkaitan.

Dokumen akan dijual di : PDC Consultancy Sdn Bhd
Paras 1, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
No. 1 Pesiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang
mulai 24 Disember 2008

Lawatan tapak adalah diwajibkan pada 23hb Disember 2008, jam 10.00 pagi di Pejabat PDC Setia Urus Sdn Bhd di Komtar, Pulau Pinang.

Tarikh tutup penerimaan tender ini ialah 12hb Januari 2009 jam 12.00 tengahari di pejabat :-

PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG
Bahagian Khidmat Pengurusan, Paras 3
No. 1, Pesiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Tel : 04-6340111 Fax : 04-6432405

Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain-lain dorongan yang boleh mempengaruhi kedudukan Penender akan menyebabkan Tender tersebut ditolak serta merta.

Tarikh untuk diiklankan : 22hb Disember 2008

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home