Tuesday 29 July 2008

Ucapan Perbahasan Usul Y.A.B. Ketua Menteri

Ucapan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Kawasan Komtar, Y.B. Ng Wei Aik ke Atas Usul yang Dikemukakan oleh Y.A.B. Ketua Menteri

1. Terima kasih atas peluang yang diberikan bagi saya turut menyertai perbahasan ke atas usul yang dikemukakan oleh Y.A.B. Ketua Menteri dan berbunyi seperti berikut:

“Bahawa Dewan yang mulia ini mendukung hasrat dan komitmen keseluruhan rakyat Pulau Pinang sebagai pembayar cukai dan mendesak kerajaan pusat meneruskan projek-projek pembangunan tersebut atau menggantikannya dengan pemberian wang tunai RM4.7 bilion demi meneruskan pembangunan ekonomi negeri dan seterusnya menyeru seluruh rakyat Pulau Pinang bersatu-padu dan memiliki keyakinan berdikari untuk mengharungi sebarang cabaran yang boleh membawa kejayaan seperti Georgetown dinobatkan sebagai Bandaraya Warisan Dunia UNESCO atas sumbangan semua pihak termasuk NGO, bekas kerajaan negeri, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan yang penting sekali rakyat Pulau Pinang yang terus memelihara dan mempertahankan sifat budaya dan sejarah kita.”

2. Ini memang merupakan satu usul penting yang memerlukan sokongan sebulan suara oleh Dewan yang mulia ini, termasuk juga sokongan daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat Pembangkang.

3. Kita telah diberikan mandat oleh rakyat Negeri Pulau Pinang untuk memainkan peranan kita sebagai wakil rakyat mereka. Tanpa mengambil kira parti politik yang kita wakili, kita perlu mempertahankan segala kepentingan negeri Pulau Pinang sehingga ke akhir hayat kita.

4. Janganlah kita membelakangkan kehendak rakyat Negeri Pulau Pinang! Janganlah Ahli-Ahli Yang Berhormat daripada Barisan Nasional menafikan atau menarik balik segala usul yang berkepentingan rakyat untuk tujuan membantah sahaja. Ini bukanlah sikap bertanggungjawab yang ada pada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

5. Tindakan Ahli Yang Berhormat Sungai Dua untuk menarik balik usulnya yang begitu penting maknanya amat menghampakan kita semua. Adakah ini bermaksud bahawa pemansuhan tol di Sungai Nyior, Butterworth tidak lagi penting dengan usul tersebut ditarik balik?

6. Mengapa Ahli-Ahli Yang Berhormat dari Barisan Nasional tidak berani untuk berhadapan dengan segala dosa yang mereka telah lakukan sebelum ini? Jikalau Barisan Nasional ingin menawan balik hati rakyat Negeri Pulau Pinang, janganlah kita membelakangkan kehendak rakyat negeri yang terkandung dalam usul yang mulia ini.

7. Ahli Yang Berhormat Teluk Bahang mendakwa bahawa Barisan Nasional selalu buat yang terbaik untuk rakyat. Adakah keputusan Kerajaan Persekutuan untuk menangguhkan beberapa projek pembangunan yang penting untuk rakyat Negeri Pulau Pinang merupakan angkara Barisan Nasional yang selalu buat terbaik untuk rakyat?

8. Penangguhan projek-projek pembangunan tersebut telah meletakkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam keadaan serba-salah atau tidak menentu, di mana projek-projek tersebut langsung tidak dapat dijalankan atau dipinda konsepnya atas sebab Kerajaan Persekutuan tidak melepaskan projek tersebut untuk dikendalikan atau diputuskan oleh Kerajaan Negeri.

9. Bagi saya, ini merupakan satu taktik Kerajaan Persekutuan untuk mencetuskan rasa kesal di kalangan pengundi-pengundi Negeri Pulau Pinang yang telah menyokong parti-parti pemerintah sekarang dalam pilihan raya yang diadakan pada 8hb Mac 2008. Walau bagaimanapun, saya amat yakin bahawa rakyat Negeri Pulau Pinang tidak akan mudah untuk diperdayakan oleh taktik yang kotor ini.

10. Rakyat Negeri Pulau Pinang merupakan golongan pengundi yang gagah berani, berpandangan jauh dan lantang untuk menyuarakan ketidakpuasan mereka terhadap Barisan Nasional dalam pilihan raya kali ini. Mereka juga rajin belajar, bekerja atau berniaga serta menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pembayar cukai.

11. Perkembangan ekonomi yang pesat di Negeri Pulau Pinang, khasnya dengan kedudukan Negeri Pulau Pinang yang kembali berperanan sebagai lokomotif ekonomi serantau, saya pasti bahawa sumbangan rakyat Negeri Pulau Pinang terhadap perkembangan ekonomi negara tidak kurang daripada negeri-negeri yang lain.

12. Walaupun Negeri Pulau Pinang sekarang ini diletakkan di bawah sebuah pentadbiran yang baru, namun kesetiaan dan ketaatan rakyat Negeri Pulau Pinang memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Kerajaan Persekutuan mesti menghormati hak demokrasi dan kebebasan rakyat Negeri Pulau Pinang seperti yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan dan bertindak adil serta prihatin terhadap keperluan dan permintaan rakyat kita.

13. Kerajaan Negeri yang baru telah menggariskan 3C, iaitu Crime (Kadar Jenayah), Congestion (Kesesakan Lalulintas) dan Cleanliness (Kebersihan) sebagai hala tuju kita untuk menggerakkan Negeri Pulau Pinang ke arah sebagai sebuah bandaraya yang bertaraf antarabangsa.

14. Untuk menangani masalah kesesakan lalulintas, projek-projek pembangunan seperti Monorel dan sebagainya amatlah diperlukan. Monorel merupakan satu-satunya alat pengangkutan yang berkos jauh lebih rendah serta lebih cepat dan pantas dalam mengangkut penumpang-penumpangnya ke destinasi-destinasi tertentu dalam masa yang terdekat.

15. Bagi Kerajaan Persekutuan, RM4.7 bilion bukanlah satu angka yang besar. Tetapi, RM4.7 bilion amatlah berbeza bagi Negeri Pulau Pinang yang kekurangan sumber ekonomi yang lain selain daripada terus bergantung kepada industri pembuatan, industri pelancongan dan industri perkhidmatan.

16. Jikalau masalah kesesakan lalulintas dapat ditangani, ini akan membawa impak positif terhadap perkembangan dan pembangunan industri pelancongan dalam negeri. Jikalau tidak, Kedudukan Negeri Pulau Pinang sebagai kuasa pemandu bagi Rancangan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), khasnya dalam aspek logistik juga akan terjejas.

17. Usul yang mulia ini haruslah disokong oleh rakyat jelata Negeri Pulau Pinang yang berfikiran waras. Sokongan kita terhadap usul ini tidak boleh diertikan bahawa kita adalah pengemis politik yang asyik mengemis peruntukan pembangunan daripada Kerajaan Persekutuan.

18. Malah, ini merupakan hak-hak kita sebagai rakyat Negeri Pulau Pinang untuk mendapatkan peruntukan pembangunan yang sewajarnya daripada Kerajaan Persekutuan. Selagi hayat kita dikandung badan, selagi kita merupakan warganegara Malaysia, selagi kita pembayar cukai yang bertanggungjawab, janganlah kita dianaktirikan oleh Kerajaan Persekutuan.

19. Sebagai anak watan Negeri Pulau Pinang, saya dengan hati yang penuh ikhlas mohon untuk menyokong usul ini.

20. Sekian, terima kasih.

1 Comments:

Blogger Evankoay said...

我现在才知道前彭加兰哥打区州议员是这样没有用的。。歪曲事实真相。。


首相阿都拉宣布国能从7月1日调涨电费,我想这件事大家都知道。。

前彭加兰哥打州议员李学德在周二(30-07-08)在槟州议会外召开记者招待会,将罪名推向行动党。李学德抨击说,行动党没有把电费调涨的课题带入槟城州议会里讨论。。

我看大家都知道,国能(Tenaga)是我们中央政府管辖的,在州议会讨论也没有意思,反观我觉得应该在国会讨论,或在内阁讨论,但他自己的党(马华)也一样。不敢出声。。李学德被受询为什么不同过巫统议员在州议会提出。。他大声讲马华做事从来不用经过巫统,可以亲自操刀。。。。

从电费调涨以来,我们好象没有听到马华抨击政府,包裹他。。令我不解的是为什么他不去骂自己的国阵政府,反而跑来骂行动党。。

既然他觉得电费调涨是不对的,为什么他不向自己的党(马华)反映,叫自己的党向国阵政府检讨。。

到现在我们应该看到,原来李学德以误导言论,企图想歪曲人民的思想,歪曲事实的真相。。。来为自己争取上报纸的机会。。原来李学德是这样的,是这样没有用的。。。

希望大家多多留言。。
http://evankoay.blogspot.com

30 July 2008 at 23:32  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home