Tuesday 9 March 2010

Oh Tong Keong Perlu Pohon Maaf kepada Warga Emas

Kenyataan Media oleh Y.B. Ng Wei Aik, Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Kawasan KOMTAR Merangkap Setiausaha Publisiti DAP Negeri Pulau Pinang pada 9 Mac 2010 (Selasa) di Georgetown, Pulau Pinang:

DAP mendesak Ketua Pemuda Gerakan Negeri Pulau Pinang Oh Tong Keong supaya memohon maaf kepada semua warga emas di Negeri Pulau Pinang kerana gesaan beliau supaya SPRM menyiasat Program Penghargaan Warga Emas yang didakwa berunsurkan rasuah juga membawa maksud bahawa semua warga emas berdaftar sudi menerima rasuah daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Jikalau Kerajaan Negeri memberi wang RM100 setahun kepada setiap warga emas yang berdaftar untuk menghargai sumbangan warga-warga emas terhadap pembangunan masyarakat boleh dilihat sebagai rasuah, maka warga-warga emas juga boleh dikenakan hukuman atas kesalahan menerima rasuah. Jadi, adakah Oh Tong Keong berhasrat supaya 70,000 warga emas yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dimasukkan ke dalam penjara?

Kenyataan Oh Tong Keong yang kurang matang telah mendatangkan kebimbangan di kalangan warga-warga emas yang berdaftar serta ahli-ahli keluarga mereka. Mereka bimbang bahawa warga-warga emas yang berdaftar akan disiasat oleh SPRM serta dimasukkan ke dalam penjara dan seterusnya kemungkinan menjadi mendiang Teoh Beng Hock yang kedua.

Kita berasa syukur bahawa sekurang-kurangnya 70,000 warga emas telah berdaftar dengan Kerajaan Negeri di bawah Program Penghargaan Warga Emas. Ini membuktikan bahawa mentaliti rakyat kita tidak serendah macam Oh Tong Keong yang kurang matang sekali.

Selain daripada program ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga memberi rebet air sebanyak RM100 kepada keluarga-keluarga yang berpendapatan rendah serta melancarkan Program Pembasmian Miskin Tegar supaya pendapatan semua keluarga sekurang-kurangnya mencapai RM500 setiap bulan. Kita juga memberi bantuan kebajikan, bantuan bencana alam, menyampaikan insentif kepada pelajar-pelajar SPM dan STPM yang cemerlang, menyediakan modal pusingan atau pinjaman kredit mikro kepada penganggur-penganggur ingin menjalankan perniagaan kecil. Mengapa Oh Tong Keong tidak mendakwa kesemua bantuan kewangan yang tersebut di atas juga berunsurkan rasuah?

Kerajaan memberi wang atau bantuan kewangan kepada rakyat merupakan sesuatu yang biasa di mana-mana negara, khasnya negara-negara yang membangun. Adakah salahnya bagi Kerajaan Negeri yang berjimat-cermat untuk mengembalikan wang rakyat kepada rakyat jelata demi menghargai sumbangan warga-warga emas terhadap masyarakat dan negara? Adakah ini boleh dilihat sebagai rasuah jikalau rakyat hanya mendapatkan balik cukai yang telah mereka bayar sebelum ini?

1 Comments:

Blogger E.T. said...

Betul. Just because the previous government has not been able to appreciate Senior Citizens, does not mean that present government is the same. Such a non caring fella, and he wonders why we do not vote for Gerakan?? Come next election, gerakan will be obliterated.!!!

10 March 2010 at 13:14  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home