Monday 13 July 2009

Barisan Kepimpinan Baru yang Lengkap bagi DAPSY Pulau Pinang

Kenyataan Media oleh Ng Wei Aik, Setiausaha Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Negeri Pulau Pinang pada 10hb Julai 2009 (Jumaat) di Georgetown, Pulau Pinang:

Barisan Kepimpinan Baru yang Lengkap bagi DAPSY Pulau Pinang

Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Negeri Pulau Pinang dalam mesyuarat pertama Majlis Eksekutif Negeri (MEN) yang diadakan pada 8 Julai 2009 di Bukit Mertajam telah melantik ahli-ahli MEN yang baru untuk melahirkan suatu barisan kepimpinan yang lengkap.

Mesyuarat tersebut adalah dipengerusikan Yeoh Soon Hin, Ketua DAPSY Negeri Pulau Pinang. Mesyuarat telah melantik Tan Cheai Peng, Satees a/l Muniandy, Sukumar a/l Subramaniam, Ong Hong Boon, Han Yoon Keong, Steven Sim Chee Keong, Tan Xin Ying, Foo Eng Hooi, Soon Lip Chee dan Alex Lee Chin Hooi sebagai ahli-ahli MEN yang baru.

Selepas itu, mesyuarat telah melantik Tan Cheai Peng sebagai Penolong Setiausaha yang baru. Pemegang-pemegang jawatan yang lain termasuklah Bendahari Steven Sim Chee Keong, Penolong Bendahari Lim Thing, Setiausaha Organisasi Foo Yu Keong, Penolong Setiausaha Organisasi Soon Lip Chee, Setiausaha Publisiti Yeap Choon Keong, Penolong Setiausaha Publisiti Alex Lee Chin Hooi dan Pengarah Pendidikan Politik Tan Kim Hooi.

Sebuah biro politik yang dianggotai oleh Yeoh Soon Hin, Timbalan Ketua Lau Keng Ee, Naib Ketua R.S.N. Rayer dan Lim Siew Khim serta Setiausaha Ng Wei Aik juga dibentuk.

Biro-biro lain yang dibentuk termasuklah Biro ICT yang dipimpin oleh Alex Lee Chin Hooi, Biro Pendidikan Politik yang dipimpin oleh Tan Kim Hooi, Biro Belia dan Sukan yang dipimpin oleh Lee Heong Chun, Biro Pendaftaran Pengundi yang dipimpin oleh Foo Yu Keong, Biro Hal-Ehwal Varsiti yang dipimpin oleh Tan Poh See dan Biro Pencinta Alam yang dipimpin oleh Tan Cheai Peng.

Yeoh Soon Hin berharap DAPSY dapat bergiat lebih aktif dengan menganjurkan pelbagai aktiviti yang memanfaatkan golongan muda serta membantu Kerajaan Negeri dalam melaksanakan dasar-dasar yang penting.

Berikut adalah barisan kepimpinan yang baru bagi DAPSY Negeri Pulau Pinang:

Ketua: Yeoh Soon Hin
Timbalan Ketua: Lau Keng Ee
Naib Ketua: R.S.N. Rayer, Lim Siew Khim
Setiausaha: Ng Wei Aik
Penolong Setiausaha: Tan Cheai Peng
Bendahari: Steven Sim Chee Keong
Penolong Bendahari: Lim Thing
Setiausaha Organisasi: Foo Yu Keong
Penolong Setiausaha Organisasi: Soon Lip Chee
Setiausaha Publisiti: Yeap Choon Keong
Penolong Setiausaha Publisiti: Alex Lee Chin Hooi
Pengarah Pendidikan Politik: Tan Kim Hooi
Ahli-Ahli MEN: Yin Mei Yee, Satees a/l Muniandy, Sukumar a/l Subramaniam, Sheiley a/p Mhoganan, Kho Poh Gaik, Saw Ai Nee, Ong Hong Boon, Han Yoon Keong, Tan Xin Ying, Foo Eng Hooi

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home