Sunday 28 June 2009

DAPSY Pulau Pinang Kecewa dengan Penganjuran Sambutan Hari Belia Negara 2009 Peringkat Pulau Pinang yang Mengenepikan Kerajaan Negeri

Kenyataan Media oleh Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Negeri Pulau Pinang pada 29 Jun 2009 (Isnin) di Georgetown, Pulau Pinang:

Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) berasa kesal terhadap tindak-tanduk penganjuran Sambutan Hari Belia Negara 2009 Peringkat Negeri Pulau Pinang pada 28 Jun 2009 oleh Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang. Kedua-dua badan tersebut adalah terletak di bawah arahan dan pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Program tersebut telah diadakan dari jam 9.00 pagi lagi di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Pada jam 8.00 malam hari yang sama, suatu Perhimpunan Hari Belia Negara 2009 Peringkat Negeri Pulau Pinang telah berlangsung di tempat yang sama.

Perhimpunan tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Y.B. Dato’ Ahmad Shabery Bin Cheek. Antara tetamu khas yang hadir termasuk Y.B. Pn. Hajah Zabariah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Kawasan Bertam, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Pengarah Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dan Presiden Majlis Belia Negeri Pulau Pinang. Semua 21 badan gabungan Majlis Belia Negeri Pulau Pinang telah dijemput dan jumlah peserta daripada persatuan-persatuan belia setempat yang hadir adalah lebih kurang 1,000 orang. Dalam perhimpunan tersebut, beberapa Anugerah Belia Negara peringkat negeri Pulau Pinang telah dikurniakan kepada belia dan persatuan belia negeri.

Program yang begitu bermakna untuk para belia Pulau Pinang ini telah dianjurkan di negeri Pulau Pinang, tetapi malangnya pihak penganjur sambutan tidak menjemput wakil daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, termasuk Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang mahupun Y.B. Lydia Ong Kok Fooi, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa MMK Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang.

Walaupun konsep “1 Belia 1 Malaysia” telah dilaung-laungkan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan, namun tindakan Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang mengenepikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah bersifat hipokrit. Kedua-dua jabatan Persekutuan tersebut bagaikan menyampaikan mesej “2 Malaysia” di mana aturcara Kerajaan Persekutuan tidak boleh melibatkan Kerajaan Negeri.

Sikap dan tindakan jabatan Persekutuan tersebut bukan sahaja amat mendukacitakan tetapi merupakan satu pengaruh yang negatif kepada para belia kerana lebih mengutamakan perbezaan politik antara kedua-dua Kerajaan Negeri dan Persekutuan daripada mengutamakan pembangunan dan perpaduan belia.

DAPSY menggesa Perdana Menteri dan Menteri Belia dan Sukan memberikan penjelasan kepada para belia Pulau Pinang terhadap isu ini dan juga mengambil tindakan terhadap kedua-dua jabatan Persekutuan tersebut kerana telah melanggar dan mengagalkan slogan “1 Malaysia” yang dipelopori oleh Perdana Menteri.

Dikeluarkan oleh:
Y.B. Lau Keng Ee, Timbalan Ketua DAPSY Pulau Pinang &
Y.B. Ng Wei Aik, Setiausaha DAPSY Pulau Pinang

1 Comments:

Blogger l藍海 said...

不需要为此小事而感到不悦:D
-别人不邀请我党座上客也罢了,只要自己做好自己无愧的事就好,虽然不是座上客,但是诚心诚意地祝福还是会默默地送上。
伟益哥,
记得哟,要有这样的心态才行。
*祝你新婚快乐:)
记得把漂亮的照片放上facebook我好期待哟。

29 June 2009 at 16:13  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home