Wednesday 27 August 2008

Guan Eng lapor diugut bunuh

Monday, 25 August 2008

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Setiausaha Politiknya Ng Wei Aik hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh terhadap mereka berdua. Bercakap pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, Lim berkata ugutan bunuh itu diterima oleh Ng dalam sepucuk surat yang dihantar ke pejabatnya pada Khamis lalu, sehari selepas beliau berdebat dengan bekas ketua menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen.

Ng yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Komtar berkata beliau membuat laporan mengenai ugutan bunuh itu di Ibupejabat Polis Daerah Timur Laut pagi ini, demikian menurut laporan Bernama.

Katanya surat yang diterimanya itu terdapat beberapa keratan akhbar mengenai kenyataan beliau dan ketua menteri serta sekeping kertas yang bertulis tangan dengan marker pen merah yang tertulis ugutan bunuh.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home