Thursday, 28 August 2008

Datuk Ahmad Ismail perlu segera memohon maaf dan menarik balik kenyataannya yang berbau diskriminasi perkauman

Kenyataan Media oleh Ng Wei Aik, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan DAP Kawasan Parlimen Tanjung dan Setiausaha Pemuda Sosialis DAP Tanjung pada 28 Ogos 2008, Khamis di Georgetown, Pulau Pinang:

Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengutuk dengan sekeras-kerasnya kenyataan oleh Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail yang mengibaratkan orang Cina sebagai kaum parasit di Malaysia.

Walaupun tema bagi perayaan kemerdekaan ke-51 adalah “Perpaduan Teras Kejayaan”, namun kenyataan Ahmad Ismail sedemikian tidak dapat memupuk semangat perpaduan nasional, malah akan menjerumuskan hubungan perkauman yang sedia ada.

Kita tidak dapat berkompromi dengan kenyataan berbau diskriminasi perkauman yang dikeluarkan oleh ahli-ahli politik yang tidak bertanggungjawab. Kita sememangnya anak Malaysia yang dilahirkan, dibesarkan dan bersedia untuk korban di tanahair kita.

Taat setia setiap kaum di Malaysia terhadap negara kita tidak dapatlah dipertikaikan. Dengan itu, kami mendesak Datuk Ismail segera memohon maaf dan menarik balik kenyataannya.

Jikalau tidak, kami bersedia untuk membuat repot polis supaya pihak polis dapat mengheret Datuk Ismail ke mahkamah atas kesalahan menghasut atau dengan kecenderungan untuk menghasut sentimen perkauman.

NG WEI AIK

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home