Thursday 18 September 2008

Resolusi-resolusi yang diluluskan oleh Persidangan Parti-Parti Politik Membantah ISA yang zalim pada 14 September 2008

1. Mengecam dengan sekeras-kerasnya penahanan Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri merangkap Ahli EXCO Negeri Selangor Teresa Kok, blogger Raja Petra Kamaruddin dan pemberita Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng (yang kemudiannya dibebaskan dalam masa 24 jam) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah satu tindakan yang tidak menghormati kedaulatan undang-undang, mencabuli hak asasi manusia dan membelakangkan prinsip demokrasi.

2. Mencabar Kerajaan Persekutuan menghadapkan mereka ke mahkamah sekiranya terdapat bukti kesalahan, khususnya Teresa Kok yang tidak terlibat dalam apa-apa kontroversi azan sepertimana yang didakwakan memandangkan kedua-dua masjid di Kota Damansara dan Kinrara telah mengeluarkan kenyataan bahawa Teresa Kok tidak terlibat dalam apa-apa isu berkaitan dengan masjid tersebut.

3. Mendesak Kerajaan Persekutuan membebaskan dengan segera semua tahanan ISA termasuk Teresa Kok, Raja Petra Kamaruddin dan 'Hindraf 5' tanpa syarat.

4. Menegaskan hasrat rakyat mahukan ISA dimansuhkan kerana telah digunakan sebagai alat politik untuk menabur fitnah di mana putih boleh jadi hitam dan demi menyelamatkan kedudukan Kerajaan Barisan Nasional.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home