Thursday 18 September 2008

Ceramah Perdana “Mansuhkan ISA, Ubah Malaysia” Anjuran DAP

Kenyataan Media oleh Ng Wei Aik, Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Kawasan KOMTAR Pada 18 September 2008 di Georgetown, Pulau Pinang:

Parti Tindakan Demokratik (DAP) Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan suatu ceramah perdana yang bertemakan “Mansuhkan ISA, Ubah Malaysia” pada 19 September 2008 (Jumaat) Jam 8.00 malam bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang.

Antara speaker yang dijemput untuk berucap termasuklah Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri II Y.B. Prof. Dr. P. Ramasamy, Pengerusi DAP Negeri Pulau Pinang Y.B. Chow Kon Yeow, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Tunku Aziz bin Tunku Ibrahim, Ahli Parlimen Parit Buntar Y.B. Mujahid bin Yusof, Ahli Parlimen Bukit Mertajam Y.B. Chong Eng dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat Dr. Mansor bin Othman.

Ceramah ini merupakan sebahagian usaha kami bersamaan dengan rakyat jelata yang inginkan tahanan-tahanan ISA termasuklah Ahli Parlimen Seputeh merangkap Ahli EXCO Negeri Selangor Y.B. Teresa Kok, blogger terkemuka Raja Petra Kamaruddin dan lain-lain dibebaskan serta-merta dan seterusnya memansuhkan ISA yang zalim.

Rakyat jelata digesa supaya menghadiri ceramah perdana untuk memberi sokongan kepada tahanan-tahanan ISA serta memberi tekanan kepada kerajaan Barisan Nasional supaya mereka yang ditahan dapat dibebaskan tanpa melengahkan masa lagi.

DAP bersama-sama dengan rakan-rakat seperjuangan dalam Pakatan Rakyat mengecam dengan sekeras-kerasnya penahanan ISA baru-baru merupakan satu tindakan yang tidak menghormati kedaulatan undang-undang, mencabuli hak asasi manusia dan membelakangkan prinsip-prinsip demokrasi.

Jikalau terdapat sebarang persoalan, sila hubungi Ibu Pejabat DAP Pulau Pinang pada 04-2288482 atau 04-2270215.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home